Wednesday, October 21, 2009

Pemangku Raja Kelantan minta Petronas bayar royalti petroleum


KOTA BAHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.

Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.

"Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.

"Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usahausaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Baginda bagaimanapun yakin di bawah prinsip dan semangat persekutuan, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.

Titahnya pembayaran royalti itu nanti, baik tunggakan mahupun bayaran semasa akan meningkatkan pendapatan bagi Kelantan dan jika perkara itu terlaksana, kerajaan negeri dinasihatkan supaya membelanjakan royalti tersebut dengan sebaik mungkin.

"Beta difahamkan kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan pelantar yang paling hampir adalah dengan negeri ini.

"Beta juga berharap Petronas dan kerajaan Pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal-kapal ini berada di bumi Kelantan berdasarkan ia paling hampir," titahnya.

Menurut baginda, jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak di perairan Kelantan dapat dikembangkan sudah tentu ia dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara dan dapat menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.

Isu royalti minyak ini timbul apabila Kelantan menuntut sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat berdasarkan pelantar minyak itu dibina di perairan Kelantan.

Kerajaan pusat bagaimanapun sedang meneliti tuntutan Kelantan itu dan kini masih di peringkat kajian secara menyeluruh sama ada Kelantan berhak menerimanya. BERNAMA

Monday, October 19, 2009

Lelong! Lelong! siapa nak IBrahim Ali ....silakan.



Oleh Abu Syifa.

Siapa yang nakkan Ibrahim Ali silakan dan kepada Umno kalau nakkan sikatak ni silakan dan dialu-alukan berbuat demikian sebelum terlambat. Bayaran perpindahan adalah percuma dan boleh ambik dengan pengikutnya sekali kalu mahu.

Ibrahim Ali yang kini dalam dilema untuk membuat perpindahan dari menggunakan lambang Pas dan terus kembali kepada lubuk kubang umno. Kami dah meluat dengan dia ni, sape nak ambik je le. Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak "pisang berbuat dua kali". lapor malaysiakini.

Mengulas pandangan Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin, membukti yang beliau bimbang dengan kemasukkan semula Ibrahim Ali dalam Umno kerana takut pisang berbuah dua kali. Walaupun Majlis Tertinggi Umno mencadangkan menerima kembali Ibrahim Ali tetapi ada yang tidak bersetuju dan membantah dengan kemasukan orang yang lidah bercabang ini.

Untuk melepaskan beban Pas yang membenarkan beliau bertanding menggunakan lambang Pas, diharap umno menerimanya kembali dan diharap beliau meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen pasir Mas agar dapat di pertandingkan semula dan sudah pastinya kita akan lihat siapa yang akan memegang sebagai Ahli Parlimen Pasi mas kelak. Jika beliau yakin boleh menang dengan menggunakan tiket Bn, silakan dan kita bersedia untuk menghadapinya.

dan sekli lagi kita akan lelong budak ni kepada sesiapa yang berkenan....Lelong!lelong! untuk dipindahkan parti ...Ibrahim Ali.

Pemuda Obor Perjuangan...Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi

Dari Blog Episode Sebuah Perjuangan.


Tanggungjawab Pemuda Dalam Usia Sematang Ini :


1- Pemuda perlu mempersiapkan diri dari sekarang untuk keluar ke tengah medan bagi membantu menegakkan Islam di bumi Allah ini. Sesungguhnya Pemuda Adalah Obor Perjuangan.

2. Pemuda mempunyai peranan yang begitu besar dalam usaha untuk membantu perjuangan Islam. Peranan ini dapat dilihat berdasarkan peranan sahabat dalam menegakkan negara Islam.

3. Pemuda perlu mempunyai sifat tegas dan berani didalam diri. Sifat berani ini wujud di atas keyakinan bahawa perjuangan yang ditempuhi adalah bermatlamat mencari keredaan Allah dan melihat perlaksanaan syariat Islam dinegara ini. Ujian, mehnah dan tribulasi merupakan asam garam yang mesti dihadapi oleh setiap yang bergelar pejuang.

4. Kita wajib berusaha untuk menyatakan suara kita kepada rakyat agar rakyat peka dengan kewujudan kerajaan Alternatif yang mampu menggantikan Barisan National. Kita perlu membebaskan rakyat dari belenggu rasuah , kezaliman dan penyelewengan kuasa.

5. Kita mesti yakinkan rakyat dan pengundi bahawa pimpinan yang disediakan adalah berilmu, bertakwa, beriman, berkemahiran dan berpengalaman bagi menguruskan pentadbiran negeri atau negara . Pemuda PAS perlulah bekerja dengan lebih keras untuk menyedarkan rakyat betapa perlunya mereka membuat perubahan politik untuk memberi sokongan padu kepada PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

6- Jentera pilihanraya Pemuda memerlukan kepada perancangan yang teliti serta menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan kerana pilihanraya umum semakin hampir . Pemuda diseru agar merancang dan menyusun strategi disemua peringkat parti di negeri masing-masing kerana gerak kerja yang terancang dan tersusun serta bersemangat juang yang tinggi , insyaallah akan dapat membantu membuahkan hasil yang diidamkan , iaitu tertegaknya Daulah Islamiah di Malaysia.

7. Pemuda sebagai obor perjuangan telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama dimedan juang islam , berjihad menentang musuh Allah, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan seterusnya mempertahankan syakhsiah ummah tersebut.

8. Permasalahan Yang Perlu Disedari Bersama :

a. Krisis sosial yang berlaku dikalangan remaja , pencorak masa depan ummah amat membimbangkan kita. Keruntuhan Akhlak dan remaja dikalangan remaja adalah disebabkan anak muda terlalu didedahkan kepada dunia yang mencintai hiburan dan keseronokan , tetapi amat kurang memberi penekanan terhadap pemantapan akidah dan keimanan.

b. Kerajaan yang ada sekarang lebih berminat kepada projek-projek mewah dan pembangunan , tetapi tidak berminat untuk memulihkan kerendahan moral dan akidah termasuk membenteras gejala zina dan murtad yang semakin serius berlaku di negara kita. Sementara remaja kita sekarang banyak menjadikan artis-artis sebagai model ikutan mereka.

c. Majalah-majalah hiburan banyak memaparkan gambar-gambar separuh bogel dan sungguh mengaibkan. Eksploitasi wanita kian meningkat dan banyak aktiviti remaja yang menjurus kepada aktiviti yang tidak sihat termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.

9. Oleh Itu Pemuda :

* Sudah tiba masanya untuk kita bekerja keras bagi menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang agar generasi umat islam masa depan dapat diselamatkan, agar generasi Al Quran dapat dibentuk untuk menerajui negara pada masa akan datang.

* Harapan diutarakan agar Pemuda keseluruhannya tidak mengabaikan aspek pentarbiahan diri seperti USRAH , samada diperingkat cawangan, kawasan dan seumpamanya. Ianya perlu dilaksanakan demi melahirkan pemuda yang mempunyai daya juang yang tinggi.

* Cabaran arus politik dan permasalahan semasa amat memerlukan pembentukan peribadi pemuda yang faham terhadap Islam dan tuntutannya. Ianya hendaklah dilaksanakan melalui program peningkatan ilmu dan kesedaran yang mendalam terhadap Addin [ agama ] .

* Syakhsiah pemuda yang bergerak dalam jemaah semestinya jauh berbeza dari pemuda - pemuda lain. Bermula dari keterampilan diri hinggalah kepada kemampuan memimpin dan menggerakkan ummah dibawah panji-panji Islam.

* Pemuda hendaklah bersikap terbuka , tiada rasa rendah diri apabila berhadapan dengan masyarakat luar.

* Para pimpinan pemuda jangan mudah terpedaya dan diperalatkan oleh mana-man pihak yang kurang senang dengan perjalanan organisasi pemuda . Pemuda juga seharusnya bijak mengawal keadaan dan mempunyai pendirian yang tegas dalam mempertahankan prinsip perjuangan.

* Meskipun sibuk dengan aktiviti jemaah dan perjuangan , maka pemuda tidak seharusnya mengabaikan tugasan rumahtangga dan ahli keluarga . Sesungguhnya pemuda sebagai watak yang paling utama dan agung ialah mendidik generasi baru ke arah melahirkan generasi alquran.

10. Selagi Islam tidak dijadikan asas dalam sistem kehidupan , maka selama itulah kita akan melihat kepincangannya. Contoh :

a. Ekonomi yang tidak menentu mengakibatkan harga minyak dan barang semakin meningkat dan berganda seterusnya membebankan golongan berpendapatan rendah.

b. Pembangunan yang tidak seimbang melahirkan insan yang menjadi hamba kepada dunia dan mengabaikan akhirat .

Sunday, October 18, 2009

PAS perlu jadi kerajaan yang ditunggu

Harakahdaily melaporkan...

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi 'kerajaan yang ditunggu'.

Ini, katanya kerana perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita.

Tambahnya, keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan.

"Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-13 yang bertemakan "Berubah Untuk Kemenangan Islam" di Markas Tarbiah PAS Kubang Lembik, Manir, hari ini.

Image Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Harun Taib dan pengarah ijtimak, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh Umno kini semakin hampir kepada zaman kejatuhan sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya.

Beliau mengambil contoh Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana Umno dan BN di Malaysia.

Tambahnya, golongan yang jatuh itu akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat.

"Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan yang ditunggu," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa.

"Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya; pertama, adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi?" ujarnya lagi.

Selain itu, tanya beliau, adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah dan, ketiga, adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawan.

Image Katanya, persoalan-persoalan itu memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya.

"Insya Allah, tuan puan tidak berasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk menggarap persoalan-persoalan di atas dan mengatasi kekurangannya, seterusnya berhadapan dengan mereka yang menentang dan berniat jahat terhadap kita," katanya.

Tambahnya, ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan.

Justeru, katanya, kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri. _

Friday, October 16, 2009

Pahang diminta segera bayar saman, elak bebankan rakyat


harakahdaily melaporkan....

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man meminta kerajaan Pahang membayar segera saman berjumlah RM65 juta kepada syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) bagi mengelakkan wang rakyat terus dikorbankan.

Beliau berkata, sikap kerajaan yang melengah-lengahkan bayaran saman tersebut sejak sekian lama akan mendatangkan lebih banyak masalah kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan seperti yang diputuskan mahkamah.

"Saya harap kerajaan negeri menyelesaikan kes ini dengan menjelaskan hutang yang tertangguh kerana jika kerajaan lambat memjelaskannya, kadar interest (faedah) sebanyak RM8, 000 terus berjalan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahkamah Rayuan Putrajaya minggu lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2007 yang mengarahkan kerajaan negeri membayar saman kepada SGM kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 mengeluarkan satu perintah kepada kerajaan negeri supaya membayar ganti rugi berjumlah RM37, 127, 471.60 kepada SGM dengan kadar faedah 8 peratus setahun mulai Disember 2000 (jumlah keseluruhan RM60juta).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhkan keputusan mahkamah itu namun gagal dalam rayuannya.

Sehingga 7 April 2008, pihak defendan (Adnan dan kerajaan negeri) gagal membuat sebarang bayaran ataupun menghubungi SGM menyebabkan kedua-duanya dianggap melanggar dan menghina keputusan mahkamah.

Seterusnya pada 20 April 2008 Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah mandamus (perintah akur bayar) terhadap Adnan dan kerajaan negeri bagi melunaskan bayaran RM63 juta kepada SGM dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh itu.

Adnan sekali lagi memohon mengenepikan kes melalui Mahkamah Rayuan dan beliau dilepaskan dari membayar hutang tersebut.

Hutang sebenar kerajaan negeri sekarang sudah menghampiri RM65juta kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, meskipun mahkamah rayuan melepaskan Adnan daripada membayar hutang tersebut, namun kerajaan negeri tetap terpaksa membayarnya.

Ujarnya, keputusan mahkamah itu juga hanya untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri terus terbeban dengan hutang yang semakin meningkat sekaligus menyebabkan rakyat turut merasai tempiasnya.

"Keputusan mahkamah itu bersifat teknikal sahaja untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri tetap mengagung hutang," katanya.

Beliau juga mendakwa, akibat penyelewengan dan rasuah yang dilakukan kerajaan Umno BN menyebabkan wang rakyat terpaksa digunakan untuk menyelesaikan bebanan hutang.

"Disebabkan penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan negeri, rakyat yang terpaksa menanggung kerugian. Ini tak sepatutnya berlaku," tegasnya._


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...