Sunday, September 27, 2009

Ibrahim Ali kena lepaskan jawatan.....Tok Guru Nik Aziz

oleh Abu Syifa


"Saya akan terus mendesaknya melepaskan jawatan wakil rakyat di Pasir Mas kerana dia bertanding atas tiket PAS. Namun kini menentang dasar PAS dan kerajaan negeri.

"Wakil Rakyat macam ni orang tak boleh terima sebab tak ada pendirian dan prinsip perjuangan," kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui media di majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini.

Kalau dah sikap dan perjuangan yang dibawa oleh seorang yang hanya mementingkan diri dan bukannya untuk rakyat ,Ibrahim Ali bolehlah disifatkan sebagai kacang lupakan kulit. Ini kerana ramai diantara mereka yang sudah biasa dengan perjuangan palsu Umno akan terbawa-bawa juga dengan peranan mereka sebelum ini yang mana akan mencari kepentingan diri lebih utama dan rakyat akan diberikan perhatian sekirannya ada PRK ataupun pilihanraya umum.

Dengan desakkan yang dibuat oleh Tok guru Nik Aziz supaya Ibrahim Ali melepaskan jawatan sebagai Ahli parlimen Pasir Mas merupakan kehendak rakyat yang mana sudah muak dengan gelagak Ibrahim Ali yang sudah mengkhianati pengundi yang mengundi beliau oleh kerana beliau menggunakan lambang Pas dan bertanding diatas tiket Pas. kalau tidak mana mungkin beliau dapat bergelar Ahli parlimen sekarang ini.

Sedarlah wahai Ibrahim Ali, Anda telahpun mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat dan pengundi supaya anda mewakili pengundi dan Pas di parlimen dan bukannya mengutuk pentakbiran Pas di Kelantan dan juga ini akan menyebabkan anda akan kehilangan kepercayaan pengundi dimasa akan datang dan kita dapat tengok sekiranya beliau masih bertanding di Pasir Mas, nescaya dia akan mengalami nasib yang sama seperti PRK di Pengkalan Pasir pada tahun 2005, dimana beliau kalah teruk dan hilang wang pertaruhan.


Friday, September 25, 2009

'Mata-mata PAS' dalam kem tentera

Malaysiakini Melaporkan....

PAS mempunyai penyokong-penyokong di kem tentera dan balai polis yang akan bertindak sebagai "mata-mata" parti itu untuk memantau kempen-kempen BN ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS berkata individu-individu berkenaan termasuk pegawai tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan.

"Mereka adalah sumber maklumat kita untuk pastikan BN tidak menjalankan kempen dalam kem," kata Suhaizan Kaiat ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan di sebuah blog bahawa PAS melalui beberapa pegawai tentera telah menjalankan kempen di dalam kem tentera dan tidak perlu lagi memohon kebenaran untuk menjalankan kempen seperti desakan Pemuda PAS minggu lalu.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima, pihak PKR telah bantu PAS dengan menyediakan satu sistem di mana kepala-kepala tertentu sudah ditugaskan menjaga 10 biji rumah.

“Kepalanya seorang kapten (bakal) bersara yang hanya tinggal beberapa bulan lagi. Sebelum ini kami sudah dedahkan sebelum ini, seorang kapten bersara bernama Izani yang menguruskan kantin,” blog The Unspinners dipetik.

“Nama kapten bersara itu kami tahu. Kami beritahu satu saja... bermula dengan R.”

Diminta mengulas dakwaan ini, Suhaizan berkata: "Siapa mereka itu, kita tidak boleh beritahu, nanti mereka akan kena tindakan pula."

Mata-mata PAS itu, tambahnya, sentiasa memberikan maklumat berkaitan kempen BN untuk memastikan pilihan raya itu berjalan dengan adil.

"Kita tidak mahu nanti ada menteri-menteri atau pemimpin-pemimpin BN yang berselindung di sebalik majlis-majlis formal anjuran kementerian untuk berkempen," jelas Suhaizan lagi.

"Maksudnya kalau kita (PAS) tidak boleh berkempen dalam kem, BN tidak boleh juga. Kalau BN boleh, kita pun mesti boleh."

Jelasnya lagi, beliau akan meminta supaya SPR dapat memastikan pemilih-pemilih pos di kem askar dan balai polis diberikan peluang sama untuk mendapatkan maklumat mengenai calon PAS.

SPR boleh menyediakan peluang berkenaan dengan memberikan peluang kepada calon-calon, termasuk pembangkang, untuk menjalankan ceramah di dalam kem.

Suhaizan turut menolak pandangan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang tidak membenarkan parti politik memasuki kem tentera untuk berkempen demi mengelak tentera "berpolitik."

"Saya rasa (Abdul Latif) silap. Berpolitik ini apabila seseorang itu ada jawatan dalam parti atau terlibat secara aktif dalam parti politik.

"Tapi tujuan kita (berkempen di dalam kem) adalah untuk memberi maklumat kepada pengundi, bukan untuk jadikan tentera berpolitik. Apakah mendapatkan maklumat (pilihan raya) itu juga berpolitik?" katanya.

Desakan berkempen di dalam kem tentera timbul apabila jumlah pemilih pos – yang sering dicurigai pembangkang akan menguntungkan BN – terlalu besar.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di DUN tersebut yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.

Tuesday, September 22, 2009

Ustaz Alwi Kemalangan...Doakan keselamatannya.

oleh : Abu Syifa

Ustaz Alwi Muda (Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar) telah mengalami kemalangan pada raya pertama dekat Tol Karak. Beliau mengalami kecederaan dibahu dimana terpaksa dibedah pada pagi semalam untuk dimasukkan besi agar dapat menyokong bahu beliau yang terkeluar dari tempat asal.

Diharapkan Ustaz Alwi serta keluarganya dalam keadaan yang baik dan diharapkan semua mendoakan agar beliau selamat dan dapat meneruskan perjuangan dalam menegakkan kebenaran islam di bumi ini Isya Allah.

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Matt


Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

Wednesday, September 16, 2009

Pembaziran duit rakyat.....ISA perlu dimahsuhkan

Oleh: Abu Syifa

Pembebasan lima orang dari ISA semalam merupakan satu percubaan kerajaan untuk menarik perhatian rakyat dan ini membuktikan bahawa apa yang dinyatakan oleh Hishamuddin ini bukannya kerana pilihanraya N31 Bagan Pinang adalah satu pembohongan yang nyata. Ini kerana kenapa baru sekarang mereka dibebaskan sedangkan mereka sudah lama ditahan sehinggakan ada yang merekok didalam ISA selama hampir 8 tahun.

Keinsafan yang diungkapkan oleh Hishamuddin semalam seumpama melambangkan yang pihak kerajaan telah gagal dan menggunakan terlalu banyak duit rakyat untuk menginsafkan mereka yang ditahan ISA. Makan minum dan gaji pegawai serta peyelenggaraan penjara perlu diambil kira kerana rakyat yang membayarnya. Dimana kepakaran yang diajarkan kepada pegawai polis sehinggakan mengambil masa yang lama untuk menyedarkan seseorang yang perbuatan mereka itu salah, sebenarnya perbuatan kerajaan yang salah kerana mereka yang ditahan di ISA tidak pernah dibicarakan dan ini akan mengelirukan mereka yang ditahan siapa yang sepatutnya diinsafkan.

Tuesday, September 15, 2009

Mengundi 11 Okt, undi pos macam biasa


Klpos melaporkan.....

SEGALANYA telah terjawab, penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober depan manakala pengundian pula ditetapkan pada 11 Oktober 2009.

Namun, pembangkang telah melepaskan ‘serangan bom’ pertama berhubung dengan isu pengundi pos berjumlah 4,604 yang dituntut agar mengundi pada hari yang sama dengan pengundi berdaftar lainnya kerana mendakwa wujudnya penipuan dalam proses undian secara pos.

Semasa mengumumkan tarikh penamaan dan pengundian DUN Bagan Pinang, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang diajukan persoalan berkenaan menegaskan, pengundi pos yang berdaftar tetap akan melaksanakan tanggungjawab mereka seperti mana amalan biasa.

Ini bermakna SPR tetap akan meneruskan sistem undi pos dan tidak akan mengubah sistem itu seperti yang dituntut oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Jika mereka semua keluar mengundi pada hari pengundian siapa pula hendak menjaga keamanan,” katanya.

Mengenai tuduhan kemungkinan berlakunya penipuan dalam amaln undi pos, Abdul Aziz berkata, “Mustahil boleh tipu dan tak mungkin ia boleh berlaku! Undi pos tidak boleh dibuat sesuka hati dan hanya yang layak boleh mengundi. Setiap undi pos mesti dilampirkan bersama borang pengesahan saksi. Malah setiap parti dijemput menghantar wakil mereka memerhatikan proses pengundian itu,” katanya.

Menjawab soalan wartawan pada sidang media di pejabatnya, Isnin, Aziz berkata kotak berisi undi pos itu juga dikunci dan dikawal rapi oleh pegawai-pegawai SPR dan polis dari tarikh pengundian sehinggalah tarikh pengiraan.

Aziz turut mengumumkan SPR melarang parti-parti politik menggunakan alat pembesar suara, hailer mahupun alat muzik sepanjang kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 11 Oktober depan. Penggunaan simbol-simbol parti di kenderaan juga ditegah.

Aziz turut mengingatkan parti-parti yang bertanding untuk mematahui larangan mendirikan “barong” atau pondok panas.

“Saya mahu menekankan kepada semua parti politik dan penyokong supaya mematahui akta Kesalahan Pilihanrya 1954 yang melarang mereka mengadakan sebarang bentuk perjumpaan, perhimpunan, syarahan, serta pertunjukan atau hiburan terbuka.

“SPR juga melarang sesiapa membekalkan atau menggunakan alat muzik atau pembesar suara dengan apa cara sekalipun termasuk digunakan di dalam atau atas kenderaan atau binatang dengan tujuan menyampaikan dakyah politik.

“Kami juga tidak akan teragak-agak bertindak ke atas sesiapa yang cuba menubuhkan atau menyelenggarakan pejabat atau barung atau menyewa rumah, rumah kedai, dewan atau premis lain di dalam bahagian PRK itu,” katanya.

Aziz berkata sesiapa yang melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5 ribu atau kedua-duanya sekali.

“Berdasarkan pengalaman dalam beberapa PRK yang lalu, kami sedar larangan ini perlu dikuatkuasa untuk mengelakkan sebarang kekecohan,” katanya.

Aziz berkata, daripada maklum balas semua pihak, pihaknya bersetuju mengadakan tarikh penamaan calon dilakukan pada hari Ahad dan hari pengundi pada Sabtu untuk memudahkan urusan dan menjamin peratusan undi yang lebih tinggi.

Aziz berkata pihaknya telah menerima permakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang daripada Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada 7 September lalu. Katanya SPR telah melantik Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abdul Wahab Shamsuddin sebagai pegawai pengurus PRK itu dan dibantu empat penolong dan 275 petugas.

Katanya, SPR telah memutuskan untuk menggunakan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. Lapan buah sekolah dan 18 saluran mengundi telah dipilih sebagai pusat mengundi.

PRK Bagan Pinang (N.31) diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu dan adalah PRK yang kesembilan sejak Pilihanraya Umum (PRU) Mac tahun lalu.

Dalam PRU yang lalu Azman (BN) mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail.

Aziz berkata, terdapat 13,664 pengundi berdaftar yang mana 9060 adalah pengundi biasa dan 4604 pengundi pos. Dari jumlah itu 8577 atau 85% adalah pengundi Melayu, 2834 India (20.74%), 1498 Cina (10.96%) dan bangsa lain 755 (5.54%).

Mengikut pecahan jantina, pengundi lelaki yang berdaftar ialah 7912 atau 57.9% sementara pengundi wanita seramai 5752 (42.01%).

Golongan paling ramai mengundi kali ini ialah mereka yang berusia antara 30-39 tahun, iaitu seramai 3696 (27.05%), diikuti golongan umur 21-29 tahun seramai 3189 (23.34%); 40-49 seramai 2832 (20.73%), 50-59 – 2133 (15.61%), 60-69 – 1090 (7.98%), 70-79 – 513 (3.75%), 80-89 – 151 (1.11%), 90 tahun ke atas – 60 orang (0.44%) dan 100 tahun ke atas – 9 orang.

Bagan Pinang terletak di bawah parlimen Teluk Kemang yang diwakili oleh Datuk Kamarul Baharin Abbas dari PKR.

PAS yakin ulangi kejayaan PRK Kuala Terengganu

Harakahdaily melaporkan.....
KUALA TERENGGANU, 14 Sept: PAS Negeri Terengganu melahirkan keyakinan dapat mengulangi kejayaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada PRK Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 11 Oktober depan.

Setiausahanya, Haji Yahaya Ali berkata, PAS negeri telah bersiap sedia menghantar para petugas bagi menghadapi PRK itu.

"Kami mempunyai harapan dan keyakinan yang tinggi dapat mengulangi kejayaan PRK Bagan Pinang dengan pengalaman yang kita ada dalam PRK Kuala Terengganu lalu," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan 11 Oktober ini hari mengundi bagi PRK Bagan Pinang sementara penamaan calon pada 3 Oktober.

Katanya, dengan berbekalkan pengalaman yang diperolehi pada PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan pada 17 Januari lalu, PAS mampu memenangi kerusi Dun Bagan Pinang dalam PRK itu nanti.

Pada PRK Parlimen Kuala Terengganu, calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) mengalahkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran yang menewaskan calon PAS, Haji Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Yahaya menambah, pihaknya yakin dengan para petugas dari negeri ini yang ditempatkan di Unit Peti Undi (UPU) Teluk Kemang untuk membantu para petugas PR seluruh negara bagi memenangkan calon PAS dalam PRK Dun Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian Adun Bagan Pinang, Azman Mohamad Noor pada 4 September lalu di mana pada PRU 2008 lalu, beliau menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi._

Monday, September 14, 2009

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang

Oleh: Abu Syifa

Hari mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan ditetapkan pada 11 Oktober, sementara hari penamaan calon pula jatuhnya pada 3 Oktober ini.

Tarikh itu dimumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuaratnya hari ini bagi membincangkan persiapan pengendalian pilihan raya kerusi itu di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Seramai 13,664 pemilih layak menentukan calon parti yang bertanding - kemungkinan besar menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PAS - termasuk 4,604 pemilih pos.

PAS santuni, dekati penghuni 'belakang mati'

harakahdaily Melaporkan.....

KUALA LUMPUR, 14 Sept:Tiba-tiba belakang bangunan PAS itu jadi tumpuan bak lebah mengerumuni madu. Tidak semena-mena kelibat para penghuni lorong gelap, golongan gelandangan serta marhaen, anak-anak pekerja seks, penagih dadah dan maknyah melabuhkan diri dalam sebuah program PAS.

Program yang berjaya menyatukan semua golongan daripada aneka jenis latar belakang. Daripada masyarakat bawahan, miskin ataupun yatim masing-masing bersama meluangkan masa beramah mesra dengan pimpinan PAS.Sama-sama bersila, bersimpuh dan bersentuh lutut tatkala menjamu selera ketika berbuka puasa.

Itulah keistimewaan dan keunikan program PAS yang diberi nama Semarak dan Semerak Ramadan PAS yang berlangsung buat julung kalinya petang semalam di belakang bangunan pejabat agung PAS Jalan Raja Laut. Ia berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri dengan sambutannya yang cukup luar biasa dan luar jangka.

Sungguhpun, pada asalnya penat merempuh jalan raya yang sesak menuju ke pejabat PAS ini, namun hilang lelah tatkala melihat kehadiran orang ramai dan aktiviti yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Lebih kagum kesungguhan para petugas menjayakan program ini, sungguhpun suasana Ramadan berbaki tujuh hari dan bakal melintasi Syawal tak lama lagi.

Bermula jam 2.00 petang, di bawah enam khemah 'berkipas' yang boleh menampung kehadiran lebih 200 orang, program dimulakan dengan membuka kaunter perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma daripada doktor dan pengamal perubatan alternatif yang didatangkan khas daripada Darussyifa, khidmat nasihat guaman syariah dan sivil daripada tiga peguam dan khidmat kaunseling daripada seorang pakar. Image

Selain itu, terdapat kaunter pusat khidmat wakil rakyat kawasan Titiwangsa bagi para pengundi untuk mengajukan masalah setempat dan kaunter daftar Ahli PAS dibuka bagi yang berminat.

Mengkagumkan, semua kaunter dipenuhi dengan orang ramai yang berhajat tanpa rasa segan dan silu. Tanpa kecuali Harakahdaily juga sempat menjengah satu persatu kaunter yang dibuka bagi mendapat beberapa info untuk menambah ilmu diri.

Seperti di Kaunter Guaman, Harakahdaily dimaklumkan bahawa antara aduan, kes ataupun masalah yang dirujuk lebih tertumpu kepada hal ehwal rumah tangga seperti nafkah pencarian, tuntutan harta, cerai berai dan melibatkan ibu tunggal yang bermasalah. Kaunter ini, diselia oleh peguam Ahmad Zamri dan Marlina Amir.

Terdapat pameran informasi undang-undang turut dipaparkan di belakang khemah bagi orang ramai mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan antaranya seperti urusan pembahagian harta, keadilan kes rumah tangga dan juga hak-hak yang wajar diketahui umum. Tanpa kecuali risalah dan pamplet berkaitan juga turut diedarkan.

Menarik perhatian, apabila seorang remaja lelaki cuba mendapatkan rawatan bengkak kaki daripada Ustaz Mohd Ali Jamil daripada Darussyifa. Bukan itu sahaja, beberapa orang bukan Islam juga turut mendapatkan khidmat nasihat Ali Jamil yang diberikan secara percuma juga. Image

Kaunter kesihatan juga tidak menang tangan dibuatnya, apabila hadirin cuba mendapatkan nasihat para doktor yang bertugas berkaitan penyakit yang dihadapi seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Kira-kira jam 3.00 petang,pengacara majlis berbesar hati mengumumkan sejumlah 27 orang telah mendaftar sebagai ahli PAS, yang rata-ratanya terdiri daripada remaja dan pemuda sekitar usia 18 sehingga 30 tahun.

Terdapat dua tabung disediakan di dalam khemah bagi orang ramai yang berhajat menyumbangkan dana untuk disalurkan bagi tujuan aktiviti "Kami Prihatin" anjuran Parlimen Titiwangsa seterusnya untuk golongan yang kurang bernasib baik. Mencuri perhatian orang ramai apabila seorang warga emas berbangsa Cina, menderma sejumlah wang ke tabung tersebut.

Sungguhpun, hujan lebat mula membasahi pekarangan kawasan program namun semangat dan keinginan orang ramai khususnya penghuni lorong 'belakang mati' untuk merapat dan mendekati, tidak patah bahkan semakin menyemarak untuk menyertai aktiviti yang sedia ada.

Tidak dinafikan, di belakang lorong, terdapat juga beberapa orang penghuni yang agak segan dan malu-malu alah untuk menjengah sungguhpun dialu-alukan oleh pengacara dari masa ke semasa.

Ada yang meninjau dari balik belakang bangunan, mengintai dari tepi dinding dan tingkap. Ada yang mahu tapi malu.

Setelah agak lama memerhati ragam hadirin, Harakahdaily sempat beramah dan berkongsi cerita dengan dua orang saudara baru yang begitu kagum dengan program yang dianjurkan oleh PAS ini.

Bagi Muhd Ali Beh Abdullah, 53 yang berasal dari Miri Sarawak dan Muhd Hassan Che Peng Abdullah, 35, program ini wajar diteruskan dan dijadikan acara tahunan kerana aktiviti yang dijalankan begitu bermanfaat buat masyarakat khususnya saudara baru seperti mereka yang dahagakan ilmu.

"Saya minat Islam bila pergi masjid dengan kawan-kawan melayu. Bila saya cuba-cuba sembahyang, hati sangat tenang," kata Hassan yang memeluk agama Islam, 4 bulan lalu.

Sungguhpun begitu, kedua-dua mereka melahirkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan oleh dua agensi agama kerajaan yang dilihat tidak mengambil berat hal ehwal kebajikan saudara baru khususnya melibatkan zakat yang tidak mereka terima.

Mereka ini, adalah antara empat saudara baru yang hadir mengetahui program ini melalui iklan kain rentang yang dipamerkan di pejabat agung PAS itu.

Bagi Norliyana Zanar 16, yang hadir bersama empat adik-beradiknya yang lain, begitu seronok ketika dijemput oleh pihak penganjur untuk sama-sama memeriahkan program tersebut dan dia merupakan antara 18 anak yatim Kampung Jawa yang diraikan oleh PAS.

"Raya ini macam biasa dan ala kadar sahaja sahaja. Baju raya pun belum beli lagi," katanya yang telah kehilangan ayah tercinta kerana sakit asma semenjak dia tadika lagi.

Nafas turun naik, namun tetap semangat

Selepas solat Asar secara berjemaah bersama hadirin di Suaru Tingkat 1, Bangunan PAS itu, majlis diteruskan dengan ucapan aluan-aluan oleh 'orang kuat' dan tulang belakang program iaitu Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Pengerusi Lajnah terbabit Dr Lo' Lo' Ghazali.

Cukup teruja melihat beliau, yang dalam keadaan kesihatan yang masih kurang stabil, masih gigih berusaha menjayakan program di samping menitipkan kalimah semangat buat hadirin.

"Maafkan saya kerana bertopeng. Bukan kerana tuan dan puan tetapi kerana masalah kesihatan radang saya yang tidak mengizinkan dan cukup berisiko tinggi bila berada di khalayak umum," katanya yang telah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dua minggu yang lalu.

Kelihatan beliau yang agak semput, dan laju turun naik nafasnya, masih bersemangat menyampaikan tazkirah dan ucapannya kepada hadirin.

"Kita mahu sama-sama mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat. Ambillah iktibar, seorang pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing juga dapat masuk syurga.

Beliau menyeru supaya golongan yang tersasar di Lorong Haji Taib dan Chow Kit itu, mencari rahmat Allah kerana jalan untuk bertaubat dan kembali terbentang luas.

"Kalau tak mampu berlari, merangkaklah secara perlahan,"jelasnya dengan nada suara yang semangat.

Sungguhpun kelihatan agak penat sambil diusap belakang oleh petugas dan anak beliau, Dr Lo' Lo' mampu mencebiskan kata-kata hikmah selama 10 minit kepada hadirin, yang tekun mendengar luahannya. Image

Sejurus itu, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambil tempat sekaligus merasmikan program yang cukup bermakna bagi PAS dan juga warga lorong gelap itu.

"Tidak ada manusia yang tidak ada dosa. Malahan saya sendiri ada dosa. Para Nabi juga pernah buat silap.

"Ini kelemahan manusia, justeru tuhan memberi peluang untuk kita bertaubat dan merahmati. Allah beri peluang supaya kita tidak terlambat. Oleh itu rebutlah peluang itu khususnya di bulan Ramadan ini," katanya yang membuat hadirin, masing-masing pegun dan khusyuk mendengar suntikan semangat daripada Presiden PAS itu.

Turut hadir di perasmian itu ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohammad Nor, Pengarah Program Brig Jen (B) Abdul Ghani Mahludin

Selesai program perasmian jam 7.00 malam, orang ramai dan pimpinan PAS mula beratur mengambil makanan dan duduk bersila di lantai khemah, bersiap-sedia menantikan waktu berbuka.

Kelihatan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin; ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Presiden Anak, Mazlan Aliman dan Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh antara pimpinan PAS yang 'menanggalkan' gelaran Dato' mahupun Yang Berhormat untuk sama-sama merasai 'kenikmatan' dan denyut nadi bersama golongan akar umbi ini.

Mereka sama-sama turun padang, berbuka puasa dengan makanan bungkus dan tidak kekok mereka menyapa orang ramai sambil bersalaman dan bertukar-tukar cerita antara satu sama lain.

Dengan juadah hidangan bungkus nasi tomato berlauk ayam, bubur lambuk dan kuih agar-agar membuatkan masing-masing begitu berselera sekali menjamu tatkala, azan mula berkumandang di ruang angkasa lorong Haji Taib dan Chow Kit itu.

"Program ini bagi mengeratkan hubungan dengan jiran kita dari lorong ini. Dengan sumbangan dan pemberian yang tak seberapa daripada PAS ini, walaupun tak dapat menyelesaikan semua masalah, sekurang-kurangnya dapat menceriakan Ramadan dan Aidilfitri mereka nanti, " kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Perkara ini turut diakui sendiri oleh Pengasas dan Penyelia Rumah Perlindungan Sinar Salam, Afidah Ab Latif, yang mengendalikan dan menyelia lebih 40 anak-anak pekerja seks, penagih dadah dan golongan gelandangan di Chow Kit.

"Program ini akan lebih mengakrabkan lagi hubungan dengan golongan tidak bernasib baik. Dan program ini mesti dilakukan selalu," katanya yang terharu dengan sumbangan yang disampaikan oleh PAS.

Kemudian, setelah solat Maghrib berjemaah yang diadakan di bawah khemah, majlis sumbangan derma dan cenderahati disempurnakan oleh Dr Hatta dan Ustaz Mohammad Nor. Image

Suasana begitu ceria sekali dan 'gamat' apabila golongan gelandangan dan orang ramai khususnya kanak-kanak sejumlah 80 orang mula mengerumni kedua-dua tokoh untuk mendapatkan duit raya yang disediakan penganjur.

Malam ini, malam bahagia mereka bagi anak-anak yatim, anak-anak pekerja seks, si fakir miskin,si jalanan dan golongan yang terjerumus ke kancah hitam, moga terbit rasa insaf diri setelah disantuni dan didekati PAS sendiri.

Kelihatan terbit raut bahagia dan teruja di wajah mereka kerana sudi dilayan dan dimesrai oleh PAS, sekaligus tidak dipinggirkan sungguhpun di balik tabir, hidup mereka dibaluti kelam dan suram.

Majlis dan program yang berlangsung selama enam jam dan berakhir 8.30 malam itu, telah mula mencebiskan nama PAS dan parti itu mula meniti dibibir mereka sejak dua tahun 'bertapak' di lorong ini.

PAS mula disegani, dan semakin ramai yang mahu mengenali. Dan slogan "PAS for All" dan "Negara Berkebajikan" membuktikan kebenarannya hari ini dan lorong ini semalamnya menjadi saksi!

Sunday, September 13, 2009

Akidah Umno dan Najib.....untuk islam atau kepentingan politik?


Oleh: Abu Syifa

Siapa yang tidak kenal dengan Umno yang terasnya adalah kebangsaan dan ini boleh dibuktikan dengan peranan pemimpin mereka dalam semua segi adalah berkonsepkan kebangsaan. Tetapi oleh kerana orang melayu Islam di negara ini mula beralih kepada kepimpinan Islam Pas, maka pemimpin umno mula membuat perubahan dimana akan melakukan apa saja untuk menarik kembali hati dan perasaan kasih orang melayu islam terhadap mereka.

Baru-baru ini Najib sebagai Perdana Menteri dan juga presiden Umno telah membuat pengakuan terdesak menyatakan yang Umno adalah pejuang kepada islam, kononnya merekalah yang membantu orang islam dari belenggu kemiskinan seperti membuka Felda dan membantu mereka untuk mendapatkan tanah lebih 10 ekar seorang. Kalau dilihat segi peranan yang dilakukan untuk basmi kemiskinan mungkin bolehlah dikira memenuhi apa yang sepatutnya ,tetapi kalau dikira kalaupun Pas yang memerintah negara ini mungkin lebih lagi akan dilakukan kerana sudah menjadi tanggungjawap kepada pemerintah untuk melakukan perkara tersebut dan yang tidak bagusnya orang Felda kini menjadi satu taruhan politik dan selalu dijadikan anak emas kerena kepentingan politik.

Kita sedia maklum yang umno telah memerintah negara ini sekian lama dan nasib peneroka telah dibela sejak zaman bekas PM terdahulu dan juga ayah kepada PM sekarang, dan apa yang dilakukan oleh Tun Abd Razak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh anaknya kini, Tun Razak memikirkan dan mengharapkan apa yang dilakukan adalah untuk memastikan peneroka mempunyai harta sendiri dimasa depan dan ianya terbukti dan apa yang dilakukan oleh Najib sekarang ialah memujuk dan memberikan gula-gula untuk memenangkan UBN saja.

Malah apa yang kita lihat sekarang peranan yang dilakukan oleh Najib adalah bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri, mereka menganggap mereka pejuang kepada islam oleh kerana membantu ekonomi orang islam saja sedangkan islam itu luas dan perlukan perjuangan yang berterusan. Islam memerlukan mereka yang ingin memperjuangkan islam adalah bermula dari diri sendiri dan terusnya kepada orang lain dan sebagainya. Jika diri kita tidak di Islamkan dulu mana mungkin kita boleh memperjuangkan islam untuk memertabatkan islam itu sendiri.

Kalau keluarga sendiri yang kita pimpin tidak dapat di islamkan dulu mengikut ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW mana mungkin kita boleh membentuk orang lain untuk memertabatkan islam. Itu baru salah satu perjuangan dan banyak lagi yang harus umno fikirkan sebelum mengaku mereka pejuang islam.

Bukalah kita nak memperlekehkan apa yang dilakukan oleh umno dalam ekonomi islam tapi banyak lagi yang tidak dilakukan seperti memperjuangkan hukum Allah dan sebagainya...
Kalau nak dikirakan apalah sangat yang dilakukan oleh kerajaan sekarang untuk memertabatkan islam dimata dunia dan dalam segi kerohanian pula apa yang dilakukan oleh umno? Masih ramai lagi orang islam yang terpingga-pingga dalam mengharuni dunia yang begitu tercabar dengan onak duri yang sentiasa meyusuk diri sehinggakan anak muda sekarang ramai yang terpengaruh dengan anasir yang boleh merosakkan islam itu sendiri.

Apa yang akan dilakukan oleh Umno untuk membenteras perkara ini jika benarlah umno pejuang islam. Sebenarnya umno sekarang lebih suka anak muda lalai dengan berbagai perkara agar mereka tidak akan mempelajari islam dengan mendalam dan sekiranya anak muda mendalami islam maka ramai akan tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin umno sekarang adalah terpesong jauh dari ajaran islam..

Saturday, September 12, 2009

Apabila Mahathir kritik S Samy


Oleh: Abu Syifa

Tun Mahathir cuba untuk membuktikan dirinya masih lagi berpengaruh dengan mengkritik sahabat karibnya S Samy Vellu sebagai seorang Presiden yang telah menyebabkan kekalahan teruk parti itu pada PRU12 yang lalu dan kritikan itu telah menyebabkan S Samy Vellu membidas beliau dan menyatakan bahawa Mahathir tidak berhak mencampuri prihal dalamam parti itu.

Sebelum ini Tun Mahathir menyatakan "Saya tidak rujuk pada pemilihan. Saya kata, kelemahan MIC terletak pada Samy Vellu. Saya dengar ramai orang India kata tidak mahu sokong MIC, pasal Samy Vellu," katanya.

Dr Mahathir diminta mengulas pertembungan terbukanya dengan Samy Vellu - yang membidas semula kritikannya, sebagai merestui kumpulan pemimpin MIC yang menentang barisan pemimpin yang direstuinya (Samy Vellu) .

Ini telah menyebabkan ada sedikit sebanyaknya Pemilihan MIC hari ini akan dipengaruhi oleh kenyataan tersebut. S Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"kata S Samy.

Tun Mahathir menyatakan"Sampai tidak ada siapa boleh ambil alih daripada beliau. Siapa jadi timbalan beliau, lama sikit, nampak orang itu popular, beliau cantaslah."

Nampaknya kedua-dua pemimpin ini akan terus membidas sesama sendiri dimana Tun Mahathir mahukan S Samy bersara awal sepertinya...Kenyataan Tun juga merupakan satu tamparan hebat untuk S Samy yang pernah ditantang oleh Tun seketika dulu.

Tun menambah, sebelum pilihanraya umum tahun lepas, ramalannya bahawa MIC akan tewas sekiranya Samy Vellu terus memimpinnya telah menjadi kenyataan.
Ini membuktikan bahawa Tun cuba untuk membantu Subramaniam untuk memenangi Pemilihan pada hari ini.

Tun Mahathir membuat ramalan lagi, jika pergolakan dua parti komponen terbesar BN iaitu MIC dan MCA tidak ditangani dengan berhati-hati, BN akan tewas dalam pilihan raya umum yang akan datang. Diharapkan apa yang diramalkan tu akan menjadi kenyataan sepertimana yang diramalkannya dulu tentang MIC telah menjadi kenyataan dan sekiranya pemilihan MIC tahun ini masih dikekalkan S Samy Vellu sebagai Presiden maka BN akan menempah batu nisan
Pada PRU 13.

Friday, September 11, 2009

PAS tuntut janji SPR semak undi pos

Malaysiakini Melaporkan.....

PAS ingin bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan niat mengungkit janji lama mantan pengerusinya Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman untuk mengkaji semula prosedur undi pos.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, pada 2004, tiga parti pembangkang utama pernah berbincang dengan Abdul Rashid, antaranya membincangkan kewajaran penggunaan Borang Lampiran 2 bagi pengundi pos.

"Dalam pertemuan yang lepas dengan Tan Sri, beliau akui sendiri (borang itu) tidak relevan. Beliau kata akan mengkaji semula perkara itu," katanya hari ini.

"Tetapi sehingga kini, kita tidak dengar perubahan."

Salahudin, yang juga pengarah jentera PAS pada pilihan raya DUN Bagan Pinang nanti, diminta mengulas tindakan lanjut parti itu berhubung penggunaaan Borang Lampiran 2 (foto bawah) yang boleh membawa kesan negatif kepadanya.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyifatkan amalan itu bertujuan membuat pemeriksaan terhadap pengundi-pengundi pos yang pro-Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum lalu, DUN itu mempunyai 14,192 pemilih, termasuk 4,925 orang melalui pos - yang sering dicurigai oleh pembangkang akan memenangkan calon BN.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Salahudin berkata, PAS akan menghantar surat makluman segera kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung pertemuan tersebut.

"Kalau mereka masih keberatan, oleh kerana SPR ini di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kita akan tulis surat kepada baginda," kata ahli parlimen Kubang Kerian.

Menyifatkan kira-kira 5,000 pengundi pos di DUN tersebut sebagai cabaran utama PAS, Salahudin berharap kumpulan polis dan tentera itu diberikan hak untuk mengundi dengan bebas tanpa sebarang perasaan takut.

Diminta mengulas desas-desus Umno Teluk Kemang hanya akan mencalonkan satu nama, mantan menteri besar Tan Sri Isa Samad, Salahudin hanya berkata:

"Kita alu-alukan Isa berbanding (tokoh BN) yang lain."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...