| | |
| TELOK KEMANG, 7 Okt: Seperti dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) turun bertemu rakyat bagi menjelaskan pengkhianatan Umno terhadap bahasa ibunda, di sini. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said malam tadi, menegaskan perjuangan memansuhkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tetap relevan selagi ada anak bangsanya sendiri berusaha mematikan budi bahasa ibunda dalam sistem pendidikan negara. Beliau juga mengakui perjuangan GMP berada dalam suatu periodisasi yang lama - sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu. Bagaimanapun, usaha memansuhkan akta itu perlu dilakukan serta-merta, demi menyelamatkan survival bahasa, pendidikan serta pelajar sendiri dari menjadi korban dasar itu. Beliau yang lebih dikenali khalayak sebagai Pak Samad berharap kempen GMP kali ini akan memberi impak yang lebih besar dalam kalangan rakyat. Beliau juga berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengetuai Kementerian Pelajaran agar kembali meletakkan bahasa Ibunda (bahasa Melayu) pada luhur perlembagaan. Setiausaha GMP Hasni Abbas yang ditemui kemudian memaklumkan, sukarelawan GMP akan berkampung di N31 sehingga Jumaat ini. Mewakili Pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad, Hasni telah menghantar surat janji temu kepada Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jentera Umno BN, di sini. Selebihnya, terpulanglah kepada Timbalan Perdana Menteri itu untuk membuat perhitungan. Jika PPSMi tidak dimansuhkan serta-merta, beliau berharap pengundi N31 sekali lagi memberi pengajaran pada parti pemerintah; sama seperti beberapa pilihanraya kecil Lalu. Ditanya tentang mekanisma kempen kali ini, Husni berkata,fokus GMP adalah rakyat Melayu luar bandar. Dalam perkembangan berkaitan, didapati calon Pakatan Zulkefly Mohamad Omar atau calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing masih tidak menyentuh isu nasional itu, dalam siri-siri kempen mereka. Pun begitu, kempen GMP yang dilaporkan bermula semalam, dijangka sedikit banyaknya mengganggu emosi 66 peratus pengundi Melayu, di sini. Keputusan kabinet Julai lalu, memansuhkan akta itu secara berperingkat sehingga 2012 ini nampaknya masih meletakkan Umno BN terus dalam tanggapan bersalah. - m |
Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta Ijmak dan Qias yang terang dan nyata
Wednesday, October 7, 2009
Mansuh PPSMi atau berdepan GMP!
Tuesday, October 6, 2009
Bagan Pinang: Larang Non Muslim menbaca Al Quran......Umno tak tahu nak berdakwah
"Ahli Parlimen Bagan Serai, N. Gobalakrishnan menggunakan petikan ayat suci al-Quran ketika berkempen kerana ia bertujuan untuk menguatkan hujah sewaktu berceramah".kata Salahuddin Ayup.
Utusan cuba untuk memperkatakan isu ini lagi, orang bukan Muslim membaca Al Quran dalam ceramah. dan menyatakan yang Pas menghalalnya. Disini ada ana ambil dari Ustaz Hazmi Dibok membahaskan masalah ini.
Dipetik dari blog Ustaz Hazmi Dibok
http://hazmidibok.blogspot.comSaya diajukan soalan oleh seorang sahabat berhubung dengan LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QUR’AN UNTUK TUJUAN POLITIK.Saya sebenarnya belum membaca apakah hujjah yang digunakan oleh pihak yang melarang perkara tersebut.
Pandangan peribadi saya, isu ini harus diperincikan dan diasingkan mengikut topic-topik. Sekiranya larangan itu semata-mata larangan kepada orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak bersetuju. Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam. Ia adalah risalah rahmat buat seluruh alam. Ia adalah kitab petunjuk buat seluruh manusia, bukan orang Islam semata-mata (terlalu banyak dalil dalam Al-Quran tentang perkara ini). Bagaimana orang Islam boleh mengetahui dan mengenal Islam tanpa membaca Al-Quran? Mungkin ada yang berpandangan mereka (orang bukan islam) boleh baca Al-Quran terjemahan, tanpa membaca teks asal Al-Quran di dalam bahasa arab. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam dari kalangan bangsa arab? Apa terjemahan yang mereka nak baca, sedangkan
mereka berbangsa dan berbahasa arab?
Apakah tujuan larangan tersebut? Adakah kerana bimbang orang bukan Islam tersebut membaca Al-Quran dengan sebutan yang tidak fasih atau salah tajwid, sedangkan terlalu ramai orang Islam yang tidak fasih membaca Al-Quran dan tidak pandai bertajwid..adakah kita perlu larang juga mereka dari membaca Al-Quran? Orang bukan islam tidak diwajibkan ke atas mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana taklif syarak hanya ke atas orang Islam…
Sekiranya larangan non-muslim tersebut semata-mata bacaannya bermotifkan politik,ia juga mesti terpakai kepada orang Islam. Maknanya orang Islam juga perlu dilarang dari membaca ayat Al-Quran dengan motif politik. Mengapa hanya non-muslim sahaja yang terlarang? Soalnya, salahkah membaca ayat Al-Quran bagi tujuan politik? Apa masalahnya dengan politik? Adakah kerana politik itu semata-mata urusan dunia? Kalau begitu, bagaimana pula dengan bab ekonomi, sains dan sebagainya yang banyak terdapat di dalam Al-Quran? Adakah tidak boleh dibaca juga kerana semuanya urusan dunia?
Saya semakin bingung atas larangan ini. Saya bimbang, sekiranya LARANGAN NON-MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN BERMOTIFKAN POLITIK itu, walaupun alasannya bertujuan menjaga maslahat agama, AKHIRNYA mengakibatkan non-muslim semakin jauh dengan Al-Quran dan Islam. Saya bimbang jika larangan yang kononnya atas maslahat agama itu sendiri sebenarnya sangat bermotifkan politik… yang rugi akhirnya adalah dakwah Islam!
Sunday, October 4, 2009
Bagan Pinang bukti Umno berpura-pura tentang rasuah, kata Nik Aziz
| Harakahdaily melaporkan.... | |
| Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap Umno-BN berpura-pura dalam usaha membanteras rasuah dan politik wang, bahkan konsep "1Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan" seolah-olah menghalalkan rasuah dan politik wang. Ini jelas apabila Umno memilih Tan Sri Isa Samad yang disabitkan rasuah sebagai calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti dan ianya mendapat sokongan kerajaan terutama Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. "Itu menunjukkan ia (usaha Umno-BN berjuang hendak menghapuskan rasuah dan politik wang) sekadar buat-buat. "Kerajaan sekarang yang bercita-cita menghapuskan rasuah itu sebenarnya sekadar buat-buat saja, bukan sebenar, bahkan mereka menunjuk-nunjuk di hadapan rakyat saja, hakikatnya mereka terbabit dengan rasuah," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan. Beliau berkata, selagi manusia tidak takut kepada neraka maka sehingga itulah mereka akan melakukan maksiat termasuk melakukan rasuah, pembunuhan, terbabit dengan dadah atau melakukan penangkapan dengan menggunakan ISA terhadap mangsanya. Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahli Jawatankuas PAS Pusat Datuk Haji Husam Musa menyokong kenyataan yang dibuat Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pemimpin seperti Tan Sri Isa sepatutnya tidak lagi mendapat tempat sebagai calon mana-mana parti termasuk BN. "Akan tetapi oleh kerana BN masih menganggap bahawa politik wang dan rasuah adalah sesuatu yang tidak apa-apa, sesuatu yang tidak merupakan kesalahan besar, maka sebab itu mereka memilih Isa. "Dan ini mengukuhkan lagi anggapan umum bahawa BN memang mendukung konsep politik wang dan politik rasuah," katanya kepada pemberita sele[as menghadiri majlis meraikan keluarga mangsa ragut (yang meninggal) dari Bachok di sebuah hotel di sini baru-baru ini. "Saya fikir pengundi-pengundi Bagan Pinang (bagi Pilihan Raya Kecil pada 11 Oktober nanti) adalah pengundi yang terpelajar dan ada kesedaran politik. "Mereka walau pun menyokong BN tetapi calon BN adalah satu calon yang tidak menggambarkan sebuah harapan untuk memilih pemimpin-pemimpin yang benar-benar bersih, saya yakin pengundi BN di Bagan Pinang akan mengundi calon Pakatan Rakyat. "Kita serahkan atas kebijaksanaan para pengundi Bagan Pinang untuk memilih satu calon yang bersih. "Dan saya yakin tempoh kempen yang ada (itu) membolehkan rakyat Bagan Pinang menilai (sendiri) calon mana yang patut mereka sokong untuk memimpin mereka," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad menyifatkan bahawa Umno-BN tidak ada moral. Beliau mengulas sikap rakyat yang tidak mahu mengekalkan calon (wakil rakyat) yang tidak bersih, namun apa yang berlaku sekarang termasuk di Bagan Pinang, orang perasuah pun dicalon dan dipilih untuk menjadi wakil rakyat. "Itu tradisi Umno-BN. Umno-BN tidak ada moral. "Ini kerana calon Umno-BN di Bagan Pinang itu telah pun didapati bersalah oleh Umno (sendiri) dan bukan oleh mahkamah. "Jawatankuasa Disiplin Umno telah menghukum pihak berkenaan telah menggunakan politik wang, membeli (meraih sokongan), maka dilucutkan jawatan naib presidennya pada ketika itu. "Dan sekarang ini diletakkan balik (diangkat semula). Ini bermakna, kalau Umno buat apa pun, tak apa. No pragmatism, apa pun tak apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasir Mas semalam selepas menyaksikan sekumpulan lebih 1,000 orang mengadakan demontarasi aman menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali supaya meletakkan jawatan kerana menghentam PAS. "Rakyat sekarang ini dah cerdik. Pengundi-pengundi di Malaysia ini semuanya boleh diaktakan lapan puluh peratus berkelulusan menengah/SPM dan dengan itu dapat berfikir dengan matang. "Kalau inilah calon (yang didapati bersalah oleh Umno), yang diletak sebagai calon (kemungkinan akan menjadi wakil rakyat ditakdirkan menang), kalau dia boleh menipu Umno, maka saya fikir dia boleh menipu rakyat, mudah saja, itu logiknya. "Sesungguhnya kita (PAS dan Pakatan Rakyat) mahukan calon yang bersih dan yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat umum bahawa calon itu bekerja untuk rakyat dan untuk Malaysia seluruhnya," katanya. _ |
Saturday, October 3, 2009
Pas vs UBN dan undi pos di Bagan Pinang

Oleh Abu Syifa.
Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS Zulkefly Mohd Omar .Pengumuman itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin.
Dengan kelebihan yang ada pada UBN iaitu pengundi pos akan memberi jalan mudah untuk UBN menang di Bagan Pinang. Ini bermakna Pas akan berdepan dengan UBN dan juga undi Pos. Walaupun sudah lama dan begitu serius untuk menghapuskan undi pos namun ianya dihalang oleh belaan UBN iaitu SPR.
Untuk memastikan UBN menang di Bagan Pinang SPR sebagai pemangkin kemenangan tersebut akan melakukan apa saja dan akan menghalalkan apa saja yang akan dilakukan oleh UBN dan tidak ketinggalan akan memastikan 4,604 undi pos menjadi hak mutlak UBN.
Pas akan berkerja dengan lebih keras lagi untuk menawan kubu kuat UBN itu dari perasuah Tan Sri Isa Samad. Pakatan Rakyat telah menghantar seberapa ramai pekerja pilihanraya yang mana telah diusahakan bermula sejak beberapa hari yang lalu. Walaupun kemenangan nampaknya tipis tapi prasiden Pas Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi tetap yakin yang Pas akan memenangi PRK di N31 Bagan Pinang.
Thursday, October 1, 2009
Isu SELCAT: PAS dakwa media cuba laga pemimpinnya
Isu berkaitan Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat PAS, kata seorang pemimpin kanan parti itu.
Ketua penerangan PAS Idris Ahmad berkata isu itu timbul kerana giat dilaporkan media yang didapatinya cuba "melaga-lagakan" pemimpin-pemimpin parti itu.
"Sebenarnya tak ada apa, cuma perkara ini diulas dengan lama dalam media. Cuma media yang dok laga-lagakan pemimpin-pemimpin ini. Bila jumpa (bercakap dengan) orang berbeza dia akan nampak seolah-olah bertelagah dan bergaduh sesama sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Beliau juga berkata, PAS tidak pernah membuat pendirian berhubung isu SELCAT manakala pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga tidak pernah menyatakan pendirian berhubung soal berkenaan, dalam mana-mana mesyuarat PAS..
"Itu bukan pendirian PAS, kita tak pernah bincang dalam mesyuarat," katanya ketika ditanya sekiranya isu-isu berkaitan SELCAT ditimbulkan dalam mesyuarat perhubungan PAS Selangor pada Isnin.
"Dalam mesyuarat PAS tak pernah bincang, isu SELCAT tidak pernah dibincang... Setakat ini pendirian PAS berkenaan SELCAT, ia mesti diteruskan," kata Idris lagi.
"Kita setuju, siapa kata kita tidak setuju sebab ini kerajaan kita dan kita buat keputusan bersama. Cuma masalahnya hanya dari segi mekanisme pelaksanaannya (SELCAT) untuk wujudkan kerajaan yang telus. Itu memang janji kita pada masyarakat," jelasnya lagi.
Ditanya lagi mengenai kenyataan Hasan Ali yang dilaporkan telah menggesa Selcat membuat rombakan, Idris berkata: "Saya tidak boleh komen sebab tidak dengar daripada mulut dia."
"Sama ada itu pendirian peribadi atau bukan peribadi, saya tidak boleh kata sebab tidak dengar daripada ucapan mulut dia. Kita tidak pernah bincang tentang SELCAT dalam mesyuarat PAS, ini tidak ada," katanya.
Sehubungan itu, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula menjelaskan coretan blognya yang dilaporkan Malaysiakini semalam bukanlah berkaitan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Isnin - apabila satu pertemuan khas bersama pihak-pihak berkepentingan dengan isu berkenaan, diadakan di Shah Alam.
"Sebenarnya amat tidak wajar kalau kita sebagai seorang ahli exco yang bermesyuarat dengan exco, tiba-tiba di luar mesyuarat menyerang kembali usaha kerajaan," kata Khalid dalam tulisannya di www.khalidsamad.com itu.
"Sekiranya sebagai back-bencher, tidaklah bermasalah sangat. Samalah juga seperti seorang ahli dewan harian, bermesyuarat dengan dewan harian, tetapi di luar bantai balik dewan harian," tulisnya lagi.
Khalid menjelaskan, tulisan itu sememangnya melaporkan mengenai tindakan Hasan Ali yang mengeluarkan kenyataan tanpa mengambilkira kedudukan sebagai exco.