
Dari Blog KDPPP.....
Kebangkitan Anak Muda :
Kebangkitan Anak Muda :
30K di Kedah Darul Aman
19 Feb 2011 [ Sabtu ]
1. Hanya tinggal  seminggu sahaja lagi masa untuk Pemuda PAS dari seluruh negara berkumpul di Negeri Kedah Darul Aman dalam kekuatan 30 ribu tenaga sebagai persiapan dan pecutan akhir menggalas agenda Kebangkitan Anak Muda Negara menuju perubahan. Tema himpunan 30K Pemuda PAS ini ialah " Masa Untuk Berubah : PAS Sedia Ganti UMNO " .
2.  Ironisnya, himpunan ini akan  berlangsung seminggu selepas dunia  menyaksikan kejayaan kebangkitan  generasi muda di bumi Mesir yang  membawa kejatuhan Regim Hosni Mubarak  yang telah memerintah sejak 30  tahun yang lalu. Pastinya semangat anak -  anak muda di negara utara  Afrika itu telah menular ke seluruh dunia  untuk membangkitkan kesedaran  serta keinsafan rakyat menolak regim yang  zalim . Saya percaya,  semangat dan kesedaran yang sama juga  telah sampai ke negara kita dan  kini anak - anak muda pula bersedia  untuk bangkit menggantikan  pemerintahan UMNO dan BN yang telah  memerintah negara sejak 50 tahun  yang lalu dengan memberi mandat kepada  PAS dan PR sebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang PRU yang akan datang.
3.  Pemuda PAS akan diberi  suntikan semangat pada himpunan tersebut oleh  tokoh - tokoh pimpinan  PAS dan sebahagiannya adalah mantan ketua - ketua  Dewan Pemuda PAS  Malaysia. Insyaallah, himpunan 30K Pemuda PAS ini akan  mendengar ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009-2011 ] sebagai "amanah   perjuangan" serta "peraturan dan arahan" khas menghadapi gelombang   kebangkitan anak muda ke arah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.
4.  Tokoh - tokoh pimpinan yang  akan turun memberi suntikan semangat  perjuangan fi sabilillah kepada  pemuda - pemuda PAS kelak ialah :
Al Fadhil Ustaz Yb Nasharudin bin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man [ Naib Presiden PAS ]
Al Faadhil al Akh Yb Tuan Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak [ AJK PAS Pusat merangkap MB Kedah ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Fadhil al Akh Tuan Hj Mohamad bin Sabu [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Pemangku Ketua DPPM ]
Al Faadhil Ustaz Hj Hasrudin bin Hassan [ Ketua DPP Malaysia - Ucaptama ]
5. Sebelah petangnya pula Peserta himpunan akan direhatkan seketika dengan selingan persembahan artis - artis terkenal seperti Radhi   dari Malissa dan Pak Long yang akan mengiringi seorang tokoh  seleberiti  terkenal tanahair yang akan menyerahkan borang untuk  menyertai PAS pada hari itu. Himpunan ini akan ditutup dengan taklimat khas dan arahan gerakkerja pilihanraya oleh Pengarah Jabatan Piliharaya dan Strategi DPP Malaysia Yb Firdaus Jaafar.
6. Himpunan 30K ini akan disempurnakan dengan penuh gemilang pada jam 8.30 malam dengan Majlis Solat Hajat Perdana   di tapak himpunan memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt bagi   mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan pidato Perdana   sempena semarak Kebangkitan Anak Muda  menuntut perubahan memburu   keadilan dengan tema Masa Untuk Berubah : PAS Sedia ganti UMNO oleh :
Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Al Fadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak
Al Fadhil Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan
Al Akh [ Seleberiti Terkenal Tanahair yang akan menyerahkan borang menyertai PAS ] - nantikan kemunculannya.
7.  Pastikan anda sebagai Pemuda  PAS hadhir ke himpunan ini bagi  menyemarakkan gelombang kebangkitan  Anak Muda dari seluruh dunia. Dari  Tunisia, Yemen, Mesir, Jordan,  Bangladesh dan kini Malaysia . Jumpa anda  semua pada 19 February 2011 [ sabtu ] bersamaan 16 Rabiul Awal 1432H.
8. Ayuh Pemudaku ... tunaikan amanah perjuanganmu dan capai inspirasimu menuntut sebuah perubahan. kalian adalah Rijaaluttaghyir [ Agen Perubah ]
 
