Tuesday, August 18, 2009

Pas Partai Berkebajikan!


Makanan percuma Jumaat, santuni gelandangan ibu kota


Oleh Azamin Amin Foto: Dzulfikar Mashoor

Tue | Aug 18, 09 | 12:45:25 pm MYT

Sudah menjadi 'buah mulut' di kalangan mereka ini - si pengemis, si fakir, yang tidak berumah, penagih dadah, pondan, pelacur dan kanak-kanak 'lorong gelap' bahawa bangunan itu menjanjikan 'syurga' setiap hari Jumaat. Selang 15 minit sebelum jarum jam pukul 6.00 petang, pintu kaca Pejabat Agung PAS mula dirapati dan dikerumuni mereka

Mata masing-masing merenung tajam bungkusan-bungkusan plastik berlogo 'Hijau Putih' yang tersusun kemas di atas meja. Sudah tidak sabar rasanya, untuk mencapai satu, getus hati-hati yang 'geram'. Mereka itu, golongan gelandangan yang memenuhi pekarangan bangunan PAS dengan satu tujuan - mendapatkan makanan percuma buat pengalas perut pada hari itu.

Baik Cina, Melayu, India dan pelbagai kulit warna, di sinilah lokasi mereka bertemu setiap penghulu hari itu. Ada yang sudah kenal antara satu sama lain - bersembang-sembang sambil bergurau,ada yang duduk sendiri-sendiri menunggu waktu tiba, ada yang mengusap-usap peluh di dahi anak yang dikendong dan ada yang teragak-agak malau untuk menghampiri bangunan itu.

Dengan nasi berlaukkan ayam masak kurma serta sayuran sebagai juadah, sudah cukup menceriakan mereka pada hari itu. Adakalanya menunya juga bertukar, ada masa bungkusan nasi itu diletakkan ikan goreng, telur rebus ataupun ikan masin. Biar apa pun sajiannya, mereka tidak ambil peduli. Yang penting perut hari itu telah diisi.

Dan inilah secebis kepuasan PAS dan para petugasnya, ketika melihat mereka begitu beselera sekali menjamu di kaki lima dan tepi tangga bangunan PAS sebaik sahaja mendapat makanan percuma itu.

Demikian luahan kegembiraan penyelaras makanan percuma Syaripuddin Mat Yatim, petugas Unit Amal dan beberapa kakitangan pejabat PAS kepada krew Harakahdaily kira-kira 5.30 petang, Jumaat lalu, sewaktu sedang sibuk membungkus dan menyusun juadah penuh nikmat itu.

Kerja-kerja amal dan sumbangan kecil ini, secara tidak langsung telah memancarkan nama PAS di pelusuk ibu kota dan ianya amat besar ertinya kepada golongan gelandangan ini.

Ini diakui sendiri, Mohd Rashid Othman 51, yang sudah dua tahun secara 'tetap', datang ke pejabat PAS ini, untuk mengambil makanan percuma. Dia yang yang tinggal di Setapak merasa bersyukur dengan sumbangan itu, yang sedikit sebanyak meringankan beban sesuap nasi, bagi dirinya yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Manakala seorang 'mak nyah',dikenali sebagai Ameera, 26 mendapat tahu agihan ini melalui rakan-rakannya,dan berjanji akan datang setiap Jumaat untuk mengambil peluang percuma itu.

"Insya-Allah saya akan datang sini seminggu sekali. Benda yang baik ini elok diteruskan dan bantu mereka yang perlukan seperti saya," katanya tersenyum simpul ketika disoal krew Harakahdaily.

Ya memang benar, selama dua tahun, semenjak 6 Julai 2007, PAS tidak pernah gagal dan culas pada setiap hari Jumaat, menyediakan makanan percuma kepada mereka yang dhaif ini dan secara purata, sejumlah lebih 200 bungkusan disajikan, namun adakala ianya tidak mencukupi.

Nurulhuda Muslim 30, sambil mendukung anaknya berusia dua tahun lebih, menyambut baik usaha yang dilakukan terutama untuk penagih dadah yang memerlukan bantuan makanan seperti dirinya.

"Baguslah... ada makan macam ini. Saya menagih dadah sudah 8 tahun dan tak kerja. Jadi hari ini dapatlah saya dan anak makan. Esok, akan cari tempat lain yang beri makanan percuma," katanya yang menagih dadah jenis 'Ice' dan enggan bergambar kerana khuatir 'diketahui' atau 'dikenali' keluarganya yang ada di Sabah.

Rupanya, Nurulhuda sudah 'arif', mencari makanan percuma yang diedarkan oleh persatuan dan kumpulan agama tertentu pada hari dan lokasi yang telah ditetapkan.

"Walaupun bukan kumpulan agama Islam yang beri makanan, tapi saya rasa makanan dibuat itu halal," katanya penuh yakin dan terus beredar segera ke pintu kaca Pejabat PAS untuk menunggu giliran.

Selain PAS, seperti yang diakui Nurulhuda, terdapat dua lagi lokasi makanan percuma di ibu kota yang turut mendapat perhatian, iaitu berhampiran sebuah gereja di Muzium Telekom pada hari Ahad manakala satu lagi di bangunan Baitulmal Wilayah Persekutuan di Kampung Baru pada hari Rabu.

Ini tidak termasuk kumpulan dan persatuan ertentu, yang menaggihkan makana percuma secara 'mobile' atau bergerak, iaitu singgah di mana-mana lokasi,di mana gologan gelandangan ini bersidai ataupun melepaskan lelah.

Tahun lalu, aktiviti edar juadah percuma ini telah 'dipanjangkan' oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat yang diketuai oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo� Hj Ghazali dengan mendekati dan beramah mesra dengan penghuni-penghuni 'lorong gelap' di sekitar Lorong Hj Taib, berhampiran bangunan PAS ini.

Sungguhpun terkejut, namun penghuni-penghuni gembira di samping mesra dan melayan kehadiran rombongan para pimpinan PAS yang turut turun padang, malah ada yang 'membenarkan' naik ke flat tempat tinggal mereka, untuk bertemu rakan-rakan yang lain.

Hari ini, kelibat para pemimpin PAS tidak kelihatan seperti lazimnya, kerana kepadatan jadual tugas di tempat masing-masing, dan tanggungjawab mengagihkan ini dipikul Syaripuddin yang lebih mesra di panggil 'Abang Chem'.

Petang itu hujan begitu lebat, dan hanya sekitar 100 orang memenuhi ruang depan pejabat parti itu di mana pintu 'kaunter' makanan percuma akan dibuka tepat jam 6.00 petang. Tukang agih memberi sedikit taklimat ringkas kepada mereka agar, mengikut peraturan, kesopanan dan adab ketika mengambil makanan percuma itu.

"Kalau tak hujan, 5.30 petang dah penuh kawasan depan ni...ramai. Malah ada yang datang dua tiga 'round' untuk ambil makanan," katanya yang sudah 'masak' dengan aneka ragam mereka yang berpusu-pusu di sini.

Ditanya tentang maklum balas yang diterima ataupun 'keuntungan' yang didapati sejak dua tahun program edar makan percuma yang diilhamkan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan seorang penyokong parti itu, kata Abang Chem itu urusan tuhan yang menentukan.

"Setakat ini, tidak ada apa-apa. Kita beri, dengan niat ikhlas dan nak bantu. Selebihnya, dari sudut berubah atau gerak hati, Allah lah yang uruskan," katanya.

Bagi Syaripuddin adalah lebih baik, selain PAS, masyarakat dan golongan yang berada dapat turut serta dalam menyumbang dana untuk menjayakan dan melancarkan aktiviti yang dilaksanakan secara konsiten itu, di samping memperbanyakkan kuatiti makanan percuma ini.

Sedang, ditemubual Harakahdaily, dua wanita berusia sekitar 40 an' bertemu Syariffudin meminta jasa baik pihak PAS untuk datang ke rumahnya - flat berhampiran bangunan PAS itu, bagi meraikan majlis khatan anak mereka.

"Azamin, nampaknya inilah 'keuntungan' yang kita dapat buat pertama kalinya, kerana mereka dah mula kenal kita. Mereka minta bacakan doa di kenduri anaknya. Ini satu dakwah dan kejayaan," katanya dengan raut gembira dan berharap Harakahdaily juga turut serta di majlis itu.

Ketika Harakahdaily meninggalkan bangunan PAS itu kira-kira jam 6.30 petang, hati tersentuh, melihat kelibat beberapa orang sedang menjamu - nasi bungkus percuma PAS, dengan wajah ceria terpancar dan penuh semangat. Dan gelagat aksi Nurulhuda menyuap nasi ke mulut si kecil comel itu, lebih meruntun hati...

(Bagi yang berhajat dan ingin menyumbangkan dana bagi edaran makanan percuma setiap Jumaat ini, maklumat lanjut bolehlah dimajukan kepada Pejabat Agung PAS di talian 03-26925000)

sumber berita : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22167&Itemid=1

Komen DPPPayaBesar : Alangkah baik kalau aktiviti tersebut menjadi aktiviti rutin PAS di semua peringkat samada negeri atau kawasan..... Setidak-tidaknya bulan puasa ini, dengan menyediakan juadah berbuka percuma untuk orang ramai khususnya si miskin dan fakir serta anak-anak yatim... kita carilah dana sikit utk itu...



Monday, August 3, 2009

Catatan Perjalanan Himpunan Mansuhkan ISA - Siri Akhir

Lihatlah Pak Cik ini. Usianya sebaya dengan bapa polis-polis dan fru-fru muda tersebut. Sedih mendengar dia merintih kesakitan dan sesak nafas. Dadanya terasa sakit. kami ingin membantunya, tetapi kami semua terkepung. Di depan menghala ke Sogo atau masjid Jamek, water conan dan peluru pemedih mata masih memuntahkan kesombongannya. Di belakang dari arah masjid negara, water conan bergerak perlahan menutup laluan bersama a****g BN berkepala merah menghala ke arah kami. Kami terkepung! Kami sudah ingin berundur dan bersurai. Kami seolah-olah tidak dibenarkan bersurai. Rasailah asap dan air ini!!! Seolah-olah itulah strategik celaka mereka!

Tangan saya terketar-ketar sewaktu mengambil gambar Pak Cik tadi dan anak-anak sekeluarga ini. Terketar bukan kerana takut, tetapi kerana perasaan sedih dan sebak yang berombak di dada. Demi Allah, mata saya terasa berair. Bukan kerana pedih disebabkan asid atau gas, tetapi pilu dek melihat kemanusiaan yang hilang serta kebinatangan bermaharajalela! Tahniah adik, kerana memiliki ibu bapa pasangan pejuang. Kami doakan agar seluruh anak-anak Malaysia memiliki keberanian seperti kalian! Tahniah kedua ibu bapanya! kami berdoa semoga seluruh ibu bapa di Malaysia ini berhati juang dan tekad seperti kalian. Kepada Pak Cik tua yang kelelahan dan kesakitan itu, semoga Allah mengangganjarkan Pak Cik istana di dalam syurga. Semoga kami yang muda ini juga istiqamah seperti Pak Cik!

Kami telah pun menutup himpunan ini dengan bacaan doa. Kami memohon dan mengadu kepada Allah s.w.t. sebagai pemilik nyawa dan diri kami serta musuh-musuh Allah itu. Kami berdoa sebagai manusia yang terzalimi, semoga kesakitan dan kesusahan yang kami tanggung ini akan menghapuskan dosa-dosa silam kami. Semoga kesakitan dan kepayahan ini akan mengangkatkan darjat kami di sisiMU. Semoga generasi baru umat ini nantinya, mempelajari dari rakaman sejarah bahawa satu ketika, pernah ada insan-insan yang membela keadilan, menentang kezaliman demi melihat negara Malaysia yang lebih Merdeka dan Sejahtera. Biarlah anak cucu kita berbangga dengan usaha kita! Allahu Akbar!!! Selesai sahaja berdoa dan bersurai, kami diserang habis-habisan.... Sebahagian di tangkap, sebahagian tercedera dan sebahagian berjaya meloloskan diri... namun, perjuangan belum selesai. Najib, UMNO dan BN, bersiap siagalah! Tentera Muhammad akan terus berjuang! Hanya ada 2 perhentiannya,
MENANG atau SYAHID!

A****g-a****g kerajaan BN sedang berhenti rehat setelah lelah menghambat peserta himpunan. Sedikit di ruang hati kecil ada perasaan simpati kerana mereka yang berhadapan kesusahan tugas, berpenat lelah, sedangkan tuan-tuan mereka lena tidur di mahligai indah. Namun benci rasanya melihat kebodoh sombongnya mereka dalam menghadapi orang tua, kanak-kanak, kaum wanita, golongan OKU dan orang ramai seolah-olah tak ada langsung perikemanusiaan.

Beberapa komentar lain :

  1. Tersiar berita kononnya perhimpunan ini mengganggu lalu lintas. Sebenarnya yang menimbulkan kesulitan kepada pemandu dan lalu lintas ialah polis sendiri yang menutup jalan-jalan dan mengadakan roadblock-roadblock yang tidak berasas.

  2. Ada temu bual dari beberapa peniaga kedai yang pro-kerajaan kononnya mereka rugi berniaga kalau ada demonstrasi. Mengapa mereka tutup kedai pada hari tersebut, Bukankah kedatangan ramai orang luar dalam himpunan ini menyumbangkan kepada rancaknya penjualan? Kedai-kedai makan habis licin barang jualan, minuman dan masakan mereka. Yang menyebabkan kedai ditutup ialah apabila si celaka merah itu menyembur air asidnya dan melepaskan bom asapnya!!
Demikianlah catatan ringkas kami yang diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk menggabungkan diri bersama bagi merasai sedikit keperitan dan kesulitan sebuah perjuangan. Alhamdulillah, di sebaliknya ada kemanisan dan peningkatan kekuatan jiwa...

Catatan Perjalanan Himpunan Mansuhkan ISA - Siri 3

Inilah anak-anak muda polis yang akhirnya menghindar ke tepi apabila menghadapi rempuhan ribuan peserta himpunan kami. Kasihan melihat kelibat mereka, walaupun terbetik juga rasa benci dengan ketololan mereka. Komen saya, usahlah dibuat menantu, tunang atau suami. Hidup penuh dengan celaan, sumpahan, caci maki dan doa mereka yang terzalimi. Kami semakin dekat dengan teman-teman di Sogo dan masjid Jamek. Tiba-tiba dari arah depan terdengar bunyi tembakan. Rupa-rupanya, peluru asap pemedih mata telah dimuntahkan beberapa das..

Kami masih tidak berganjak dengan tembakan awal tersebut. Sebahagiannya sudah biasa dan sebahagiannya menunggu arahan dari komanden himpunan samada terus atau berundur. Kaum wanita dan anak-anak diminta bersiap siaga serta berundur lebih awal sedikit. Teman-teman Unit Amal di barisan hadapan menghadapi tembakan pemedih mata tersebut..

Keadaan semakin ganas. Keganasan itu hanyalah di pihak keselamatan sahaja tanpa apa-apa tindak balas dari kami peserta rombongan kerana kami tidak memiliki apa-apa senjata. Kami hanya mampu meluahkan rasa kecewa. Mengapa kami ditembak dengan senjata tersebut sedangkan kami bukan penjenayah dan tiada rekod jenayah langsung. Mengapa pihak polis sangat bersungguh-sungguh mengerah tenaga dan upaya menghalang kami sedangkan masih banyak kes-kes siasatan polis yang belum selesai? Apa punca kematian Teo Beng Hock? Siapakah dalang di sebalik kematian Altantuya? Di mana adik Sharlinie?

Sedang kami bertolong bantu antara satu sama lain menghadapi kepedihan asap pemedih mata dengan garam yang diedarkan dan dikongsi bersama, kelihatan 3 hingga 4 trak water conan menuju ke arah kami dari sebelah kanan melalui jalan depan dataran merdeka. Pihak Unit Amal bergegas melaungkan arahan berundur kepada kami. Bayangkan, ribuan manusia bersesak-sesak berundur. Ada yang terjatuh, ada yang berguling, namun dengan rakus, megah dan bangganya, trak water conan tersebut memuntahkan air asidnya kepada kami tanpa mengira kaum wanita, orang tua maupun kanak-kanak.

Lihatlah realiti ini. Pedihnya kulit menghadapi asid dan asap tersebut. Bersabarlah teman... jika mereka tidak bertaubat, di akhirat nanti biarlah Allah menyembur mereka dengan air logam mendidih bakaran api neraka. Biar Allah menyembur mereka sehingga tersiat kulit dan luruh seluruh daging-daging mereka! Sombongnya mereka dengan sedikit kuasa yang ada....

Catatan Perjalanan Himpunan Mansuhkan ISA - Siri 2

Memenuhi masa terluang sebelum semboyan dilaungkan dengan zikrulLah dan bacaan Al-Quran. Inikah orang yang dianggap mengganggu gugat keselamatan negara? Yang berhimpun rata-ratanya golongan muda dan mudi yang berkopiah dan bertudung litup. Tak pernah terlibat dengan rasuah, skandal, letup meletup orang dan sebagainya. Mereka berarak ketika perhimpunan pun dengan laungan membesarkan Allah dan kalimat toiyyibah Laa Ilaha IllalLah! Kalimah ini gagal dihayati oleh haiwan bertopeng manusia yang tidak berakal!

Perbincangan dilakukan antara pimpinan himpunan dengan pihak polis bagi membenarkan laluan kami untuk berarak secara aman terus di istana negara. Permohonan tidak dihiraukan malah kami ditengking dan diherdik seperti haiwan. Tiada langsung rasa hormat kepada kami sebagai pembayar cukai yang menjadi antara punca gaji mereka dibayar. Entah apa yang disuapkan ke dalam otak mereka ini tentang kami oleh pimpinan polis dan BN. Sebahagian dari kami adalah anggota masyarakat dan warga negara yang turut menyumbang kepada kebaikan. Di kalangan kami ada guru dan pensyarah yang mengajar hatta anak-anak polis itu sendiri. Di antara kami ada ustaz dan ustazah yang memenuhi masa dalam hidup kami membantu pihak keselamatan menasihati dan mendidik masyarakat awam serta anak-anak muda dari jenayah, dosa dan mungkar. Sebahagian dari kami adalah ibu bapa yang sering mentarbiyah anak kami agar menjadi manusia yang berguna.. jangan jadi orang jahat seperti pemimpin UMNO dan BN. Wahai polis, apa jahatnya kami???

Apabila pergerakan ke istana negara terhalang, kami mengambil keputusan berarak ke arah Sogo atau Masjid Jamek bagi bersatu dengan himpunan kawan-kawan kami di sana yang katanya 2-3 kali ganda dari bilangan kami di masjid negara. Ini bukti yang jelas bahawa kami tidak menginginkan pertembungan dengan pihak keselamatan. Kalau ingin bertempur, di depan masjid negara lagi kami sudah rempuh sekatan yang dilakukan. Tetapi kami manusia, bukan seperti mereka...

Inilah suasana perarakan kami dari masjid negara. Masih ada yang kata bilangan yang berhimpun adalah sedikit. Saksikan sendiri gambar ini. Ini hanya kumpulan yang berarak dari masjid negara. Sedangkan kami dimaklumkan bahawa di hadapan Sogo, Pejabat Pas jalan Raja Laut dan di hadapan masjid Jamek jauh lebih ramai 2 hingga 3 kali ganda dari bilangan kami. Ketika gambar ini diambil, kami semakin dekat untuk bergabung dengan teman-teman kami di Sogo. Tetapi terhalang oleh a****g BN berkepala merah bersama senapang gas pemedih mata dan trak air kimia mereka.

Bagi mengelak pertempuran kami memilih untuk berpindah dari jalan atas ke jalan bawah. Di jalan bawah kami hanya terpaksa berhadapan dengan polis biasa yang berpakaian biru yang rata-ratanya anak muda yang seperti baru direkrut sebagai polis. Kami semakin tekad. Tiada jalan lain. Di sebelah kiri jalan, tebing tinggi dan diatasnya balai polis yang berpagar. Di sebelah kanan kami pula gaung curam yang menuju ke dataran merdeka. Di depan kami adalah benteng polis yang menghalang laluan. Kami terpaksa merempuh halangan tersebut. Berpatah balik, belum masanya. Kami harus mencuba, membunuh rasa takut!

Catatan Perjalanan Himpunan Mansuhkan ISA - Siri 1

Suasana masjid negara jam 3.30 pagi lebih kurang. keadaan masih lengang. kami antara yang sampai awal. On the way hanya ada 2 roadblock. Laluan ke masjid negara, awal-awal lagi telah dikepung dan diblock oleh polis. Selepas membersihkan diri, rombongan pun terus rehat untuk simpan tenaga menghadapi siang esoknya.

Dekat dengan subuh, rombongan kami sempat berqiamullail. masing-masing mengambil kesempatan yang qudus ini untuk berdoa memohon keselamatan diri dunia dan akhirat. Kita bersusah payah datang seawal ini bukan untuk bertempur dengan pihak keselamatan. Kita ingin berhimpun dengan aman. Mengunjuk rasa simpati kepada mangsa ISA. Dengan kezaliman BN, ISA menjadikan ada anak yang kerinduan kasih bapanya, ada Isteri yang kesepian, ada ibu bapa yang kehilangan, ada keluarga yang kesusahan dan kemiskinan, ada kemanusiaan yang terlantar. Kita berhimpun kerana kemanusiaan... walaupun balasannya ialah sebuah kebinatangan! Kami bermunajat, sebagai abid di malam hari.. kuda perang di siang hari..

Pada jam 8.30 pagi lebih kurang, kelihatan peserta himpunan semakin ramai di sekitar masjid negara. Ada yang datang dengan bas sewa. Rasanya rombongan dari Terengganu. Ada pakcik mak cik, ada suami isteri, ada sekeluarga bersama anak-anak dan yang ramainya ialah saff anak-anak muda yang jernih wajah mereka berbanding anak-anak muda berpakaian polis yang hitam gelap dan kelat wajah mereka kerana membodohkan diri menjadi a****g setia kerajaan BN (B**i Negara).

Kelihatan juga ketika ini beberapa ekor a****g kerajaan BN sedang berkeliaran sekitar masjid negara. Ada yang jantan dan ada yang betina. Cadangan saya - jangan sesekali benarkan anak-anak anda menjadi polis selagi BN memerintah. Kalau ada yang bertunang dengan polis, putuskan segera. Kalau ada yang berkahwin dengan polis, cerai lagi baik. Mereka ni bukan manusia! Orang yang berehat dalam masjid dan beriktikaf, dihalau keluar. Kali ini, tangkapan rawak di lakukan kepada peserta himpunan sekitar masjid negara yang memakai baju atau lilitan kepala mansuhkan ISA. Masa ni kami berada di kawasan berkarpet di dalam masjid negara. Kawasan ini sahaja yang tidak di masuki oleh a****g-a****g ini. Kami berzikir dan membaca Al-Quran, dari pagi sampailah azan zuhur di laungkan.

Semasa ingin menunaikan solat zuhur berjemaah, bilangan peserta himpunan kelihatan memenuhi masjid ruangan solat masjid negara. Sebaik sahaja solat zuhur berjemaah, laungan berhimpun pun bermula. Kumpulan kami di masjid negara dipimpin oleh Dr Hatta Ramli dan Ustaz Ridhuan Md Nor. Pada peringkat awal kami keliru ingin menuju ke arah mana. Kerana polis telah mengadakan sekatan di jalan yang mengarah ke masjid negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...