Wednesday, November 16, 2011

UKM4: Pensyarah batal kuliah, bagi rakan sokong

Walaupun keputusan mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Mahkamah Tinggi tidak menyebelahi mahasiswa UKM4, namun mereka menyifatkan mendapat satu "kemenangan moral" kerana banyak pihak memberi sokongan dan bantuan.

Ini termasuk pensyarah juga membatalkan kuliahnya bagi membolehkan pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hadir memberi sokongan sewaktu keputusan mahkamah itu diumumkan pada 28 September tahun lalu.

ukm 4 challenge auku uuca 280910 banners"Kami begitu berbangga walaupun keputusan Mahkamah Tinggi tidak menyebelahi pihak kami, tetapi tidak ada sedikit pun rasa kesal dalam diri kami.

"Lebih-lebih lagi, sokongan kawan-kawan, bagi saya (cukup) membanggakan. Satu kelas kawan-kawan sains politik datang. Pensyarah batalkan kelas untuk (membolehkan mereka) pergi sokong kawan-kawan (UKM4).

"Itu memang satu perkara, pada pandangan kami sangat menggalakkan. Walaupun tewas di situ tetapi, kami menang moral, kami menang dari segi advokasi memberi kesedaran kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain," kata Muhammad Hilman Idham.

Ketika diwawancara oleh Malaysiakini, beliau berkata mereka banyak menimba pengalaman dan menerima kesan, termasuk juga rakan-rakannya, sejak mereka dihadap ke mahkamah universiti kerana didakwa berkempen dalam pilihan raya Hulu Selangor sehingga mencabar akta itu di mahkamah.

NONEIni termasuklah memastikan kempen memansuhkan AUKU berjalan dengan teliti, kemampuan mengurus isu, kemampuan rakan mereka menulis kenyataan media, mempelajari proses mahkamah serta membina jaringan lebih luas dengan media, peguam dan NGO, tambahnya.

Sementara itu Woon King Chai - seorang lagi UKM4 yang hadir dalam wawancara tersebut - berkata beliau juga dapat memahami bahawa perjuangan menegakkan kebenaran dan hak asasi "adalah proses yang mengambil masa panjang dan tidak boleh tergesa-gesa".

Kebebasan baru

"Kita merasakan keputusan itu, akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang, lebih daripada kami berempat, (iaitu) kepada semua mahasiswa di Malaysia yang akan datang dan sekarang. Dan mereka menikmati kebebasan yang baru ini," katanya.

NONEMenurutnya, setiap sektor dalam masyarakat - masyarakat sivil, NGO, ahli keluarga, ahli politik telah memainkan satu peranan sama ada kecil atau besar dengan memberi bantuan dan sokongan sepanjang kes UKM4 ini berlangsung.

Ditanya sama ada mereka menjangka keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober itu adalah tidak sah mengikut perlembagaan, mereka berkata "tidak menjangka" bahawa keputusan itu akan dibuat oleh mahkamah itu.

Muhammad Hilman mendakwa banyak pergulatan atau kontroversi dalam sistem kehakiman negara, manakala Woon pula menjelaskan wujud kecenderungan banyak kes yang mencabar akta-akta yang bercanggah dengan perlembagaan itu menemui kegagalan.

"Kita pun tahu trek rekod bahawa kemungkinanya (untuk menang) adalah sangat rendah. Tetapi kerana kita percaya, kita yakin bahawa perkara ini memang bercanggah dengan hak asasi kami," celah Woon.

Ditanya berhubung masa depan kebebasan akademik di negara ini, Muhammad Hilman yakin perkara tersebut akan berlaku kerana prosesnya kini berlangsung dengan perlahan-lahan.

Stigma masyarakat

"Ada baiknya kerana bila proses berlaku secara perlahan-lahan (kerana) ia akan merebak dengan cara yang lebih teratur dan lebih bagus kalau perubahan itu difahami oleh rakyat, katanya.

NONEManakala Woon pula menyifatkan kemaraan mahasiswa memperjuangkan kebebasan akademik termasuk AUKU "tidak boleh disekat-sekat lagi" kerana kesedaran masyarakat termasuk pelajar dan pensyarah telah berdiskusi dan mengambil pendirian tentang isu itu.

"Itu adalah langkah pertama ke arah pembentukan sebuah masyakat yang demokratik, matang dan yang mampu berbicara (serta) berdiskusi idea.

"Dan itulah langkah yang sihat dan dalam masa lima tahun, 10 tahun, 20 tahun akan datang, apa yang berlaku hari ini akan memberikan kesan (pada) masa depan," katanya.

Mengulas berhubung penggantungan tugas pensyarah UIA Prof Abdul Aziz Bari baru-baru ini, kedua-dua mahasiswa itu tidak bersetuju dengan tindakan kampus berkenaan.

NONEMalah, Woon menyifatkannya sebagai "satu stigma" masyarakat dan universiti yang dibentuk oleh AUKU bahawa peranan pensyarah hanya dalam satu lingkungan sahaja.

"Saya rasa tak sepatutnya sebegitu kerana bagi seorang pensyarah, pengalaman, permahaman terhadap fenomena sosial itu penting untuk kami sebagai ahli masyarakat sendiri (yang) hendak memahami masyarakat sekeliling," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...