Monday, May 31, 2010

Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.

Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Saturday, May 15, 2010

Kejahilan tentang agama punca umno luluskan lesen judi, pengundi dapat saham sikit.


Oleh Abu Syifa,

Tahniah kepada pengundi dan penyokong Umno yang kini telah menerima sedikit bekalan untuk Akhirat kelak dengan terlulusnya lesen judi untuk Bola Sepak Dunia dan juga Konsert 12 jam. Bagaimanakah perasan orang umno dan penyokong dan juga pengundi yang mengundi untuk memenangkan orang yang boleh bagi saham yang menjurus kepada Api Neraka Allah, Mungkin pada pandangan mereka ini adalah keputusan yang dilakukan oleh individu dan bukannya mereka yang menyokong dan mengundi. Itulah dalil yang boleh mereka berikan untuk mengelak dari dikatakan pembuat maksiat dan juga pengumpul dosa free.

Apa yang penting bagi mereka adalah untuk melihat islam tidak dikembangkan dan hidup bebas macam orang yang tiada agama, ini terbukti dengan terlulusnya lesen judi tersebut. Mereka yang meluluskan perkara maksiat adalah mereka yang tidak mahu melihat islam tersebar dan berkembang di bumi Malaysia ini. Kalau diperhatikan dan diamati sebenarnya memang Umno tidak mahu perkembangan islam tersebar luas di MAlaysia kerana mereka tahu bahawa sekiranya islam telah difahami dan diamati oleh orang islam di Malaysia ini maka tiada apa lagi yang tinggal pada mereka dan Umno akan kalah dan tersungkur dalam pilihanraya. Oleh kerana umat islam di MAlaysia ini masih lalai dan dilalaikan oleh Umno selama ini maka mereka boleh bertahan hingga hari ini, oleh kerana itu Umno boleh buat apa saja peraturan dan meluluskan apa saja untuk melalaikan umat islam sedaya mungkin.

Sedarlah wahai orang umno dan juga pengundi serta penyokong Umno, bahawa anda sekarang sedang menjadi pengumpul dosa yang tidak anda lakukan dan ini telahpun anda ketahui bahawa mereka dari kalangan orang umno adalah pembuat dosa dan anda menerima tempiasnya dan dibawa hingga ke Akhirat dan akan dihitung oleh Allah dan akan dimasukkan dalam Api Neraka Allah. Kelalaian anda untuk memperlajari hal agama menyebabkan anda jahil dalam agama dan akan menurut saja apa yang dilakukan oleh pemimpin umno. Padahalnya anda boleh mengelakkan daripada melakukan maksiat terhadap Allah. mudah saja untuk menebus balik Dosa anda hanya dengan bertaubat dengan Allah dan berjanji tidak akan menyokong lagi kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan oleh umno. dan seterusnya jatuhkan umno dalam pilihanraya akan datang.

Tuesday, May 4, 2010

Pemimpin Umno/BN cuai kedaulatan negara

KOTA BHARU, 3 Mei: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) dianggap tidak prihatin terhadap kedaulatan negara apabila dengan mudah menyerah dua blok pengeluaran minyak di Laut Cina Selatan kepada Brunei.

Blok terbabit iaitu Blok L dan Blok M dianggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai nilai minyak berjumlah AS$100 billion (RM320 bilion).

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan yang boleh memuaskan hati rakyat mengesahkan kerajaan BN tidak prihatin terhadap kedaulatan negara.

“Dewan Pemuda PAS Kelantan menuntut satu siasatan dibuat bagi menyiasat ketelusan rundingan yang merugikan Malaysia tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Baru-baru ini Dr Mahathir Mohammad mendedahkan kepincangan tersebut dalam blognya dengan merujuk laporan The Edge Financial Daily dan Brunei Times.

Bagaimanapun Perdana Menteri menganggap persempadanan semula darat dan laut pada Mac 2009 sebagai formula penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak (Malaysia dan Brunei).

Isu tuntutan Brunei terhadap Limbang yang diapit daerah Brunei Muara dan Temburong dibangkitkan negara terbabit sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

Ahmad Fadhli berkata, Pemuda PAS Kelantan melahirkan rasa kesal yang teramat sangat ekoran kecuaian kerajaan Malaysia dalam rundingan diplomatik tersebut sehingga mengakibatkan jumlah kerugian yang begitu besar terpaksa ditanggung rakyat Malaysia.

“Persoalan yang timbul mengapakah pemimpin negara boleh melakukan rundingan yang secara jelas merugikan Malaysia.

“Jika pemimpin negara boleh menafikan hak rakyat Kelantan dalam isu tuntutan royalti minyak sebanyak RM2 billion, nampaknya mereka dengan senang hati melepaskan RM320 billion kepada pihak lain,” katanya.

Oleh itu menurutnya, Pemuda PAS Kelantan menuntut penjelasan Najib memandangkan ketika mesyuarat kabinet pada 11 Februari 2009 beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Sumber/Link

Thursday, April 22, 2010

Kenapa tidak disahut cabaran Lim Kit Siang? Pemimpin Umno gelabah

Kalau dah buat salah jangan salahkan orang lain, Begitu juga dengan kes serangan peribadi terhadap calon PR di Hulu Selangor Dato' Zaid Ibrahim yang akan mempertahankan kerusi P94 di Hulu Selangor. Lim Kit Siang telah mencabar pemimpin Umno yang beragama islam agar membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah minum minuman syaitan itu. Kenapa sampai sekarang tiada diantara mereka yang disebut Lim, Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Jika mereka tidak minum sudah semestinya akan dibuat kenyataan balas mengaku mereka tidak pernah minum arak, tapi sebaliknya tiada lagi pengakuan dibuat oleh mereka ini. Yang terbaru Khairy Jamaluddin yang ditanya oleh pemberita tentang gambar yang tersebar diinternet yang dilihat sedang bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan dua orang perempuan yang diatas meja tersebut dihidangkan dengan begitu banyak botol-botol arak. Namun dinafinya dan ditanya balik "adakah awak nampak dalam gambar tersebut saya minum"? Namun yang jelas tiada pengakuan yang dibuat dan apa yang pasti setelah ditanya beberapa kali tentang itu , beliau cuba mengelak dan tidak mahu menjawapnya.

Kalaupun apa yang dikatakan dan dinyatakan oleh pemimpin Umno yang sudahpun diketahui oleh umum yang ada dikalangan mereka yang minum arak, namun kes ini tidak dimainkan oleh PR kerana ianya bersifat peribadi, kalau nak dikirakan calon dari Bn lagi la kuat minum , namun tiada yang mempertikainya, sedangkan arak dilarang meminumnya kepada semua umat manusia dan bukan untuk orang islam sahaja.

Cabaran Lim tidak disahut bermakna mereka yang dinyatakan oleh Lim adalah yang bersifat pengecut dan tidak boleh untuk mempertahankan diri dari serangan oleh pihak musuh, jika begitu bagaimana mereka hendak menjaga kepentingan rakyat yang amat merlukan keikhlasan pemimpin yang mereka pilih dalam pihanraya. Sepatutnya pengundi dikawasan PRK P94 telah tahu akan apa yang boleh dilakukan oleh pemimpin PR yang selama ini hanya memikirkan untuk memajukan dan berkhidmat untuk rakyat.

Monday, April 5, 2010

APCO: PAS rayu Majlis Raja-raja campurtangan

KUALA LUMPUR, 5 April: Majlis Raja-raja Malaysia dirayu untuk campur tangan dalam pembabitan syarikat perunding antarabangsa APCO Worldwide (APCO) dalam pentadbiran negara kerana ia disifatkan mengajak orang luar ceroboh negara.

Mewakili Ahli Parlimen PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) berkata, perlantikan APCO tersebut seolah-olah mendedahkan keselamatan negara pada pihak asing.

"Kita minta Majlis Raja-Raja segera campurtangan (supaya) perjanjian ini dibatalkan kerana ia (seolah-olah) mengajak orang luar menceroboh Malaysia)," jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pejabat Majlis Penyimpan Mohor Raja-Raja Malaysia.

Beliau turut menafikan bahawa insiatif Ahli Parlimen PAS tersebut bertujuan untuk strategi politik sempena pilihan raya kecil di Hulu Selangor tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menjelaskan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu seharusnya melihat isu tersebut sebagai isu keselamatan negara, bukan sekadar isu politik peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena meminta Apco segera diusir keluar dari Malaysia.

Sebelum pada itu, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS memaklumkan kepada Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Malaysia, Datuk Sabtu Awwab bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu di Dewan Rakyat bahawa APCO mempunyai hubungan langsung dengan beberapa pemimpin strategik Zionis Israel.

Tambahnya, perlantikan APCO sebagai syarikat perundingan komunikasi nasional boleh mendedahkan keselamatan dalam negara kepada pihak luar.

Kata Nasharuddin lagi, Sabtu berkata, YM Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohon Besar Raja-raja Malaysia tidak boleh menyertai majlis tertutup tersebut kerana uzur.

Ujar Nasharuddin lagi, Sabtu telah menerima memorandum yang diserahkannya itu hari ini bagi pihak Ungku Ibrahim.

Sabtu berjanji untuk memanjangkan hasrat Ahli Parlimen PAS pada Majlis Raja-Raja Malaysia kelak.

link/sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...