Wednesday, November 4, 2009

Ceramah Hj Mohd Sabu di Cendering


Oleh Abu Syifa.

Malam tadi berlangsungnya ceramah perdana yang disampaikan oleh Hj Mohd Sabu AJK Pas Pusat di Kg Cendering , Kuantan. Ceramah yang dianjurkan oleh Pas Kawasan Paya Besar yang dihadiri telah dihadiri oleh begitu ramai penyokong Pas dan juga penduduk setempat. Peniaga tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki setiap kali ada ceramah.

Majlis telah dipegerusikan oleh Ustaz Ishak merangkap Naib YDP Paya Besar. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Ustaz Yusuf Embong Timbalan PJ Pahang merangkap YDP Kawasan Paya Besar. Beliau telah menyentuh prihal pergolakkan yang berlaku didalam Pas dan menyatakan itu adalah sebagai satu ujian dari Allah SWT. Penceramah kedua ialah Suhaizat Kayat Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat. Beliau banyak menyentuh mengenai Penguandian Pos di Bagan Pinang. beliau menegaskan yang undi pos merupakan satu aset yang aling berguna kepada Umno, dimana Perdana menteri sendiri merupakan seorang pemimpin yang kemenangannya hasil dari aset tersebut.

Suhaizat juga menceritakan pengalaman beliau semasa membawa rombongan berjumpa dengan SPR untuk menyatakan bantahan dengan undi pos. Telah banyak perkara yang dibuat termasuklah membawa saksi untuk meneguhkan hujah kepada SPR namun dipandang sepi oleh SPR. Beliau juga menegaskan bahawa ada pernipuan yang berlaku dimana borang mengundi atau kertas undi boleh diserahkan dimana sahaja termasuklah di tempat awam seperti di depan pasaraya. Beliau juga menyentuh prihal isu semasa yang menyebabkan perselisihan faham diantara pemimpin Pas. Beliau menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah satu perkara yang baik untuk Pas, kerana Pas mengamalkan penerimaan kritikan secara terbuka. EGM telah digantikan dengan seminar dimana akan dijemput salah seorang pemberi pandangan mengenai Pas Prof Aziz untuk membentangkan apa sahaja permasalahan yang dilihat oleh beliau dalam Pas dan ini membuktikan keterbukaan Pas.

Penceramah utama Hj Mohd Sabu AJK Pusat memulakan ceramahnya dengan membalas pantun yang dijual oleh Ustaz Ishak. Beliau yang nampak agak cergas telah menyampaikan ceramahnya dengan begitu bersemangat sekali. Beliau menekankan tentang ketelusan agensi-agensi kerajaan yang dilihat semakin diragui akan ketelusan dan banyak yang telah dinaikkan taraf seperti Suruhanjaya Pencegah rasuah yang kini dibawah Yang Dipertuan Agong. Tetapi setelah dinaikkan taraf tapi rasuah masih dan terus naik angka jumlah rasuah didalam negara.

Abang Mat Sabu juga menegaskan yang rakyat Pahang harus berubah dan juga kepada seluruh rakyat dinegara ini untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya yang akan datang. Berubah kepada memilih pakatan rakyat dan diuji selama sepenggal dan jika mereka gagal dan masih lagi ada kepincangan maka bolehlah ditukar sekali lagi kepada Bn dan seterusnyalah sehinggalah kita dapat apa yang terbaik untuk rakyat.

2 comments:

  1. Pandai sungguh pemimpin awak bermain dengan kata - kata. Kononnya kemuelut yang berlaku adalah ujian dan cabaran PAS. Terus terang je lah...... dalam PAS tu ramai orang yang busuk hati, buruk perangai, Semua nak mengaku Ulama tapi pada hakikatnya baru pakai kopiah dan serban dah nak tunjuk alim konon. Pada hal masa zaman lampaunya dialah yang hebat.. BAR mana yang tak masuk, jenama arak mana yang tak togok, TOTO MAGNUM KUDA semua dia sapu. Kaki betina yang bertukar ganti...... Tapi hari ini kerana nak tunjuk baik masuk PAS.

    Sudahlah..... Perangai jijik lagi mengotorkan inilah yang merosakkan parti.

    ReplyDelete
  2. Wahai ratu ayu , nama je ayu tapi orang nya tak kot, busuknya hati mu jika menuduh orang yang baik dan menyokong orang yang melakukan kejahatan dan kezaliman ,walau apapun terimakasih kerana melawati kami. semuga hati mu mau kepada kebenaran dan diharap perbaiki diri sendiri dulu sebelum menuduh kerana menuduh ini serupa dosanya anda membunuh saudaramu sendiri...wassalam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...