Monday, May 31, 2010

Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.

Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Saturday, May 15, 2010

Kejahilan tentang agama punca umno luluskan lesen judi, pengundi dapat saham sikit.


Oleh Abu Syifa,

Tahniah kepada pengundi dan penyokong Umno yang kini telah menerima sedikit bekalan untuk Akhirat kelak dengan terlulusnya lesen judi untuk Bola Sepak Dunia dan juga Konsert 12 jam. Bagaimanakah perasan orang umno dan penyokong dan juga pengundi yang mengundi untuk memenangkan orang yang boleh bagi saham yang menjurus kepada Api Neraka Allah, Mungkin pada pandangan mereka ini adalah keputusan yang dilakukan oleh individu dan bukannya mereka yang menyokong dan mengundi. Itulah dalil yang boleh mereka berikan untuk mengelak dari dikatakan pembuat maksiat dan juga pengumpul dosa free.

Apa yang penting bagi mereka adalah untuk melihat islam tidak dikembangkan dan hidup bebas macam orang yang tiada agama, ini terbukti dengan terlulusnya lesen judi tersebut. Mereka yang meluluskan perkara maksiat adalah mereka yang tidak mahu melihat islam tersebar dan berkembang di bumi Malaysia ini. Kalau diperhatikan dan diamati sebenarnya memang Umno tidak mahu perkembangan islam tersebar luas di MAlaysia kerana mereka tahu bahawa sekiranya islam telah difahami dan diamati oleh orang islam di Malaysia ini maka tiada apa lagi yang tinggal pada mereka dan Umno akan kalah dan tersungkur dalam pilihanraya. Oleh kerana umat islam di MAlaysia ini masih lalai dan dilalaikan oleh Umno selama ini maka mereka boleh bertahan hingga hari ini, oleh kerana itu Umno boleh buat apa saja peraturan dan meluluskan apa saja untuk melalaikan umat islam sedaya mungkin.

Sedarlah wahai orang umno dan juga pengundi serta penyokong Umno, bahawa anda sekarang sedang menjadi pengumpul dosa yang tidak anda lakukan dan ini telahpun anda ketahui bahawa mereka dari kalangan orang umno adalah pembuat dosa dan anda menerima tempiasnya dan dibawa hingga ke Akhirat dan akan dihitung oleh Allah dan akan dimasukkan dalam Api Neraka Allah. Kelalaian anda untuk memperlajari hal agama menyebabkan anda jahil dalam agama dan akan menurut saja apa yang dilakukan oleh pemimpin umno. Padahalnya anda boleh mengelakkan daripada melakukan maksiat terhadap Allah. mudah saja untuk menebus balik Dosa anda hanya dengan bertaubat dengan Allah dan berjanji tidak akan menyokong lagi kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan oleh umno. dan seterusnya jatuhkan umno dalam pilihanraya akan datang.

Tuesday, May 4, 2010

Pemimpin Umno/BN cuai kedaulatan negara

KOTA BHARU, 3 Mei: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) dianggap tidak prihatin terhadap kedaulatan negara apabila dengan mudah menyerah dua blok pengeluaran minyak di Laut Cina Selatan kepada Brunei.

Blok terbabit iaitu Blok L dan Blok M dianggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai nilai minyak berjumlah AS$100 billion (RM320 bilion).

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan yang boleh memuaskan hati rakyat mengesahkan kerajaan BN tidak prihatin terhadap kedaulatan negara.

“Dewan Pemuda PAS Kelantan menuntut satu siasatan dibuat bagi menyiasat ketelusan rundingan yang merugikan Malaysia tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Baru-baru ini Dr Mahathir Mohammad mendedahkan kepincangan tersebut dalam blognya dengan merujuk laporan The Edge Financial Daily dan Brunei Times.

Bagaimanapun Perdana Menteri menganggap persempadanan semula darat dan laut pada Mac 2009 sebagai formula penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak (Malaysia dan Brunei).

Isu tuntutan Brunei terhadap Limbang yang diapit daerah Brunei Muara dan Temburong dibangkitkan negara terbabit sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

Ahmad Fadhli berkata, Pemuda PAS Kelantan melahirkan rasa kesal yang teramat sangat ekoran kecuaian kerajaan Malaysia dalam rundingan diplomatik tersebut sehingga mengakibatkan jumlah kerugian yang begitu besar terpaksa ditanggung rakyat Malaysia.

“Persoalan yang timbul mengapakah pemimpin negara boleh melakukan rundingan yang secara jelas merugikan Malaysia.

“Jika pemimpin negara boleh menafikan hak rakyat Kelantan dalam isu tuntutan royalti minyak sebanyak RM2 billion, nampaknya mereka dengan senang hati melepaskan RM320 billion kepada pihak lain,” katanya.

Oleh itu menurutnya, Pemuda PAS Kelantan menuntut penjelasan Najib memandangkan ketika mesyuarat kabinet pada 11 Februari 2009 beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Sumber/Link

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...