Wednesday, October 28, 2009

Pemuda PAS mahu terus terang dalam mesyuarat malam ini

Harakahdaily melaporkan....

Mesyuarat Dewan Pemuda PAS malam tadi mengambil keputusan agar semua pihak yang berbeza pendapat dalam PAS berterus terang dalam mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam ini.

Mereka meminta agar perbezaan pendapat mengenai halatuju PAS diselesaikan secara tuntas dalam mesyuarat khas itu agar ia tidak lagi berlarutan.

"Pemuda mahu semua yang kata nak bekerjasama dengan Umno jelaskan sikapnya, manakala yang dikatakan pro-Pakatan sehingga membelakangkan parti juga menerangkan sikap mereka.

"Dari situ kita minta semua mengambil pendirian bersama dalam menentukan halatuju parti," kata Kamaruzaman Mohamad, Setiausaha Pemuda PAS.

Mesyuarat yang dipengerusikan ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi itu juga mengambil pendirian agar Lembaga Disiplin PAS diaktifkan sepenuhnya dengan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak sahaja yang didapati bersalah dalam menguruskan parti.

Perkara ini diberitahu Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily pagi ini.

Dewan Pemuda PAS telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat itu diadakan bagi memutuskan pendirian Pemuda menjelang mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat diadakan malam ini ekoran tulisan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya.

Tulisan itu mencadangkan agar PAS mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk memilih semula pimpinannya ekoran rasa tidak puashati beliau terhadap pimpinan yang ada.

Nik Aziz telah mengesahkan beliau akan hadir ke mesyuarat khas yang akan diadakan malam ini mulai jam 8.30 malam di Pejabat Agung PAS.

Monday, October 26, 2009

Selesai secara musyawarah: Tuan Guru Hadi


Malaysiakini melaporkan......

Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Ini merupakan kenyataan pertama Abdul Hadi selepas Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan dalam blognya www.bloktokguru.com supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya itu ialah timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Abdul Hadi berkata beliau telah pun mengarahkan Mustafa supaya menentukan tarikh yang sesuai dalam masa terdekat untuk diadakan mesyuarat bagi membincangkan permasalahan yang timbul.

"Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti," katanya.

Cadangan Nik Abdul Aziz itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota parti itu, manakala individu-individu yang dikaitkan sebagai 'pemimpin bermasalah' setakat ini mengambil pendekatan sama ada untuk berdiam diri atau mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan berkenaan.

Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub pula hari ini dilaporkan berkata isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana parti itu sebaliknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu dalaman parti seperti yang disarankan Nik Abdul Aziz dalam pertemuan mereka di Kota Baharu semalam. BERNAMA

Madrasah DPPK Paya Besar Bulan 10

16hb Oktober 2009, Markas PAS Paya Besar - Program Madrasah yang merupakan program tarbiyah yang telah digariskan oleh Akademik Tarbiyah & Kepimpinan Pemuda (ATKP)DPP Negeri Pahang telah dapat dilaksanakan oleh DPP Kawasan Paya Besar. Aktiviti yang memang dijadualkan secara bulanan oleh DPP PB ini dijalankan pada 16/10/2009 bersamaan Jumaat Malam Sabtu bermula dengan Solat Maghrib Berjamaah.

Program Madrasah kali ini dihadiri oleh lebih kurang 15 orang pemuda diisi dengan taujihat dari Ketua Pemuda DPPK, Ustaz Termizi dan diteruskan dengan pengisian oleh Ustaz Azmi. Pengisian kali ini menyentuh tentang kronologi atau kesinambungan topik tarbiyah dalam program madrasah sebelum ini hinggalah sekarang. Bermula dengan topik kepentingan ilmu, muqaddimah aqidah muslim, tuntutan 2 kalimah syahadah, konsep ibadah, islam sebagai cara hidup, islam agama yang syumul, fiqh dakwah, kewajipan berjamaah, pengenalan harakah islamiah, sejarah perjuangan islam, pengenalan gerakan silam sedunia, sejarah gerakan islam di malaysia dan seterusnya apa erti menggabungkan diri bersama pas.

Program ditamatkan dengan solat isyak berjamaah.

Saturday, October 24, 2009

Pemuda PAS: Kemelut 'agak serius'


Malaysiakini melaporkan......

Dewan Harian Pemuda PAS akan bermesyuarat untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk dimajukan kepada pucuk bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti tersebut.

"Buat masa ini, saya sebagai ketua pemuda PAS, masih meneliti apa sebenarnya yang berlaku. Ia dilihat dalam keadaan ini, agak serius.

"Saya akan memanggil Dewan Harian Pemuda untuk bermesyuarat bagi menentukan apakah langkah yang Pemuda akan ambil. Ia nampak agak dalaman," kata ketuanya, Nasrudin Hassan kepada Malaysiakini tengahari ini.

Nasrudin berkata beliau akan memanggil anggota dewan tersebut dengan kadar segera.

Nasrudin diminta mengulas desakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Nik Abdul Aziz itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa kepimpinan parti itu, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan mereka.

Ditanya sama ada masalah dalaman PAS ini akan berlarutan atau hanya besifat sementara, Nasrudin berkata:

"PAS pernah mengalami kemelut dan pergolakan dalaman. Setiap kali berlaku, Insya-Allah sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan berpengalaman, ada jalan keluar untuk menyelesaikan masalah ni.

"Saya percaya, apa yang berlaku ini bersifat sementara sahaja," katanya

Sebelum ini pergeseran kedua-dua tokoh PAS dan kumpulan pro-kerajaan perpaduan dilihat 'tegang' apabila mereka dilaporkan bertemu di Kota Bharu untuk menyelesaikan isu kerajaan perpaduan, walaupun beberapa kali penafian dibuat.

Malah selepas pertemuan itu berlangsung, kedua-dua tokoh bersetuju untuk menukarkan istilah 'muzakarah' kepada 'muqabalah'.

Isu kerajaan perpaduan ini juga turut menjadi pedebatan panas di kalangan perwakilan PAS dalam beberapa muktamar tahunan terutama di Perak, Ogos tahun lalu dan di Selangor Jun lalu.

Bahkan selepas daripada muktamar itu, Nik Aziz cuba mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa pemimpin kumpulan Erdogan yang mirip menentang kumpulan 'pro-kerajaan perpaduan.

Minta kerap bertemu

Bagaimanapun, Nasrudin menggesakan agar pucuk pimpinan PAS "kerap bertemu dan berjumpa dalam mesyuarat" serta "mengadakan perbincangan khas" untuk menyelesaikan masalah ini supaya tidak berlarutan.

"Ia perlu dipandang serius oleh saf kepimpinan PAS agar tidak merosakkan perjuangan parti, dan mengelirukan akar umbi," katanya.

Beliau juga menggesa ahli PAS agar "bertenang tanpa mencetuskan sebarang spekulasi yang mengusutkan keadaan".

Ditanya sama ada beliau bersetuju agar muktamar khas (EGM) diadakan untuk menyelesaikan kemelut ini yang berpanjangan selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu, Nasrudin berkata:

"Keperluan untuk mengadakan EGM akan diputuskan oleh pucuk pimpinan. Tak boleh putuskan secara spontan.

"Sama ada Majlis Syura atau AJK PAS Pusat bersetuju atau tidak, ia harus mendapat satu pertiga sokongan daripada ahli PAS, baru ada muktamar khas. Tak boleh putuskan secara spontan," katanya.

Friday, October 23, 2009

Risalah yang diedar oleh mahasiswa untuk mahasiswa

oleh Abu Syifa.


AGENDA ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA: SATU ANCAMAN UMMAH

Teras pemikiran Islam Liberal

1. Hak kebebasan individiu tanpa batasan agama, conthnya mendesak agar diberikan kebebasan murtad untuk muslim di Malaysia. Contoh: Kes Lina Joy dan perkara pertama memerondum InterFaith Council (IFC), Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa permohonan ke Mahkamah Syariah.

2. Golongan islam liberal menganut fahaman semua agama adalah sama (Pluralisme agama). Semuanya menuju kepada jalan kebenaran , Contohnya: Sambutan Kongsi Raya iaitu menyambut perayaan agama bersama-sama. Walaupu Mufti dan ulamak (Muzakarah ulamak 2006, Perak) mengeluarkan fatwa haram kongsi raya (Perayaan agama lain), seorang tokoh iaslam liberal, Astora Jabat mengeluarkan artikel dimajalah 1 ogos 2006, “Ulamak jangan merapu”, mengutuk fatwa muzakarah ulamak berlandaskan hujah akal mereka. Contoh pluralime agama yang kedua adalah penubuhan IFC

3. Mereka menimbulkan keraguan dan syak terhadap sister islam SIS mengatakan undang-undang sebat secara syariat keatas Kartika yang disabitkan kesalahan minum arak ditempat awam menjejaskan system kehakiman di Malaysia dan hukuman yang zalim.

4. Golongan islam liberal meleakkan akal lebih tinggi dari wahyu. Bagi mereka ,penerimaan terhadap wahyu hendaklah berasaskan kepada penilai akal dan rasional.

5. Golongan islam liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai oran yang menolak agama, tapi berselindung disebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula Al Quran, menilai semuala as sunnah dan menapis semula hokum hakam syariat dan figh.

6. Mereka menolak segala tafsiran ulamak yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuklah dalam hal-hal yang telah menjadi ijmak ulamak termasuklah tafsiran dari Rasullah, Para Sahabat dan ulamak-ulamak mujtahid.

7. Mendukung gerakan pembesaran wanita dan feminism. Mereka inginkan hak kebebasan wanita seperti apa yang barat amalkan yang sudah terbukti membawa penindasan keatas wanita. Antara yang dituntut mereka adalah persamaan dalam harta pusaka, hak poigami lelaki perlu ditarik balik, persamaan hak perceraian ,menentang pemakaian niqap dan kelubung yang dianggap kuno dan merampas hak kebebasan wanita.


Wahai Pemuda dan Mahasiswa Islam.


Terlalu banyak isu yang dicetuskan oleh golongan islamm liberal yang perlu kita cakna dan berhati-hati. Hancurnya nilai kehidupan dan peradaban di Indonesia dan Negara –negara umat islam apabila pemerintah, ekonomi,korporat dan social dikuasai oleh mereka. Apa yang merisaukan kita di Malaysia, Figura-figura islam liberal dapat hidup aman dan bergiat cergas di Malaysia tanpa ekatanpemerintah bahkan mereka mendapat dukungan penuh dari pada pihak atasan Negara. Pada hari ini, mereka diberikan peluang dan ruang untuk melebarkan ideology jahat mereka kesegenap ceruk Negara, membentang kertas kepada golongan-golongan elit dan professional di hotel-hotel mewah, ada juga diantara mereka yang menjadi wakil rakyat, menerbit filem-filem kontroversi, pandangan mereka sentiasa menjadi tajuk utama dan baseline didalam TV, radio akhbar, penulisan dan lain-lain.

Ayuhlah pemuda-pemudi dan seluruh mahasiswa, lengkaplah diri kamu dengan kekuatan akidah yang jitu, ibadah yang sohih, akhlak yang unggul dan amal menegakkan islam secara berterusan. Kita menggalas amanah Allah untuk mencorakkan kehidupan manusia dengan panduanNya. Kita akan menggalas amanah rakyat untuk mencorak pemerintahan Malaysia. Luruskan niat, matlamat, jasad,roh, pemikiran, jiwa, amal dan keseluruhan aspek kehidupan hanya kepada islam dan ayuh kita hancurkan boneka-boneka yahudi di Malaysia.

TIME TO CHANGE!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...