Sunday, January 8, 2012

Pertandingan PS 2 menarik minat Pemuda



Pertandingan PS 2 yang telah diadakan di belakang Surau RRM 1 Permatang Badak, Pertandingan yang terbuka kepada pemuda setempat yang berumur 17 tahun sehingga 40 tahun. Kebanyakkan yang hadir dan yang menyertai pertandingan ini adalah tergolong daripada anak-anak muda yang berumur lingkunan 17 hingga 30 tahun.

pertandingan ini telah dianjurkan oleh DACS Kawasan Paya Besar dan penaja adalah surau RRM1 Permatang Badak. Pendekatan ini diambil oleh Surau RRM 1 adalah untuk mendekati pemuda kawasan tersebut dan dalam masa yang sama dapat menarik minat pemuda untuk datang ke Surau tersebut.

Bagi Dewan Pemuda Kawasan Paya Besar ini adalah kali kedua anjuran DACS dalam masa 2 minggu. Sebelum ini telah diadakan pertandingan yang serupa di Taman Tas dan telah menarik minat pemuda dan juga kanak-kanak. Kos yang minima dan peralatan yang canggih telah disediakan dan ini caranya Dewan Pemuda Paya Besar dapat mendekati pemuda.

Ustaz Tarmizi selaku Timbalan Yang Dipertua Kawasan Paya Besar dan juga exco Dewan Pemuda , meluangkan masa bersama dengan peserta dan juga menyampaikan hadiah kepada pemenang. Pertandingan di RRM Permatang Badak ini dihadkan kepada 32 Peserta sahaja. Memandangkan ramai lagi pemuda yang ingin menyertainya Insya Allah pertandingan ini akan diadakan lagi di tempat yang sama kelak.

Selepas ini Pertandingan akan diadakan di Pandan 2 dan seterusnya akan diadakan disemua cawangan dan UPU. Pertandingan PS2 ini akan dijadikan liga Kawasan dimana pemenang yang berjaya dalam pertanding yang diadakan disemua lokasi kawasan paya Besar akan bertanding di satu tempat yang akan ditetapkan kelak untuk memilih Johan untuk keseluruhan dan akan disedia hadiah yang lumayan.

Wednesday, January 4, 2012

Zua XPDC tarik anak muda rock dekati PAS

KEPALA BATAS, 4 Jan: Kemunculan bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC, Azuar Md Tasi atau lebih popular dengan panggilan Zua pada Konsert hiburan 'Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita' di Pulau Pinang baru-baru ini berjaya menarik ratusan anak muda ke program PAS itu.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Rantau Panjang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas dan Negeri itu berjaya menarik golongan pemuda khususnya peminat rock untuk duduk bersama dalam program tersebut.

Selain Zua, program tersebut turut menampilkan pemuzik undangan SUS9 yang pernah menjadi johan sempena Pesta Pulau Pinang tahun 2002 vokalisnya Jefri.

Pengarah Program, Nor Azman Ishak ketika ditemui gembira dengan sambutan yang diberikan terutamanya golongan muda terhadap pendekatan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu.

"Pada masa depan program sebegitu akan diteruskan supaya anak muda yang jiwa mereka terlalu cintakan muzik tetap bersama PAS.

"Dulu mungkin timbul perasaan tidak selesa kerana bimbang PAS tidak dapat menerima
golongan seperti mereka, " jelasnya.

JOM diadakan seharian di Dun Penaga di mana pada sebelah paginya program mengayuh basikal diadakan mengelilingi beberapa buah kampung di Pasir Gebu, Penaga.

Acara sukan juga diadakan di padang awam Pasir Gebu yang mana acara yang paling dinantikan ialah persembahan seni silat serta tomoi.

Selain itu klinik gitar juga turut diadakan di dewan berkenaan pada sebelah petang yang dikendalikan sendiri oleh Zua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...