Monday, September 5, 2011

Mengapa Umno adakan MoU dengan Komunis China... Umno penyokong komunis sebenarnya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Sept: AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011.

Malahan, katanya ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis China.

“Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kamunting.

“Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Komunis, jelas beliau ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat.

“Kenapa Umno hipokrit?” soalnya lagi.

Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur sedangkan mereka menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang Julai 2009.

“Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu.

“Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis.

Katanya, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS menyokong komunis.

Tambahnya, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China.

Pemimpin Umno juga, ujarnya pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.

Namun, katanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.

Jsuteru, kata beliau ucapan Mohamad Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor dan kenaikan harga barang keperluan harian.

Sunday, August 7, 2011

Senarai Pembaziran Isteri Perdana Menteri


  • Lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta
  • Bil elektrik dan air Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM10 jutasetahun
  • Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta
  • Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam
  • Kos selenggara rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM49 juta
  • Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99 satu unit
  • Cincin berlian - RM24 juta
  • Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta
  • Gelang tangan - RM1.65 juta

Saturday, July 16, 2011

Konsert Jom Ubah Di Markaz Pas Panching Selatan.



15 Julai 2011. Lajnah DACS DPP Paya Besar bersama dengan Lajnah Penerangan Kawasan PAya Besar telah melangkau sejarah dalam Pas Paya Besar apabila telah berjaya menganjurkan satu Konsert yang besar setakat ini dimana dinamakan 'Konsert Jom Ubah'. Sokongan dan harapan yang diberikan oleh seluruh ahli Pas Cawangan gugusan Panching ,iaitu Panching Selatan, Timur dan Utara yang begitu bersemangant untuk melakukan satu perubahan dalam memberikan satu impak yang besar dalam perubahan yang julung-julung kalinya dibuat oleh Pas Paya Besar. Sebelum ini Artis yang dijemput hanyalah sebagai selingan dalam ceramah yang pernah dibuat di Taman Tas, Namun kali ini agak berat sikit dengan menyerahkan sepenuhnya kepada artis untuk menguasai pentas.


Artis yang diundang adalah dua artis Malaysia yang popular dikalangan anak-anak muda kini, Penyanyi yang popular dengan lagu "Cinta ku Nabila" penyanyi yang dimasudkan ialah Ustaz Radzi vocalists Kumpulan rock Melissa dan seorang lagi yang dikenali sebagai Pak Long dengan lagu killernya "Selagi Ada Rindu". Konsert telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar Ustaz Tarmizi Yahya dan ceramah ringkas oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar Ustaz Yusof Embong (uye). UYE menyatakan bahawa konsert yang berasaskan islam dan ada pengisian kerohanian adalah menjadi satu wadah perjuangan untuk mengajak semua kembali kepada Islam. Beliau juga mengucpkan tahnian kepada semua yang telah menjayakan konsert ini.

Ustaz Radzi sebelum bermula konsert Jom Ubah beliau sempat menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Mahkota Aman dan telah memulakan konsert dengan menyanyikan lagu-lagu terbaru beliau yang ada didalam album terbaru beliau. Dengan kehadiran yang amat menggalakkan daripada anak-anak muda memberikannya semangat untuk menjayakan konsert tersebut. Beliau yang kini berusia 48 tahun masih menyengat dengan lagu-lagu ketuhanan dan mengakhiri nyayian dengan lagu hitnya "Cinta untuk Nabi La" Ternyata masih lagi menyenggat dan dapat mengambil perhatian penonton yang hadir.

Sebelum konsert diambil alih oleh Pak Long atau nama sebenarnya (Syafie Ahmad) , Cabutan bertuah telah dibuat untuk penonton yang hadir menerima hadiah yang telah disediakan dan hadiah utama adalah sebuah basikal. Pak Long telah memulakan nyayian dengan lagu "Hasma ul husna" dan diikuti dengan lagu-lagu yang pernah diciptanya dan juga yang terdapat dalam albumnya. Lagu Killer nya Selagi Ada Rindu merupakan lagu kegemaran anak-anak muda malah yang sudah berumur juga dapat menghayati lagu tersebut, selain itu lagu 'cinta pantai merdeka' juga menjadi siulan anak-anak muda dan ini membolehkan beliau mendekati pemuda yang ada dalam konsert tersebut dengan berjalan kepada penonton sambil menyayikan lagu hitnya dan bersalaman dengan penonton serta memberikan peluang kepada hadirin menyayikan lagu itu.

Sebelum konsert bermula , penganjur juga telah mengadakan Hi-Tea bersama dengan artis yang dijemput dan ianya dilakukan pada 5.00 petang dan dihadiri oleh segenap masyarakat.

Tahniah kepada Lajnah DACS dan Peneranagan Kawasan Paya Besar dengan penganjuran konsert yang membolehkan anak-anak- muda datang dan berhibur. Dengan ini dapat kita menidakkan sangkaan anak-anak muda bahawa Pas anti Hiburan. Banyak pihak telah memberikan cadangan agar ianya dibuat lagi dimasa yang akan datang.

Tuesday, May 24, 2011

Bahan Mentah Lynas Bahaya

Apakah amalan perindustrian dan amalan penguatkuasaan di Negara ini telah cukup baik dan mampu mengawasi kilang ini? Perlu di ingat pengawasan bahan sisa itu perlu dijalankan selama berbillion tahun.


LYNAS Malaysia Sdn Bhd sedang membina kilang rare earth di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang. Bahan mentah yang akan dibawa masuk dari Australia, serta bahan sisa yang bakal dibuang di sini mengandungi radiasi radioaktif. Bahan-bahan ini boleh menjejaskan persekitaran dan kesihatan penduduk sekitar serta generasi akan datang.

Bahan mentah Lynas yang diberi nama Low Lanthanide Thorium amat mengelirukan dari segi kandungannya. Seolah-olah Lynas ingin berselindung sesuatu. Ia digambarkan seolah-olah sejenis pasir atau tanah yang tidak berbahaya.

Sebenarnya Low Lanthanide Thorium mengandungi bahan Lantanium (La) dan Thorium (Th) disamping unsur- unsur lain. Kandungan Lantanium dan Thorium bermakna ia berasal dari mineral Monazite (Ce,La,Th)PO4.

Kawasan perlombongan Lynas yang dipanggil Central Lanthanide Deposit (CLD) di Mount Weld, Australia, terdapat juga unsur Niobium (Nb) dan Tantalum (Ta). Unsur ini juga akan mereka proses di Gebeng. Kedua-dua oksid unsur ini berasal dari mineral Columbite dan Tantalite (Fe,Mn)(Nb,Ta)2O6.

Secara geologi kimia mineral Monazite, Columbite, Tentalite hanya akan terbentuk bersama-sama mineral lain antaranya, Uranite (UO2), Zircon (ZrSiO4) Wolframite (Fe,Mn)WO4, Tourmaline (Na,Mg,Fe,Ae,B,MnSiO4) dan lain-lain associated minerals.

Bahan mentah yang dibawa masuk akan kemungkinan mengandungi campuran unsur-unsur radioaktif dan bukan radioaktif antaranya ialah Cerium (Ce), Latanium (La), Thorium (Th), Fosforus (P), Oksigen (O2), Uranium (U), Lithium (Li), Boron (B), Zircon (Zr), Niobium (Nb), Tantalum (Ta), Magnesium (Mg), Manganum (Mn), Ferum (Fe), Silicon (Si) dan unsur-unsur lain.

Unsur-unsur rare earth digunakan dalam berbagai industri, termasuk industri elektronik,telekomunikasi, angkasa, senjata dan lain-lain.

Walaupun pihak Lynas menegaskan lombong mereka di Central Lanthanide Deposit (CLD) di Mount Weld adalah Secondary Phosphate dan aluminophosphates di dalam carbonatite sediments, tetapi asal usulnya mineral tersebut adalah dari batuan primary. Di Mount Weld juga terdapat intrusion. Ini bermakna di Mount Weld kemungkinan terdapat kedua-dua primary dan secondary deposit.

Pembentukan mineral bergantung kepada faktor-faktor seperti kedalaman, suhu, tekanan dan sebagainya. Mineral yang terbentuk tidak sekata dari tempat ke tempat. Bahan mentah yang di bawa masuk juga berbeza tahap kandungan dari masa ke semasa. Ini bermakna tahap radiasi radioaktif bahan mentah dan sisa buangan berubah-ubah dan memerlukan pemantauan yang sistematik.

Bahan mentah dan sisa perlu dianalisa secara atomik, berkala dan berterusan. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab mengawasi dan menyelia bahan-bahan ini.

Apakah amalan perindustrian dan amalan penguatkuasaan di Negara ini telah cukup baik dan mampu mengawasi kilang ini? Perlu di ingat pengawasan bahan sisa itu perlu dijalankan selama berbillion tahun.

Selepas kilang ini di tutup agensi manakah yang akan menyelenggara sisa buangan dan siapakah yang akan menanggung kosnya?

Kesimpulannya, kita tidak mempunyai integriti dan etika yang cukup untuk menilai, mengendali, dan mengawal kilang ini.

Sunday, April 17, 2011

Kejohanan Futsal Tertutup Kawasan Paya Besar






Buat julung kalinya Dewan Pemuda Pas Paya Besar telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Paya Besar. Kejohanan in telah disertai oleh 20 buah pasukan di dalam daerah Paya Besar dan ianya berlangsung di Cendering Futsal pada 17/04/11.



Seramai lebih kurang 200 orang peserta dan juga penonton telah datang untuk memeriahkan kejohanan ini. Chendering Futsal telah melakukan sepak mula sebagai tuan rumah dan telah memenangi perlawanan pertama menentang pasukan InsyaAllah sebanyak 3-0.


Pertarungan sengit antara 20 pasukan berakhir dengan pertemuan pasukan Bulan vs Tassoccer pada perlawanan akhir dimana perlawanan dimenangi oleh pasukan Bulan dengan jaringan 2 berbalas 1. Semau pasukan telah menerima hadiah saguhati dari pihak penganjur manakala pasukan yang berjaya menduduki tempat pertama sehingga empat akan menerima wang tunai dan hamper seperti berikut :

Pertama : RM 500 dan hamper
Kedua : RM 300 dan hamper
Ketiga : RM 200 dam hamper
Keempat : RM 100 dan hamper

Antara objektif kejohanan ini dilangsungkan ialah untuk menarik golongan muda dan belia untuk mendekati Islam dan PAS sebagai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya, disamping menerangkan kepada para peserta betapa pentingnya memahami tujuan hidup sebagai seorang muslim dan tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

Selain dari itu, PAS juga menerangkan kepada golongan muda akan panduan serta kepentingan memilih pemimpin dan ketaatan kepada pimpinan sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi kira-kira jam 5 petang. Kejohanan ini juga telah dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Paya Besar dan beberapa AJK PAS kawasan Chendering Lama. Semoga langkah pertama ini akan membuahkan rantaian perjuangan Islam, hinggalah datangnya janji Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...