"Ahli Parlimen Bagan Serai, N. Gobalakrishnan menggunakan petikan ayat suci al-Quran ketika berkempen kerana ia bertujuan untuk menguatkan hujah sewaktu berceramah".kata Salahuddin Ayup.
Utusan cuba untuk memperkatakan isu ini lagi, orang bukan Muslim membaca Al Quran dalam ceramah. dan menyatakan yang Pas menghalalnya. Disini ada ana ambil dari Ustaz Hazmi Dibok membahaskan masalah ini.
Dipetik dari blog Ustaz Hazmi Dibok
http://hazmidibok.blogspot.comSaya diajukan soalan oleh seorang sahabat berhubung dengan LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QUR’AN UNTUK TUJUAN POLITIK.Saya sebenarnya belum membaca apakah hujjah yang digunakan oleh pihak yang melarang perkara tersebut.
Pandangan peribadi saya, isu ini harus diperincikan dan diasingkan mengikut topic-topik. Sekiranya larangan itu semata-mata larangan kepada orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak bersetuju. Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam. Ia adalah risalah rahmat buat seluruh alam. Ia adalah kitab petunjuk buat seluruh manusia, bukan orang Islam semata-mata (terlalu banyak dalil dalam Al-Quran tentang perkara ini). Bagaimana orang Islam boleh mengetahui dan mengenal Islam tanpa membaca Al-Quran? Mungkin ada yang berpandangan mereka (orang bukan islam) boleh baca Al-Quran terjemahan, tanpa membaca teks asal Al-Quran di dalam bahasa arab. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam dari kalangan bangsa arab? Apa terjemahan yang mereka nak baca, sedangkan mereka berbangsa dan berbahasa arab?
Apakah tujuan larangan tersebut? Adakah kerana bimbang orang bukan Islam tersebut membaca Al-Quran dengan sebutan yang tidak fasih atau salah tajwid, sedangkan terlalu ramai orang Islam yang tidak fasih membaca Al-Quran dan tidak pandai bertajwid..adakah kita perlu larang juga mereka dari membaca Al-Quran? Orang bukan islam tidak diwajibkan ke atas mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana taklif syarak hanya ke atas orang Islam…
Sekiranya larangan non-muslim tersebut semata-mata bacaannya bermotifkan politik,ia juga mesti terpakai kepada orang Islam. Maknanya orang Islam juga perlu dilarang dari membaca ayat Al-Quran dengan motif politik. Mengapa hanya non-muslim sahaja yang terlarang? Soalnya, salahkah membaca ayat Al-Quran bagi tujuan politik? Apa masalahnya dengan politik? Adakah kerana politik itu semata-mata urusan dunia? Kalau begitu, bagaimana pula dengan bab ekonomi, sains dan sebagainya yang banyak terdapat di dalam Al-Quran? Adakah tidak boleh dibaca juga kerana semuanya urusan dunia?
Saya semakin bingung atas larangan ini. Saya bimbang, sekiranya LARANGAN NON-MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN BERMOTIFKAN POLITIK itu, walaupun alasannya bertujuan menjaga maslahat agama, AKHIRNYA mengakibatkan non-muslim semakin jauh dengan Al-Quran dan Islam. Saya bimbang jika larangan yang kononnya atas maslahat agama itu sendiri sebenarnya sangat bermotifkan politik… yang rugi akhirnya adalah dakwah Islam!
No comments:
Post a Comment