Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta Ijmak dan Qias yang terang dan nyata
Thursday, December 16, 2010
UMNO ugut rakyat untuk terus perintah negara: Nizar
SHAH ALAM – UMNO didakwa mengugut rakyat berkenaan kenyataan tiada parti politik lain boleh menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melainkan Barisan Nasional (BN) dan parti komponennya.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ugutan tersebut dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada baru-baru ini.
“Kalau BN tidak boleh menang, kami akan pastikan tiada parti lain juga yang boleh menang dalam pilihan raya nanti.
“Ini adalah satu ungkapan dahsyat oleh Najib semata-mata untuk meneruskan hasrat memerintah negara,” katanya ketika berucap dalam ceramah PR semalam.
Menurutnya, Najib menegaskan BN akan tetap mempertahankan Putrajaya tidak kira apa yang berlaku termasuk peralihan kuasa pemerintahan.
“Tindakannya untuk mengugut rakyat supaya jangan berani menyokong PR dalam pilihan raya akan datang.
“Malahan janji mereka untuk membuat kekacauan dan rusuhan kaum terhadap semua negeri yang ditadbir PR namun sehingga kini semuanya tetap selamat,” katanya.
Nizar berkata, kejadian rampasan kuasa di Perak antara contoh BN melakukan kekecohan di negeri yang ditadbir PR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment