Tuesday, May 24, 2011

Bahan Mentah Lynas Bahaya

Apakah amalan perindustrian dan amalan penguatkuasaan di Negara ini telah cukup baik dan mampu mengawasi kilang ini? Perlu di ingat pengawasan bahan sisa itu perlu dijalankan selama berbillion tahun.


LYNAS Malaysia Sdn Bhd sedang membina kilang rare earth di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang. Bahan mentah yang akan dibawa masuk dari Australia, serta bahan sisa yang bakal dibuang di sini mengandungi radiasi radioaktif. Bahan-bahan ini boleh menjejaskan persekitaran dan kesihatan penduduk sekitar serta generasi akan datang.

Bahan mentah Lynas yang diberi nama Low Lanthanide Thorium amat mengelirukan dari segi kandungannya. Seolah-olah Lynas ingin berselindung sesuatu. Ia digambarkan seolah-olah sejenis pasir atau tanah yang tidak berbahaya.

Sebenarnya Low Lanthanide Thorium mengandungi bahan Lantanium (La) dan Thorium (Th) disamping unsur- unsur lain. Kandungan Lantanium dan Thorium bermakna ia berasal dari mineral Monazite (Ce,La,Th)PO4.

Kawasan perlombongan Lynas yang dipanggil Central Lanthanide Deposit (CLD) di Mount Weld, Australia, terdapat juga unsur Niobium (Nb) dan Tantalum (Ta). Unsur ini juga akan mereka proses di Gebeng. Kedua-dua oksid unsur ini berasal dari mineral Columbite dan Tantalite (Fe,Mn)(Nb,Ta)2O6.

Secara geologi kimia mineral Monazite, Columbite, Tentalite hanya akan terbentuk bersama-sama mineral lain antaranya, Uranite (UO2), Zircon (ZrSiO4) Wolframite (Fe,Mn)WO4, Tourmaline (Na,Mg,Fe,Ae,B,MnSiO4) dan lain-lain associated minerals.

Bahan mentah yang dibawa masuk akan kemungkinan mengandungi campuran unsur-unsur radioaktif dan bukan radioaktif antaranya ialah Cerium (Ce), Latanium (La), Thorium (Th), Fosforus (P), Oksigen (O2), Uranium (U), Lithium (Li), Boron (B), Zircon (Zr), Niobium (Nb), Tantalum (Ta), Magnesium (Mg), Manganum (Mn), Ferum (Fe), Silicon (Si) dan unsur-unsur lain.

Unsur-unsur rare earth digunakan dalam berbagai industri, termasuk industri elektronik,telekomunikasi, angkasa, senjata dan lain-lain.

Walaupun pihak Lynas menegaskan lombong mereka di Central Lanthanide Deposit (CLD) di Mount Weld adalah Secondary Phosphate dan aluminophosphates di dalam carbonatite sediments, tetapi asal usulnya mineral tersebut adalah dari batuan primary. Di Mount Weld juga terdapat intrusion. Ini bermakna di Mount Weld kemungkinan terdapat kedua-dua primary dan secondary deposit.

Pembentukan mineral bergantung kepada faktor-faktor seperti kedalaman, suhu, tekanan dan sebagainya. Mineral yang terbentuk tidak sekata dari tempat ke tempat. Bahan mentah yang di bawa masuk juga berbeza tahap kandungan dari masa ke semasa. Ini bermakna tahap radiasi radioaktif bahan mentah dan sisa buangan berubah-ubah dan memerlukan pemantauan yang sistematik.

Bahan mentah dan sisa perlu dianalisa secara atomik, berkala dan berterusan. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab mengawasi dan menyelia bahan-bahan ini.

Apakah amalan perindustrian dan amalan penguatkuasaan di Negara ini telah cukup baik dan mampu mengawasi kilang ini? Perlu di ingat pengawasan bahan sisa itu perlu dijalankan selama berbillion tahun.

Selepas kilang ini di tutup agensi manakah yang akan menyelenggara sisa buangan dan siapakah yang akan menanggung kosnya?

Kesimpulannya, kita tidak mempunyai integriti dan etika yang cukup untuk menilai, mengendali, dan mengawal kilang ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...