Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta Ijmak dan Qias yang terang dan nyata
Monday, October 26, 2009
Madrasah DPPK Paya Besar Bulan 10
Program Madrasah kali ini dihadiri oleh lebih kurang 15 orang pemuda diisi dengan taujihat dari Ketua Pemuda DPPK, Ustaz Termizi dan diteruskan dengan pengisian oleh Ustaz Azmi. Pengisian kali ini menyentuh tentang kronologi atau kesinambungan topik tarbiyah dalam program madrasah sebelum ini hinggalah sekarang. Bermula dengan topik kepentingan ilmu, muqaddimah aqidah muslim, tuntutan 2 kalimah syahadah, konsep ibadah, islam sebagai cara hidup, islam agama yang syumul, fiqh dakwah, kewajipan berjamaah, pengenalan harakah islamiah, sejarah perjuangan islam, pengenalan gerakan silam sedunia, sejarah gerakan islam di malaysia dan seterusnya apa erti menggabungkan diri bersama pas.
Program ditamatkan dengan solat isyak berjamaah.
Monday, August 3, 2009
Catatan Perjalanan Himpunan Mansuhkan ISA - Siri Akhir
MENANG atau SYAHID!
- Tersiar berita kononnya perhimpunan ini mengganggu lalu lintas. Sebenarnya yang menimbulkan kesulitan kepada pemandu dan lalu lintas ialah polis sendiri yang menutup jalan-jalan dan mengadakan roadblock-roadblock yang tidak berasas.
- Ada temu bual dari beberapa peniaga kedai yang pro-kerajaan kononnya mereka rugi berniaga kalau ada demonstrasi. Mengapa mereka tutup kedai pada hari tersebut, Bukankah kedatangan ramai orang luar dalam himpunan ini menyumbangkan kepada rancaknya penjualan? Kedai-kedai makan habis licin barang jualan, minuman dan masakan mereka. Yang menyebabkan kedai ditutup ialah apabila si celaka merah itu menyembur air asidnya dan melepaskan bom asapnya!!
Catatan Perjalanan Himpunan Mansuhkan ISA - Siri 3
Catatan Perjalanan Himpunan Mansuhkan ISA - Siri 2
Catatan Perjalanan Himpunan Mansuhkan ISA - Siri 1
Tuesday, July 21, 2009
DPP Paya Besar Menyertai Jambori Amal Pahang
Alhamdulillah, DPP Kawasan Paya Besar telah turut menghantar wakilnya seramai 5 orang menyertai Jambori Amal Tahunan kali Ke-12 anjuran Jabatan Amal Negeri Pahang pada 17 hingga 19 Julai 2009 bertempat di Jabatan Hutan Raub dan Cameron Highland, Tanah Rata
Walaupun satu lagi rombongan peserta mewakili DPP Paya Besar tidak dapat hadir ke tapak program kerana musibah di saat-saat akhir sebelum bertolak, peserta yang hadir hanya seramai 5 orang tersebut tetap memainkan peranan dalam beberapa acara yang di adakan.
Peserta DPP Paya Besar menyertai pertandingan kawad kaki individu, tuju arah (menyumpit), timbang bola, peraduan silangkata, peraduan Sudoku, explore race, dan bantuan kecemasan. Walaupun dengan bilangan penyertaan yang agak sedikit, namun wakil DPP Paya Besar turut mengharumkan nama DPP kawasan dengan memenangi tempat naib johan di dalam acara kawad kaki dan tuju arah (menyumpit).
Program jambori kali ini amat menarik. Selain berpeluang menghirup persekitaran segar di Tanah Tinggi Cameron, peserta juga berpeluang bergotong-royong mencantikkan Masjid Tanah Rata, menjamu selera dan menjayakan program Forum Israk Mikraj di masjid tersebut.
Semoga DPP Paya Besar boleh menghantar wakil yang lebih ramai dalam jambori-jambori tahun berikutnya, insyaAllah.