Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta Ijmak dan Qias yang terang dan nyata
Tuesday, November 17, 2009
Tanda Kebesaran Allah.....Khalimah Allah pada bukit selepas bencana di Padang.
Oleh Abu Syifa.
Selepas kejadian yang mengerunkan menimpa kepada penduduk di Padang , banyak kejadian lain yang memberikan gambaran kebesaran Allah SWT dimana salah satunya ialah khalimah Allah tertera pada bukit (gambar diatas). kejadian tersebut telah dirakam oleh seorang sukarelawan yang pergi kesana untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa disana.
Menceritakan kejadian dimana keajaiban itu berlaku bukanlah dihari berlakunya gempa bumi tersebut, tapi apa yang difahamkan ianya berlaku atau disedari hanyalah setelah hampir 28 hari selepas kejadian. Terbentuknya khamah Allah tersebut berdasarkan kepada runtuhan tanah dan terbentuklah khalimah Allah dengan berlatar belakangkan pokok yang masih lagi terdapat disitu.
Sesungguhnya apa yang berlaku merupakan satu kejadian dimana manusia telah diberikan nikmat hidup yang sempurna tetapi lupa kepada Allah SWT. Setelah banyak melakukan derhaka kepada Allah SWT maka Allah telah pun menghukum mereka dan memberikan amaran kepada manusia lain agar jangan terlalu leka untuk mengingati Allah sebagai pencipta dan yang berkuasa keatas segala-galanya yang ada dibumi ini.
Kewujudan Khalimah Allah ini merupakan petunjuk kepada mereka yang lupa kepada Allah agar bertaubat seberapa segera dan kepada yang beriman hendaklah menambahkan lagi amal dan ibadah kepada Allah SWT. Insya' Allah akan dilindungi oleh Allah SWT.
Monday, November 16, 2009
Cawangan Bukit Goh Juara......Futsal DPP Paya Besar
Pertandingan Futsal DPP Paya Besar telah dimenangi oleh pasukan cawangan Bukit Goh dimana telah merangkol hadiah pertama iaitu wang tunai RM 300, Hamper dan sijil penyertaan. Manakala pasukan dari cawangan Bukit Kuantan pula selaku naib juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM 200 ,Hamper dan sijil penyertaan. Tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan cawangan Bukit Sagu dan membawa pulang Hamper dan sijil penyertaan, kesemua pemain diberikan sijil penyertaan sebagai suatu penghargaan kepada mereka yang ada semangat kesukanan yang tinggi.
Penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh Ketua pemuda Pas Paya, Besar Ustaz Tarmizi. Ucapan Penutup beliau yang menyatakan rasa gembira dan bersyukur kepada Allah SWT dengan pertolonganNya telah melancarkan perjalanan program ini yang telah dikendalikan oleh Lujnah Sukan. Program seumpama ini akan diteruskan dari masa kesemasa supaya semua pemuda dapat bersukan dan juga dapat merapatkan lagi silatulrahim diantara mereka. Tegas beliau lagi perkara yang utama adalah untuk mencari bakat berfutsal ini dan mengenegahkan bakat tersebut diperingkat yang lebih tinggi.
Pasukan yang menjadi juara dan naib juara akan mewakili Pemuda Pas Kawasan Paya Besar dalam kejuaran Futsal Peringkat Negeri Pahang yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan depan.
Thursday, November 12, 2009
Pertemuan semula Pemuda Pusat dengan Aziz Bari
Harakahdaily melaporkan.... |
Selepas para exconya mengasak Profesor Dr Aziz Bari dalam seminar memperkasakan parti Sabtu, 7 November lepas, pimpinan Dewan Pemuda PAS dan Aziz beramah mesra pula hari ini. Pertemuan susulan Pemuda PAS dengan tokoh akademik ini pada hari ini, menunjukkan keterbukaan sayap PAS dan Aziz menerima kritikan dan pandangan pelbagai pihak. Meskipun mengakui kritikan Dr. Abdul Aziz terhadap PAS sangat keras, namun Nasaruddin yakin tindakan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu bertujuan melihat PAS terus teguh dipersada politik negara. |
Tuesday, November 10, 2009
Doakan Kesihatan Tok Guru Nik Aziz.....Semuga cepat sembuh.
Mstar melaporkan....
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila terjaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.
Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.
"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.
"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.
"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.
Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.
(Sama-samalah kita mendoakan kesihatan Tok Guru agar beliau cepat sembuh dan dapat meneruskan dakwah.)
Penyampaian sijil Pasti Al Huda
Penyampaian sijil kepada pelajar 5 dan 6 tahun di Pasti Al Huda yang telah disampaikan oleh wakil Ketua Dewan Pemuda Pas Paya Besar Ustaz Din. Sebelum penyampaian sijil ibubapa pelajar telah dihiburkan dengan persembahan nasid oleh pelajar-pelajar 5 dan 6 tahun. Kelihatan pelajar begitu semangat sekali mendendangkan lagu nasid walaupun hanya dua minggu menjalani latihan yang telah diajar oleh guru-guru Pasti.
pencapaian yang memberasangkan telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar kali ini dimana ramai diantara mereka telah memperolehi markah penuh dalam peperiksaan yang dijalankan sebelum ini, kata pengurus Pasti Al Huda Tuan Haji Zaharuddin. Memandangkan mereka adalah pelajar dari Tunas Islam maka pelajaran yang telah diajar dan diamalkan adalah berkonsepkan Islam sepenuhnya dan ternyata kebanyakkan pelajar 5 dan 6 tahun telah tahu membaca Al Quran dan ada diantaranya dapat menghafal surah-surah pendek.
Kejayaan yang telah dicapai oleh Pasti seluruh Malaysia merupakan satu dakwah yang berterusan untuk pelajar-pelajar supaya menjadi bekalan mereka agar dapat menempuh dunia yang sangat mencabar. Bukan sekadar anak-anak ahli Pas yang dihantar belajar di Pasti namun ada juga malah lebih ramai dikalangan ahli umno yang menghantar anak-anak mereka belajar disana, ini membuktikan bahawa Pas hanya ingin mengajar ilmu agama sahaja di Pasti dan bukannya perihal politik Pas sepertimana yang dianggap oleh sesetengah pihak.
Sunday, November 8, 2009
Selamat menunaikan Ibadah Haji.......Pesuruhjaya Pas Pahang
oleh Abu Syifa.
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man akan berangkat ke Mekah pada hari ini 8/11/2009 dan akan bersama jemaah haji lain untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Beliau merupakan Naib Presiden Pas dan juga Pesuruhjaya Pas Pahang. Dijangka beliau akan pulang pada 5/12/2009.
Dewan Pemuda Pas Paya Besar mengucapkan selamat mengerjakan ibadah Haji kepada Dato' Tuan Ibrahim dan semua bakal Haji.
Thursday, November 5, 2009
Tiada faedah Akta 'Whistleblower' jika perasuah dilindungi
harakahdaily melaporkan.....
Akta yang melindungi pemberi maklumat tidak akan dapat memerangi rasuah jika pelaku rasuah dilindungi, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Apa maknanya pemberi maklumat dilindungi kalau perasuah juga kebal dari sebarang tindakan," katanya ketika diminta mengulas tindakan Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini yang mengalu-alukan janji Perdana Menteri untuk memperkenalkan Akta 'Whistleblower' tahun depan.
Mahfuz tidak percaya rasuah boleh diperangi dengan tindakan-tindakan kosmetik sahaja sedangkan pada masa yang sama "perasuah-perasuah terus menjadi pembesar negara dan dipilih pula sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk membolehkan beliau kembali ke dalam arus perdana politik.
"Semua itu hanya tindakan kosmetik untuk memperbaiki ranking Malaysia yang semakin merudum dalam indeks rasuah antarabangsa.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat terdesak kini dan memerlukan kosmetik seperti itu untuk meyakinkan pelabur," katanya.
Beliau mengambil apa yang berlaku di Perak sebagai gambaran terbaik mengenai rasuah di dalam negara ini.
Image"Sebelum ini, ketika (Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak) Jamaluddin Mohd Radzi berada di dalam Pakatan Rakyat (PR), saksi utama Mohd Imran Abdullah menyatakan Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu di Pusat Bandar Seri Iskandar.
"Tetapi apabila Jamaluddin melompat menyokong Barisan Nasional (BN) berikutan tuduhan rasuah terhadapnya, Mohd Imran yang dilaporkan sebagai agen Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) tiba-tiba mendakwa bahawa Jamaluddin tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek itu.
"Apa yang berlaku itu memberikan gambaran yang jelas bahawa sokongan atau kesetiaan kepada BN bukan sahaja boleh membebaskan seseorang dari rasuah malah akan dipilih pula sebagai calon BN dalam pilihan raya serta apa yang dilakukannya diisytiharkan sebagai bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Ketika membentangkan Belanjawan 2010 Jumaat lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan memperkenalkan Akta 'Whistleblower' tahun depan manakala 14 Mahkamah Sesysen Khas Rasuah dan empat Mahkmah Tinggi Khas Rayuan akan ditambah untuk memerangi rasuah.
Akta 'Whistleblower' bertujuan melindungi pemberi maklumat.
Tidak diketahui apa yang berlaku kepada Akta Perlindungan Saksi yang dilaporkan akan dibentang sebelum ini. Akta 'Whistleblower' mungkin versi baru zaman Najib kepada Akta Perlindungan Saksi sebelum ini. _
Wednesday, November 4, 2009
Ceramah Hj Mohd Sabu di Cendering
Oleh Abu Syifa.
Malam tadi berlangsungnya ceramah perdana yang disampaikan oleh Hj Mohd Sabu AJK Pas Pusat di Kg Cendering , Kuantan. Ceramah yang dianjurkan oleh Pas Kawasan Paya Besar yang dihadiri telah dihadiri oleh begitu ramai penyokong Pas dan juga penduduk setempat. Peniaga tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki setiap kali ada ceramah.
Majlis telah dipegerusikan oleh Ustaz Ishak merangkap Naib YDP Paya Besar. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Ustaz Yusuf Embong Timbalan PJ Pahang merangkap YDP Kawasan Paya Besar. Beliau telah menyentuh prihal pergolakkan yang berlaku didalam Pas dan menyatakan itu adalah sebagai satu ujian dari Allah SWT. Penceramah kedua ialah Suhaizat Kayat Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat. Beliau banyak menyentuh mengenai Penguandian Pos di Bagan Pinang. beliau menegaskan yang undi pos merupakan satu aset yang aling berguna kepada Umno, dimana Perdana menteri sendiri merupakan seorang pemimpin yang kemenangannya hasil dari aset tersebut.
Suhaizat juga menceritakan pengalaman beliau semasa membawa rombongan berjumpa dengan SPR untuk menyatakan bantahan dengan undi pos. Telah banyak perkara yang dibuat termasuklah membawa saksi untuk meneguhkan hujah kepada SPR namun dipandang sepi oleh SPR. Beliau juga menegaskan bahawa ada pernipuan yang berlaku dimana borang mengundi atau kertas undi boleh diserahkan dimana sahaja termasuklah di tempat awam seperti di depan pasaraya. Beliau juga menyentuh prihal isu semasa yang menyebabkan perselisihan faham diantara pemimpin Pas. Beliau menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah satu perkara yang baik untuk Pas, kerana Pas mengamalkan penerimaan kritikan secara terbuka. EGM telah digantikan dengan seminar dimana akan dijemput salah seorang pemberi pandangan mengenai Pas Prof Aziz untuk membentangkan apa sahaja permasalahan yang dilihat oleh beliau dalam Pas dan ini membuktikan keterbukaan Pas.
Penceramah utama Hj Mohd Sabu AJK Pusat memulakan ceramahnya dengan membalas pantun yang dijual oleh Ustaz Ishak. Beliau yang nampak agak cergas telah menyampaikan ceramahnya dengan begitu bersemangat sekali. Beliau menekankan tentang ketelusan agensi-agensi kerajaan yang dilihat semakin diragui akan ketelusan dan banyak yang telah dinaikkan taraf seperti Suruhanjaya Pencegah rasuah yang kini dibawah Yang Dipertuan Agong. Tetapi setelah dinaikkan taraf tapi rasuah masih dan terus naik angka jumlah rasuah didalam negara.
Abang Mat Sabu juga menegaskan yang rakyat Pahang harus berubah dan juga kepada seluruh rakyat dinegara ini untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya yang akan datang. Berubah kepada memilih pakatan rakyat dan diuji selama sepenggal dan jika mereka gagal dan masih lagi ada kepincangan maka bolehlah ditukar sekali lagi kepada Bn dan seterusnyalah sehinggalah kita dapat apa yang terbaik untuk rakyat.
Tuesday, November 3, 2009
MEMPERTEGUH TARBIYAH PAS, MEMPERKASA PAKATAN RAKYAT!
Ketika itu Islam bagi saya hanyalah masjid dan surau. Islam adalah majlis marhaban dan cukur kepala apabila berlakunya kelahiran baru. Islam adalah bersunat ketika sampai masanya. Islam adalah kenduri tahlil doa selamat sempena naik rumah baru dan sebagainya. Islam juga adalah berkaitan wali hakim atau nikah kahwin. Setahun sekali berpuasa Ramadhan dan sembelih korban. Paling akhirnya, Islam adalah pengurusan jenazah atau kenduri tahlil arwah. Itulah persekitaran Islam yang kebanyakan dari saya dan kawan-kawan faham ketika kecilnya dahulu. Ketika itu kami bingung, apa kena dengan Pas dan Umno? Sama-sama Islam tetapi bergaduh! Arqam, Jim, Abim, Tabligh ni apa benda pulak?
Lalu kami melalui proses memahami Islam sedikit demi sedikit. Kefahaman itu sedikit sebanyak kami dapati dari kuliah-kuliah maghrib para ustaz, tok guru dan alim ulamak penggerak Pas di kampung halaman tempat tinggal ketika kecil. Sebahagiannya didapati dari mendengar kaset-kaset ceramah khususnya kuliah Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selain dari menghadiri ceramah-ceramah politik yang diadakan rancak di awal tahun 90-an.
Di peringkat ini, saya semakin faham Islam dan mengetahui mengapa Pas melawan Umno. Kefahaman ini diperkasakan lagi melalui bacaan Harakah, buku-buku terbitan Pas dan akhirnya melalui penyertaan aktif ke dalam usrah Pas ketika di alam kampus. Penglibatan di alam kampus ini menjadikan proses peningkatan kefahaman dan penghayatan Islam lebih tersusun. Kami ditarbiyah oleh para murabbi Pas di kampus-kampus dengan marhalah atau peringkat demi peringkat. Di fasa ini saya berpeluang untuk menyusun kembali kefahaman islam dan perjuangan Islam secara lebih sistematik. Berikut adalah topic fikrah tarbiyah Islam yang saya lalui dalam Pas :
Antara Topik Pengisian Dalam Usrah dan Gabungan Usrah :
1. Keutamaan ilmu dan kefahaman islam
2. Syahadatain ; tuntutan dan perkara yang membatalkannya
3. Islam sebagai Ad-Deen yang syumul
4. Tazkiyah An-Nafs ; kepentingan, wasilah dan halangannya
5. Fiqh Ad-Dakwah
6. Khilafah Islamiyyah ; faktor kejatuhan dan kewajipan menegakkannya
7. Sejarah & perkembangan gerakan Islam sedunia
8. Sejarah Perjuangan PAS dan sumbangannya
9. Kewajipan intima’ (bergabung) dengan jamaah Islam\
10. Kenapa saya bersama PAS
11. Tasawwur Tarbiyah Islamiyyah Harakiyyah
12. Prasyarat kejayaan Harakah Islamiyyah
13. Ikhlas dalam perjuangan
14. Jihad dan dan pengorbanan dalam Islam
15. Istiqamah dalam perjuangan
16. Golongan yang tercicir di jalan dakwah
17. Kepentingan Ukhuwwah Islamiyyah
18. Demokrasi pilihanraya dalam pendekatan perjuangan
19. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya
20. Tahalluf dalam Islam
Antara Topik Pengisian Di Dalam Tamrin, Ijtimak atau Liqa Fikri :
1. Aqidah dan perjuangan
2. Memahami Konsep Ibadah Dalam Islam
3. Keperibadian dan Akhlak Islam
4. Usrah sebagai tunjang jamaah
5. Konsep Amar Makruf dan Nahi Mungkar
6. Pembentukan Rumahtangga Islam
7. Pertentangan antara Islam dan Sekuler
8. Fiqh Amal Islami
9. Konsep amal jamaie dan amal ijtimaie
10. Ta’adud Jamaah ; faktor, kesan dan penyelesaiannya
11. Akhlaq dan disiplin dalam jamaah
12. Memahami konsep sirr dan hazar
13. Bai’ah dan tuntutannya
14. Mehnah dan Tribulasi dalam perjuangan
15. Usul Isyrin – Usul 1-20
16. Memahami Konsep Wala’ & tuntutannya
17. Memahami perlembagaan dan struktur organisasi PAS
18. Kepimpinan ; antara beban amanah & kebanggaan
19. Memahami Fiqh Aulawiyyat
20. Memahami Fiqh Waqie’
21. Memahami Fiqh Ikhtilaf
22. Peranan Naqib Dalam Tarbiyah
23. Usrah Yang Berkesan
24. Perlaksanaan Usrah Yang Efektif
25. Peringkat Amal Islami
Kami yang mendapat tarbiyah Pas samada melalui jalan tarbiyah di peringkat kampus ataupun di peringkat akar umbi parti iaitu di cawangan dan kawasan dihadhamkan dengan topic-topic di atas. Selain itu, kami MENIKMATI NIKMAT UKHUWWAH dalam pertemuan-pertemuan tarbiyah samada melalui mekanisme USRAH, TAMRIN, IJTIMAK, LIQA FIKRI, MUKHAYYAM, DAURAH, HALAQAH, MABIT dan sebagainya.
Ia menjadikan kami faham bahawa penglibatan kami di dalam Pas buka sahaja dan semata-mata sebagai ahli sebuah PARTI POLITIK yang menyertai SISTEM DEMOKRASI PILIHANRAYA, tetapi lebih dari itu kami adalah anggota dan tentera kepada sebuah JAMAAH ISLAM atau HARAKAH ISLAMIAH yang setara dengan jamaah-jamaah islam di seluruh dunia dengan cita-cita dan matlamat yang sama.
Ia membentuk hubungan yang sangat unik antara sesama kami (ahli Pas yang ditarbiyah) dan antara kami dengan pimpinan. Bagi kami pimpinan tertinggi Pas bukan semata-mata seorang pemimpin politik dalam sebuah Parti yang demokratis tetapi lebih dari itu adalah berperanan sebagai BAPA bagi kami. Hubungan sesama anggota pula ialah seperti BERSAUDARA. Apabila kami menghayati dan melalui fasa pentarbiyahan ini, ia menjadikan kami sangat KASIH, TAAT, SETIA, PERCAYA dan BERSANGKA BAIK terhadap pimpinan.
Demikianlah juga, kami dihadhamkan dengan AKHLAK dan ADAB dalam berjamaah dan kepada pimpinan. Apabila anda telah menanggapi pimpinan seperti IBU dan BAPA kepada anda, maka cara menegur dan mengkritiknya juga mestilah dengan akhlak selaku seorang anak. Kecualilah anda seorang bekas Umno yang belum ditarbiyah dengan akhlak berjemaah dalam Pas, atau anda adalah anggota jamaah lain yang menganggotai Pas hanya sebagai sebuah parti politik kerana kasih, taat, setia dan percaya anda hanyalah kepada pimpinan jamaah anda yang sebenar!
Sebab itulah, apabila zahir seperti berlakunya pertentangan antara pimpinan, ia amat mencemaskan kami, seperti mana cemasnya sebuah KELUARGA yang SUAMI dan ISTERI atau IBU dan BAPA sedang menghadapi krisis dan konflik. Mungkin sahaja menatijahkan penceraian yang boleh memporak porandakan RUMAHTANGGA kami (Pas). Sebab itu, apabila berlaku konflik (atau seperti konflik), kami akan segera refleks bahawa di sana ada pihak ketiga yang berkepentingan sebagaimana konflik yang dizahirkan di antara Saidina Ali dan Saidatina Aisyah atau di antara Saidina Ali dan Saidina Muawiyah. Bagi kami yang meneliti sirah, pertembungan yang berlaku di antara tokoh-tokoh tersebut bukanlah disebabkan oleh kedua tokoh ini, tetapi disebabkan api pergeseran yang dimarakkan oleh golongan ketiga iaitu golongan pemberontak dari Iraq yang berasal dari kalangan Yahudi yang menyelusup masuk ke dalam kumpulan umat islam. Di samping ia semakin cepat berkembang kerana adanya umat Islam yang cepat melatah dan terlebih bereaksi lantaran taksub kepada tokoh-tokoh tersebut.
Cumanya, dalam krisis kepimpinan parti (yang bagi kami sebenarnya tak lah berkrisis mana sangat, lebih kepada berbeza pandangan dan masalah komunikasi), kami lebih cenderung untuk menganggapnya sebagai ada campurtangan pihak ketiga. Persoalannya siapa? Yahudi? Unit Saraf Umno? Anai-anai? Kami sendiri pun tak pasti. Kami tidak mahu bersangka buruk sesama anggota jamaah. Tapi kami percaya, jika ia benar-benar wujud, Allah akan menapisnya dari kalangan kami, InsyaAllah.
Oleh yang demikian, demi pemantapan dan pengukuhan Pas sebagai sebuah parti dan jamaah dakwah, tarbiyah dan siasah, usaha PENGTARBIYAHAN ahli-ahli yang semakin ramai adalah suatu tuntutan yang tidak boleh lagi dikompromikan. Jangan biarkan jamaah kita tergugat lantaran ramainya anggota yang tidak ditarbiyah mendominasi parti atau pimpinan di mana-mana peringkat. Betul, kita memerlukan ahli yang ramai untuk meningkatkan kekuatan kita sebagai parti utama dalam PAKATAN RAKYAT, tetapi kita juga sangat dan amat memerlukan ahli-ahli yang berkualiti. Ahli-ahli yang berkualiti dalam Pas tidak berlaku dengan semata-mata kemasukan mereka ke dalam Pas, tetapi berlaku dengan aktiviti pengtarbiyahan diwajibkan dan diagendakan ke atas mereka. Inilah KEUTAMAAN parti antaranya ketika ini. Saya berharap, ada pihak yang akan memberi penekanan secara khusus dan serius tentang topic ini dalam rangka memperkasakan penglibatan Pas dalam Pakatan Rakyat di SEMINAR anjuran Pas pada 7hb November ini. Semoga Pas terus sukses! Allahuakbar!
Abu Amirah As-Salimbari, Pahang.
Monday, November 2, 2009
Jais dibidas, tiada pertuduhan!
Harakahdaily melaporkan.....
Terkini 11.00 pagi:|GOMBAK, 2 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin akan menunggu di Mahkamah Syariah sehingga jam 1 petang nanti untuk menunggu pertuduhan ataupun dokumen berkaitan difailkan ke atasnya.Sebelum ini, Dr Asri yang tiba di mahkamah sejak jam 9 pagi tadi diberitahu tiada pertuduhan difailkan.
Demikian siri episod tangkapan terhadap Dr Asri yang dianggap aneh oleh pelbagai pihak hari ini apabila diberitahu bahawa tiada pertuduhan atau dokumen berkaitan difailkan pagi ini.
Dr Asri dilihat tiba pada jam 9 pagi tadi kerana diarahkan untuk hadir di mahkamah atas alasan secara lisan oleh pihak Jais bahawa beliau mengajar tanpa tauliah.
Dalam kejadian malam tadi,beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.
Namun,Dr Asri yang ditahan tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi ini.
Di pekarangan mahkamah sebentar tadi, Dr Asri menbidas sikap pihak berkuasa dan pendakwa yang tidak hadir lagi sehingga kini.
Menurutnya, tindakan tidak profesional ini menyebabkan membuang masa beliau, para penyokongnya, termasuk wakil-wakil rakyat (Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin) dan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS).
Ketika ini, Dr Asri berada di luar mahkamah dan sedang berbincang dengan wakil NGO dan wakil-wakil rakyat.
Beliau difahamkan akan bertemu dengan Datuk Jamil Khir sebentar lagi.
Hampir 100 orang hadir untuk memberikan sokongan kepada beliau termasuk puluhan wartawan.
Ketika ini, Dr Asri sedang menunggu di dalam Mahkamah Syariah dan beliau berkata akan menunggu pertuduhan sehingga jam 1 petang nanti._