Thursday, October 15, 2009

Kenapa Pas Tak Menang di Bagan Pinang?


Oleh Abu Syifa.

Ramai yang membuat andaian dan tanggapan kenapa Pas tidak dapat menembusi kekebalan BN di Bagan Pinang. Kalau dilihat dari kenyataan dari YB Khalid Samad ,wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dari Pakatan Rakyat gagal memperjuangkan kehendak rakyat dan tidak mendampingi mereka setelah diberikan kuasa itu, ada juga kebenarannya kerana apa yang kita lihat sekarang ramai diantara mereka yang menang tidak turun padang dan bertemu dengan rakyat dan menanya khabar dan mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat yang diwakili mereka.

Kita sepatutnya berbeza dengan wakil rakyat BN dengan selalu berdampingan dengan rakyat,kalaupun sibuk hantarlah wakil agar rakyat tahu kita mengambil perhatian dengan masalah rakyat dan ini akan membolehkan kita dihargai dan akan dipilih lagi jika ada pilihanraya.

Ada juga yang menganggap kenapa Pas tak menang di Bagan Pinang adalah kerana kita terlalu yakin dan lebih berharap agar berlaku kejutan dengan kemenangan yang lepas. Kalau difikirkan memanglah kita sudah melalui satu gelombang perubahan yang hendak dilakukan oleh rakyat, namun apa yang berlaku di Bagan Pinang agak berbeza, kerana rakyat disana tidak terfikir yang mereka telah melakukan satu dosa dengan memilih seorang yang telah melakukan rasuah menjadi pemimpin mereka. tapi oleh kerana jasa yang tidak seberapa yang dilakukan oleh Isa ketika menjadi MB dulu telah menarik minat pengundi kepadanya, walaupun dia adalah perasuah.

Sebahagian diantara ahli Pas sendiri yang agak tidak menghiraukan akan keberkesanan Usrah yang dianjurkan, telah menyebabkan kita gagal dalam menyatukan kekuatan di dalam menjalan ukhwah sesama kita. Jihad yang kita lancarkan diBagan Pinang agak kurang sambutan dan ini bolehlah dianggap yang ramai lagi diantara kita ahli Pas tidak menghadirkan diri dalam Usrah dan majlis Pas yang dianjurkan, Bagaimana kita hendak diberi kemenangan oleh Allah jika kita tidak memperdulikan semua itu.

Tetapi Syabas diucapkan kepada semua petugas yang telah melakukan kerja yang begitu baik dan berdisiplin sehinggakan kita dapat menjaga tatasusila kita semasa meraih undi. Dan kepada petugas Pemuda Pas yang kena serang oleh pemuda Umno laknatullah itu diharap bersabar dan darah yang keluar Insya'Allah akan diberikan ganjarannya diAkhirat Kelak..Allhuakbar!!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...