Friday, October 16, 2009

Adun Lunas dibebas dari tuduhan rasuah......Keluar PKR untuk selamatkan diri


oleh Abu Syifa

Adun Lunas bekas exco kerajaan Kedah, Muhammad Radzhi Salleh telah dibebaskan oleh SPRM dari tuduhan rasuah setelah didapati tiada unsur penyelewengan atau penipuan dilakukan ahli politik itu. Oleh kerana beliau telah pun keluar dari PKR sebagai Adun Bebas maka beliau boleh dibebaskan dan sekiranya beliau masih lagi seorang Adun Pakatan Rakyat sudah pasti dia akan disabitkan dengan kesalahan yang mungkin direka. Ini yang berlaku dikalangan para politik di Malaysia.

Sepertimana yang berlaku di Perak dua Adun dari Pakatan Rakyat telah dituduh melakukan rasuah dan kini telah keluar dari Pakatan Rakyat dan telah menyokong kerajaan BN menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Setelah keluar dari pakatan Rakyat ini akan memberi laluan mudah untuk mereka untuk mendapat perkenan Najib untuk mengampungkan mereka dan akan dibebaskan dari tuduhan tersebut. Umno sekarang merupakan satu badan yang boleh dibuat tempat pengampunan jika melakukan kesalahan ,tak kira apa saja kesalahan akan diampunkan sekiranya menyokong Bn.

Jika kita amati dan renungkan ramai diantara yang melakukan kesalahan rasuah akan bebas dan diberikan pangkat didalam Umno. Budaya ini sudah lama diamalkan dan semakin ketara ketika pemerintahan Altantunya Najib. Seolah tempat mengadu dosa dan diampunkan setelah mendapat perkenan dari Prasiden BN. Seumpama seorang kristian yang pergi ke gereja dan diampunkan hanya dengan membayar sejumlah wang kepada paderinya.

Selepas ini diharap Adun Lunas akan kembali kepada Pakatan Rakyat dan berjuang kembali agar dapat membuktikan beliau tidak bersalah.

Thursday, October 15, 2009

Kenapa Pas Tak Menang di Bagan Pinang?


Oleh Abu Syifa.

Ramai yang membuat andaian dan tanggapan kenapa Pas tidak dapat menembusi kekebalan BN di Bagan Pinang. Kalau dilihat dari kenyataan dari YB Khalid Samad ,wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dari Pakatan Rakyat gagal memperjuangkan kehendak rakyat dan tidak mendampingi mereka setelah diberikan kuasa itu, ada juga kebenarannya kerana apa yang kita lihat sekarang ramai diantara mereka yang menang tidak turun padang dan bertemu dengan rakyat dan menanya khabar dan mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat yang diwakili mereka.

Kita sepatutnya berbeza dengan wakil rakyat BN dengan selalu berdampingan dengan rakyat,kalaupun sibuk hantarlah wakil agar rakyat tahu kita mengambil perhatian dengan masalah rakyat dan ini akan membolehkan kita dihargai dan akan dipilih lagi jika ada pilihanraya.

Ada juga yang menganggap kenapa Pas tak menang di Bagan Pinang adalah kerana kita terlalu yakin dan lebih berharap agar berlaku kejutan dengan kemenangan yang lepas. Kalau difikirkan memanglah kita sudah melalui satu gelombang perubahan yang hendak dilakukan oleh rakyat, namun apa yang berlaku di Bagan Pinang agak berbeza, kerana rakyat disana tidak terfikir yang mereka telah melakukan satu dosa dengan memilih seorang yang telah melakukan rasuah menjadi pemimpin mereka. tapi oleh kerana jasa yang tidak seberapa yang dilakukan oleh Isa ketika menjadi MB dulu telah menarik minat pengundi kepadanya, walaupun dia adalah perasuah.

Sebahagian diantara ahli Pas sendiri yang agak tidak menghiraukan akan keberkesanan Usrah yang dianjurkan, telah menyebabkan kita gagal dalam menyatukan kekuatan di dalam menjalan ukhwah sesama kita. Jihad yang kita lancarkan diBagan Pinang agak kurang sambutan dan ini bolehlah dianggap yang ramai lagi diantara kita ahli Pas tidak menghadirkan diri dalam Usrah dan majlis Pas yang dianjurkan, Bagaimana kita hendak diberi kemenangan oleh Allah jika kita tidak memperdulikan semua itu.

Tetapi Syabas diucapkan kepada semua petugas yang telah melakukan kerja yang begitu baik dan berdisiplin sehinggakan kita dapat menjaga tatasusila kita semasa meraih undi. Dan kepada petugas Pemuda Pas yang kena serang oleh pemuda Umno laknatullah itu diharap bersabar dan darah yang keluar Insya'Allah akan diberikan ganjarannya diAkhirat Kelak..Allhuakbar!!!!!

Monday, October 12, 2009

BN dicabar bubar DUN Perak, jika yakin sudah kembali disokong rakyat

Harakahdaily melaporkan....

Pakatan Rakyat Perak mencabar Barisan Nasional membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu jika parti pemerintah tersebut yakin telah mendapat kembali sokongan rakyat berikutan kemenangan di Bagan Pinang semalam.

Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, sekiranya benar dakwaan pemimpin BN bahawa rakyat kembali yakin dengan mereka, BN seharusnya tidak perlu takut membubarkan DUN Perak dan mengambilnya melalui proses pilihan raya negeri.

"Jika Bagan Pinang sebagai mana yang didakwa oleh BN sebagai petunjuk bahawa rakyat telah menyokong BN, dengan ini saya mecabar kepimpinan BN di Perak untuk segerakan pembubaran DUN Perak dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih siapakah kerajaan yang akan meneruskan teraju kerajaan di Perak," kenyataannya dipetik.

ImageDia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Titi Serong memberitahu, jika BN menang pada pilihanraya itu, Pakatan Rakyat akan menerimanya atas semangat demokrasi.

Kekalahan PAS mahupun Pakatan katanya bukan sesuatu yang luar biasa malah berlaku sejak merdeka sehinggalah di Bagan Pinang.

Namun lebih penting ujarnya, kepentingan rakyat negeri itu yang juga mahukan pembubaran DUN agar hak mereka dikembalikan untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui negeri mereka.

"Desakan ini sudah bermula sejak 5 Februsri 2009 dan tidak jemu-jemu kami suarkan kerana melihat kepada kepentingan rakyat Perak sebagaimana slogan BN 'rakyat didahulukan'.

Makanya inilah masa untuk mendahulukan rakyat dengan bubarkan DUN Perak," tulisnya.

Dalam PRK Bagan Pinang semalam, calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tewas kepada calon BN Tan Sri Mohd Isa dengan jumlah majoriti sebanyak 5,435 undi.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly, Pesuruhanjaya PAS Negeri, mendapat 2,578 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ekoran kemenangan itu, kepimpinan BN mendakwa parti itu kini sudah mula diterima kembali oleh rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu dan tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Mereka juga mendakwa, pembaharuan dibawa Datuk Seri Najib melalui slogan '1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan', antara faktor besar penyumbang kepada kemenangan tersebut. _

Thursday, October 8, 2009

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak

Harakahdaily melaporkan
KEMASKINI: BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.

"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," Ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.

"Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa," katanya.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Image(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan

Bagan Pinang: Arahan dari Ketua Pemuda Pas Pusat kepada semua Pemuda seluruh negara.


Oleh Abu Syifa

Pagi ini ana dikejutkan dengan satu pesanan ringkas (SMS) dari Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasarudin Tantawi yang dilanjutkan oleh Ketua Pemuda Pas Paya Besar kepada ana yang mengkhabarkan kejadian yang berlaku di Bagan Pinang kini,
SMS tersebut berbunyi:
"Keadaan semakin kritikal, Ramai ahli kita dipukul dan terbaru malam ini markaz Pas pusat di Bagan Pinang telah dicerobohi dan petugas dihalau keluar. Demi Allah dengan nama jihad Fi Sabilillah ana selaku pemegang amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pusat mengerahkan seramai mungkin Pemuda dari seluruh negara agar turun ke Bagan Pinang. Raptai jam 9 am di markaz induk dan akan dipimpin oleh Ustaz Azman TKP untuk arahan kawalan keselamatan". TQ Tantawi.

Memandangkan perintah telah dikeluarkan oleh pemimpin Pemuda Pusat maka pemuda diharap dapat menyahut perintah ini agar bergegas ke Bagan Pinang beramai-ramai untuk menjaga keselamatan petugas kita di Bagan pinang. Untuk membuktikan kita mempunyai seorang pemimpin yang disegani dan dihormati dikalangan kita pemuda Pas ,sahutlah perintah ini tanpa keraguan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...