Sunday, February 7, 2010

Hari Keluarga DPP Paya Besar Meriah...Pantai Kempadang.

Oleh Abu Syifa

Dpp Paya Besar telah menganjurkan Hari Keluarga dimana telah diadakan di Pantai Kempadang, Kuantan, bermula pada pukul 2.00 ptg. Ramai diantara Pemuda Kawasan Paya Besar telah menghadirkan diri dan membawa juadah petang dan dikongsi bersama.

Pemeriksaan kesihatan percuma telah dilakukan oleh doktor dari Persatuan Pembimbingan Masyarakat Sejahtera (PPMS) Kuantan dan juga Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPSIMA) Kuantan. Semua Pemuda yang hadir bersama keluarga tidak ketinggalan untuk melakukan pemeriksaan ini. Dan ianya adalah arahan dari Ketua Pemuda Kawasan supaya beliau dapat memastikan kesihatan pemuda kawasan agar berada dalam keadaan sihat untuk menyiapkan diri dalam perjuangan.

Permainan dan pertandingan telah dianjurkan oleh Pemuda untuk anak-anak dan juga ibubapa. Tiup belon hingga pecah dan juga berebut gula-gula diantara yang dipertandingkan untuk kanak-kanak ,dimana untuk ibubapa pula baling dan sambut belon berisi air telah dipertandingkan. Pertandingan baling dan sambut belon berisi air merupakan pertandingan yang menjadi tumpuan dimana suami isteri telah mengambil bahagian dan telah menerima sokongan daripada anak masing-masing.

rangkuman gambar di Pantai Kempadang.
Pemeriksaan kesihatandiantara yang hadir
Acara meniup belon hingga pecah


walaupun tak terdaya namun semangat pertandingan itu tetap ada.



Pemenang tempat pertama tiup belon




Tempat kedua.

Tempat ketiga


Pertandingan berebut gula-gula





Pertandingan baling dan sambut belon berisi air.



Tempat Pertama.

Saturday, February 6, 2010

Kes Altantuya: Tulisan RPK gambarkan Nasir Safar terbabit?

Belum pun reda isu Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar menggelarkan imigran awal berbangsa Cina dan India di Malaya sebagai ‘pelacur’ dan ‘pengemis’ beberapa hari lalu, pengendali blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) semalam seolah-olah mendakwa Nasir terbabit dalam kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar.

"Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?" dipetik dari tulisan RPK yang berjudul Nasir Safar, si 'Lelaki Misteri' pada hari Altantuya meninggal dunia.

Dakwaan RPK itu merujuk pada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah oleh Balasubramaniam a/l Perumal iaitu Penyiasat Peribadi bagi kes pembunuhan mendiang Altantuya.

"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya menjawab, 'Ya'. Dia kemudiannya beredar dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui kawasan itu dengan perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu terbuka dan pemandu itu memandang ke arah kami," dipetik dari blog RPK.

Sehubungan itu, RPK turut mempersoalkan keterlibatan bekas Pegawai Khas bagi Datuk Seri Najib Tun Razak di tempat mendiang Altantuya Shaariibuu diletupkan dengan menggunakan C4.

Pendedahan tersebut, menurut dakwaan RPK sekaligus menjawab dakwaannya sebelum ini; salah seorang daripada dua bekas pembantu peribadi atau aide-de-camp (ADC) kepada Najib, iaitu Musa Safri terbabit membunuh Altantuya.

"Dengan pendedahan ini, maka dua daripada kakitangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, yang mana seorang lagi adalah ADC-nya, Musa Safri yang tidak tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan pembunuhan Altantuya," dipetik dari tulisan RPK.

Menurut dakwaan RPK lagi, pendedahan tersebut juga sekaligus menjawab dakwaannya sebelum ini berhubung posisi sebenar ADC kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur; iaitu Norhayati Hassan.

"Anda masih ingat pada Norhayati Hassan, iaitu ADC Rosmah? Bukankah dia dan suaminya, Abdul Aziz Buyong juga terlibat dalam pembunuhan itu? Pegawai senior mereka dalam angkatan tentera mengesahkan bahawa dia telah melatih pasangan suami isteri itu tentang cara mengendalikan C4. Adakah itu suatu kebetulan, bukti berdasarkan keadaan (circumstantial), ataupun mungkin hanya pembohongan yang diuar-uarkan oleh RPK dan Malaysia Today?" soal RPK.

Dalam tulisan RPK, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tujuan Nasir memandu kereta perlahan-lahan di tempat kejadian sekadar mahu memastikan Altantuyaa ditangkap sahaja.

"Mula-mula sekali, nama ADC Najib, Musa Safri muncul. Selepas tu, timbul pula nama ADC Rosmah, Norhayati Hassan dan suaminya, Abdul Aziz Buyong. Nah, sekarang pula, nama Nasir Safar pula disebut-sebut sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda. Mungkin dia nak pastikan bahawa Altantuya, ‘si pengacau’ tu, ditangkap," jelas.

Bagaimana pun, dilaporkan Nasir sehingga hari ini tidak dipanggil untuk membantu siasatan dan mengenal pasti pembunuh sebenar mendiang Altantuya Shaariibuu.


Sumber/Link

Monday, February 1, 2010

Umno pikat PKR untuk tumbangkan Pakatan Rakyat..

Malaysiakini melaporkan.....

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Azan beritahu secara khusus bahawa Huan daripada Parti Cinta Malaysia cuba untuk pikat dia," katanya yang menerima bukti hubungan itu dibuat melalui telefon bimbit Azan.

"Dan pastinya Datuk Jamaludin mewakili (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) untuk cuba memujuk dan memberi jaminan apa yang beliau perlu asalkan meninggalkan PKR. Tapi kerana (Azan) tidak layan lebih daripada itu, maka jumlah berapa juta (yang ingin ditawarkan itu) tidak disebut," katanya lagi.

"Maknanya usaha itu berjalan, cara merasuah dan menyogok parti itu ada. Sebab itu saya minta Azan (kanan) ada di sini sendiri untuk mengesahkan Huan (Cheng Guan) daripada Parti Cinta Malaysia dan Datuk Jamaludin Jarjis itu hubungi beliau," tambahnya.

Jelasnya, usaha itu mengambarkan tawaran untuk Azan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

Katanya lagi, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Mohd Yusuff (kiri) juga disahkan menerima pelawaan seperti itu.

"(Yusmadi) ada (dalam mesyuarat) dan beritahu (pelawaan) itu semua karut," katanya lagi dan menambah usaha berkenaan termasuklah usaha untuk merampas kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semua ini termasuk hendak rampas Selangor, hendak dakwa Tan Sri Khalid, hendak beli ahli-ahli parlimen dan ADUN nak dilakukan sebelum hari raya Cina kerana bila hari raya Cina keadaan reda selama dua minggu," katanya lagi.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.

Ditemui Malaysiakini selepas itu, Azan berkata beliau tidak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar "kawan baik."

"Saya anggap panggilan telefon itu sebagai panggilan sebagai kawan baik.

"Saya tampil untuk buat penjelasan ini atas tanggungjawab saya kepada orang dalam kawasan saya," tambahnya.

Wednesday, January 27, 2010

Pelaburan KWSP bukan ditempat yang halal.....bagaimana dengan hasil deviden yang anda dapat.

oleh Abu Syifa....

KWSP melaburkan duit pencarum dalam banyak perniagaan yang tidak halal dan surat dibawah adalah bukti dimana kerajaan kurang mengambil perhatian dalam Hukum Hakam islam dalam perniagaan, melainkan hanya mengira untung......

Pencarum islam yang membiayai modal untuk perniagaan yang tidak halal......

Tepuk dada tanya selera......keuntungan dividen yang anda dapat didalam KWSP bagaimana statusnya... fikirkanlah.


Jawapan yang diberikan menampakkan tiada kesalahan besar yang dilakukan dan ini telah menjadi satu kebiasaan kepada mereka yang tidak takut dengan Neraka ALLAH..
Terimakasih kepada yang mengantarkan email ini untuk dimuatkan kedalam blog ini untuk tatapan umum.

Pakatan bantah Umno anjur 'Juara Rakyat' di sekolah

malaysiakini melaporkan...

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur didesak menjelaskan secara khusus sama ada program politik dibenarkan dianjurkan dalam kawasan sekolah.

Desakan itu dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat bahagian Segambut dalam memorandum bantahan bersama yang diserahkan kepada jabatan itu pagi ini.

Ia ekoran penganjuran program Juara Rakyat Ekspo Pendidikan Jalinan Mesra 1Malaysia oleh Umno bahagian Segambut di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut pada 24 Januari lalu.

Menurut ahli jawatankuasa PAS Segambut, Ishak Sidin, program itu jelas bermotifkan politik berdasarkan sepanduk dan logo parti yang tertera dalam program tersebut.

"Ini dapat dibuktikan melalui wujudnya Khemah Khas 'Jom masuk Puteri', promosi pada sepanduk program yang tertera logo 'Umno' dan 'BN 1Malaysia' serta kehadiran pemimpin BN yang memakai pakaian yang jelas mempunyai logo Umno - BN," katanya ketika memorandum bantahan tersebut, dalam satu sidang media.

"Kami memohon agar tindakan tegas dapat diambil sama ada memastikan keadaan ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Beliau berkata, sekiranya parti politik sememangnya dibenarkan menggunakan kawasan sekolah untuk mengadakan program seperti itu, peluang yang sama juga perlu diberikan kepada parti-parti daripada Pakatan Rakyat.

'Guru tak boleh berpolitik'


"Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, Kementerian Pelajaran melalui (timbalan menteri pada masa itu) Datuk Razali Ismail telah mengeluarkan arahan agar guru-guru tidak berpolitik dan tidak membincangkan hal politik di sekolah," katanya lagi.

Program berkenaan dilaporkan telah dirasmikan oleh setiausaha politik kepada menteri Wilayah Persekutuan, M Sazali Kamilan dan turut disertai ketua Umno bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambak.

Dilaporkan, dalam program tersebut, 66 keluarga masing-masing menerima sumbangan RM100 dan juga kelengkapan sekolah.

"Lebih menyedihkan lagi, program ini telah mendapat sokongan daripada (antaranya) pihak PIBG (persatuan ibu bapa dan guru) sekolah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBJK) dan Jabatan Penerangan Malaysia," kata Ishak lagi.

Dalam sidang media yang sama, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata anjuran program Juara Rakyat itu menunjukkan pihak sekolah mengamalkan 'pilih kasih' dalam memberi kebenaran kepada ahli politik untuk menjalankan aktiviti di dalam sekolah.

Katanya, beliau telah dihalang memasuki tiga sekolah di kawasan tersebut pada Oktober tahun lalu untuk mengedarkan topeng muka bagi mencegah jangkitan H1N1 kepada pelajar.

"Sebaliknya saya hanya dibenarkan mengedarnya di luar kawasan sekolah. Itulah layanan yang diberikan kepada saya sebagai ahli parlimen," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...