Wednesday, January 27, 2010

Pelaburan KWSP bukan ditempat yang halal.....bagaimana dengan hasil deviden yang anda dapat.

oleh Abu Syifa....

KWSP melaburkan duit pencarum dalam banyak perniagaan yang tidak halal dan surat dibawah adalah bukti dimana kerajaan kurang mengambil perhatian dalam Hukum Hakam islam dalam perniagaan, melainkan hanya mengira untung......

Pencarum islam yang membiayai modal untuk perniagaan yang tidak halal......

Tepuk dada tanya selera......keuntungan dividen yang anda dapat didalam KWSP bagaimana statusnya... fikirkanlah.


Jawapan yang diberikan menampakkan tiada kesalahan besar yang dilakukan dan ini telah menjadi satu kebiasaan kepada mereka yang tidak takut dengan Neraka ALLAH..
Terimakasih kepada yang mengantarkan email ini untuk dimuatkan kedalam blog ini untuk tatapan umum.

Pakatan bantah Umno anjur 'Juara Rakyat' di sekolah

malaysiakini melaporkan...

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur didesak menjelaskan secara khusus sama ada program politik dibenarkan dianjurkan dalam kawasan sekolah.

Desakan itu dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat bahagian Segambut dalam memorandum bantahan bersama yang diserahkan kepada jabatan itu pagi ini.

Ia ekoran penganjuran program Juara Rakyat Ekspo Pendidikan Jalinan Mesra 1Malaysia oleh Umno bahagian Segambut di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut pada 24 Januari lalu.

Menurut ahli jawatankuasa PAS Segambut, Ishak Sidin, program itu jelas bermotifkan politik berdasarkan sepanduk dan logo parti yang tertera dalam program tersebut.

"Ini dapat dibuktikan melalui wujudnya Khemah Khas 'Jom masuk Puteri', promosi pada sepanduk program yang tertera logo 'Umno' dan 'BN 1Malaysia' serta kehadiran pemimpin BN yang memakai pakaian yang jelas mempunyai logo Umno - BN," katanya ketika memorandum bantahan tersebut, dalam satu sidang media.

"Kami memohon agar tindakan tegas dapat diambil sama ada memastikan keadaan ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Beliau berkata, sekiranya parti politik sememangnya dibenarkan menggunakan kawasan sekolah untuk mengadakan program seperti itu, peluang yang sama juga perlu diberikan kepada parti-parti daripada Pakatan Rakyat.

'Guru tak boleh berpolitik'


"Namun, seperti yang kita semua sedia maklum, Kementerian Pelajaran melalui (timbalan menteri pada masa itu) Datuk Razali Ismail telah mengeluarkan arahan agar guru-guru tidak berpolitik dan tidak membincangkan hal politik di sekolah," katanya lagi.

Program berkenaan dilaporkan telah dirasmikan oleh setiausaha politik kepada menteri Wilayah Persekutuan, M Sazali Kamilan dan turut disertai ketua Umno bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambak.

Dilaporkan, dalam program tersebut, 66 keluarga masing-masing menerima sumbangan RM100 dan juga kelengkapan sekolah.

"Lebih menyedihkan lagi, program ini telah mendapat sokongan daripada (antaranya) pihak PIBG (persatuan ibu bapa dan guru) sekolah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBJK) dan Jabatan Penerangan Malaysia," kata Ishak lagi.

Dalam sidang media yang sama, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata anjuran program Juara Rakyat itu menunjukkan pihak sekolah mengamalkan 'pilih kasih' dalam memberi kebenaran kepada ahli politik untuk menjalankan aktiviti di dalam sekolah.

Katanya, beliau telah dihalang memasuki tiga sekolah di kawasan tersebut pada Oktober tahun lalu untuk mengedarkan topeng muka bagi mencegah jangkitan H1N1 kepada pelajar.

"Sebaliknya saya hanya dibenarkan mengedarnya di luar kawasan sekolah. Itulah layanan yang diberikan kepada saya sebagai ahli parlimen," katanya.

Sunday, January 10, 2010

Hadi Kutuk perbuatan bakar gereja

Malaysiakini melaporkan......

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyerang tiga buah gereja dengan bom api di Lembah Klang semalam.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas meninjau kerosakan bangunan gereja Metro Tabernacle di Wang Maju hari ini.

Malah, kata Abdul Hadi, sewaktu perang pun umat Islam dilarang memusnahkan tempat ibadat, "apatah lagi ketika kita hidup dalam aman".

Beliau ditemani timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Mereka adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang melawat bangunan gereja tersebut.

Dalam kejadian tengah malam semalam, pejabat pentadbiran di tingkat bawah bangunan gereja tersebut hangus terbakar.

Kerosakan tersebut sangat teruk sehingga mengakibatkan keseluruhan bangunan tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula dijadual melawat bangunan gereja itu pada jam 5 petang ini.

Pemuda Pas Perak kutuk bom gereja di Taiping

Harakahdaily melaporkan......

Dewan Pemuda PAS Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan bom api ke Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis, dekat Taiping awal pagi ini.

Sehubungan itu, setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss meminta pihak berkuasa melakukan penyiasatan segera terhadap tindakan yang melampau itu.

"Pemuda PAS Perak berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi seperti ini," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily tengah hari ini semasa dalam perjalanan melawat tempat kejadian.

Tambahnya, sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan mengganggu kenteraman awam mestilah ditentang oleh rakyat berbagai agama dan bangsa serta di semua peringkat umur dan tahap pendidikan.

"Justeru, Pemuda PAS Perak mengharapkan segala langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini diambil dengan secepat mungkin dengan mengambil kira semua aspek," ujarnya.

Saturday, January 9, 2010

Perhipunan aman Palestin......Jumaat 8/1/2010

single_breath blog melaporkan.........

08 January 2010

Sekitar Himpunan Palestin 8/1/2010



Berhimpun di hadapan Masjid Tabung Haji sebelum berarak ke kedutaan Mesir

Beberapa pimpinan Pemuda PAS pusat kelihatan hadir


Pemerhati dari atas..

Bergerak ke kedutaan Mesir


Di anggarkan sejauh 4-5km perjalanan ke kedutaan Mesir dari masjid Tabung Haji

Wakil rakyat Palestin diberi peluang berucap


Pres.Gamis turut berucap





Ust.Nasrudin Tantawi






Tiba di kedutaan Mesir

Ucapan dan penyerahan memorandum

Terima kasih pak polisi kerana menjaga keselamatan kami

Ust Idris Ahmad menyampaikan ucapan

Perhimpunan berakhir pukul 3.30 ptg

Syukur Alhamdulillah di panjatkan ke atas ilahi. Tamat sudah perhimpunan aman Palestin pada hari ini. Perhimpunan yang paling aman, bebas dari basahan water-cannon dan kepedihan gas pemedih mata. Perhimpunan ini bukan sekadar di lakukan di Malaysia, malah turut berlangsung di seluruh dunia, ia memberi tamparan hebat terhadap kerajaan Mesir dan Israel khususnya di sebabkan tindakan zalim mereka terhadap rakyat Palestin yang saban hari di tindas begitu teruk. Bayangkan betapa zalimnya kerajaan mesir pimpinan Hosni Mubarak yang menjadi agen kepada Israel, menjadi anjing kurap yang sanggup tunduk kepada Israel. Apabila di tanya mengapa kerajaan mesir tidak membenarkan aktivis viva Palestina memasukki Palestine, jawab Hosni Mubarak, "
kami (kerajaan Mesir) akan membenarkan setelah mendapat keizinan Israel". Moga Allah mengampuni dosa mereka, atau moga Allah melaknat segenap mereka yang menjadi agen dan balaci-balaci Yahudi dan Israel. Khaibar Ya Yahud!!




p/s: bagaimanalah keadaan demo yang satu lagi tu...

Tuesday, January 5, 2010

Kenyataan rasmi Prisiden PAS mengenai isu Kalimah Allah



بسم الله الرحمن الرحيم

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’

Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Saturday, January 2, 2010

Naik harga gula: 'Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan'

Harakahdaily melaporkan....

KUALA LUMPUR, 1 Jan:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dicadangkan menukar tema 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kepada tema yang baru - 'Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar memberi cadangan sinikal tersebut sebagai respon pada keputusan kerajaan menaikan harga gula RM0.20 bermula 12 tengah malam semalam.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Pokok Sena berharap rakyat menilai semula slogan 1Malaysia Najib dan sistem Aras Tanda Pencapaian (KPI) kerajaan yang kononnya demi kepentingan rakyat.

Selain mengkritik Najib, Mahfuz juga mendakwa keputusan yang diambil oleh Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri bukanlah keputusan terbaik demi kepentingan rakyat.

"Ia tidak bantu meningkat pendapatan rakyat, kenaikan harga gula akan tinggalkan kesan berantai pada kenaikan harga susu, tepung, roti, biskut dan barang keperluan rutin yang lain," jelasnya.

Dakwanya, kenaikkan harga gula itu mengambarkan bahawa kerajaan seolah-olah sedang mengurangkan subsidi gula dengan membiarkan pemegang permit kebenaran (AP) tertentu sahaja mengimport gula.

Tambahnya lagi, kerajaan sepatutnya melonggarkan undang-undang kastam dengan membenarkan rakyat tempat mengakses barang-barang asasi, termasuk gula untuk kegunaan rutin dari negara-negara jiran.

Dengan berbuat demikian, beliau berkata, mampu memberikan rakyat suatu tawaran harga paling minima dan murah kerana para pembekal barang-barang asasi terpaksa bersaing memenuhi keperluan rakyat.

Ianya sekaligus, memecahkan blok monopoli oleh kapitalis tertentu dan mengukuhkan blok konsumerisme rakyat di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, sebelum ini, harga sekilo gula di Malaysia dan kepulauan Borneo masing-masing adalah RM1.45 dan RM1.55.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...