Monday, August 3, 2009

Catatan Perjalanan Himpunan Mansuhkan ISA - Siri 2

Memenuhi masa terluang sebelum semboyan dilaungkan dengan zikrulLah dan bacaan Al-Quran. Inikah orang yang dianggap mengganggu gugat keselamatan negara? Yang berhimpun rata-ratanya golongan muda dan mudi yang berkopiah dan bertudung litup. Tak pernah terlibat dengan rasuah, skandal, letup meletup orang dan sebagainya. Mereka berarak ketika perhimpunan pun dengan laungan membesarkan Allah dan kalimat toiyyibah Laa Ilaha IllalLah! Kalimah ini gagal dihayati oleh haiwan bertopeng manusia yang tidak berakal!

Perbincangan dilakukan antara pimpinan himpunan dengan pihak polis bagi membenarkan laluan kami untuk berarak secara aman terus di istana negara. Permohonan tidak dihiraukan malah kami ditengking dan diherdik seperti haiwan. Tiada langsung rasa hormat kepada kami sebagai pembayar cukai yang menjadi antara punca gaji mereka dibayar. Entah apa yang disuapkan ke dalam otak mereka ini tentang kami oleh pimpinan polis dan BN. Sebahagian dari kami adalah anggota masyarakat dan warga negara yang turut menyumbang kepada kebaikan. Di kalangan kami ada guru dan pensyarah yang mengajar hatta anak-anak polis itu sendiri. Di antara kami ada ustaz dan ustazah yang memenuhi masa dalam hidup kami membantu pihak keselamatan menasihati dan mendidik masyarakat awam serta anak-anak muda dari jenayah, dosa dan mungkar. Sebahagian dari kami adalah ibu bapa yang sering mentarbiyah anak kami agar menjadi manusia yang berguna.. jangan jadi orang jahat seperti pemimpin UMNO dan BN. Wahai polis, apa jahatnya kami???

Apabila pergerakan ke istana negara terhalang, kami mengambil keputusan berarak ke arah Sogo atau Masjid Jamek bagi bersatu dengan himpunan kawan-kawan kami di sana yang katanya 2-3 kali ganda dari bilangan kami di masjid negara. Ini bukti yang jelas bahawa kami tidak menginginkan pertembungan dengan pihak keselamatan. Kalau ingin bertempur, di depan masjid negara lagi kami sudah rempuh sekatan yang dilakukan. Tetapi kami manusia, bukan seperti mereka...

Inilah suasana perarakan kami dari masjid negara. Masih ada yang kata bilangan yang berhimpun adalah sedikit. Saksikan sendiri gambar ini. Ini hanya kumpulan yang berarak dari masjid negara. Sedangkan kami dimaklumkan bahawa di hadapan Sogo, Pejabat Pas jalan Raja Laut dan di hadapan masjid Jamek jauh lebih ramai 2 hingga 3 kali ganda dari bilangan kami. Ketika gambar ini diambil, kami semakin dekat untuk bergabung dengan teman-teman kami di Sogo. Tetapi terhalang oleh a****g BN berkepala merah bersama senapang gas pemedih mata dan trak air kimia mereka.

Bagi mengelak pertempuran kami memilih untuk berpindah dari jalan atas ke jalan bawah. Di jalan bawah kami hanya terpaksa berhadapan dengan polis biasa yang berpakaian biru yang rata-ratanya anak muda yang seperti baru direkrut sebagai polis. Kami semakin tekad. Tiada jalan lain. Di sebelah kiri jalan, tebing tinggi dan diatasnya balai polis yang berpagar. Di sebelah kanan kami pula gaung curam yang menuju ke dataran merdeka. Di depan kami adalah benteng polis yang menghalang laluan. Kami terpaksa merempuh halangan tersebut. Berpatah balik, belum masanya. Kami harus mencuba, membunuh rasa takut!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...