Tuesday, July 21, 2009

DPP Paya Besar Menyertai Jambori Amal Pahang


Alhamdulillah, DPP Kawasan Paya Besar telah turut menghantar wakilnya seramai 5 orang menyertai Jambori Amal Tahunan kali Ke-12 anjuran Jabatan Amal Negeri Pahang pada 17 hingga 19 Julai 2009 bertempat di Jabatan Hutan Raub dan Cameron Highland, Tanah Rata

Walaupun satu lagi rombongan peserta mewakili DPP Paya Besar tidak dapat hadir ke tapak program kerana musibah di saat-saat akhir sebelum bertolak, peserta yang hadir hanya seramai 5 orang tersebut tetap memainkan peranan dalam beberapa acara yang di adakan.

Peserta DPP Paya Besar menyertai pertandingan kawad kaki individu, tuju arah (menyumpit), timbang bola, peraduan silangkata, peraduan Sudoku, explore race, dan bantuan kecemasan. Walaupun dengan bilangan penyertaan yang agak sedikit, namun wakil DPP Paya Besar turut mengharumkan nama DPP kawasan dengan memenangi tempat naib johan di dalam acara kawad kaki dan tuju arah (menyumpit).

Program jambori kali ini amat menarik. Selain berpeluang menghirup persekitaran segar di Tanah Tinggi Cameron, peserta juga berpeluang bergotong-royong mencantikkan Masjid Tanah Rata, menjamu selera dan menjayakan program Forum Israk Mikraj di masjid tersebut.

Semoga DPP Paya Besar boleh menghantar wakil yang lebih ramai dalam jambori-jambori tahun berikutnya, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...