Inilah anak-anak muda polis yang akhirnya menghindar ke tepi apabila menghadapi rempuhan ribuan peserta himpunan kami. Kasihan melihat kelibat mereka, walaupun terbetik juga rasa benci dengan ketololan mereka. Komen saya, usahlah dibuat menantu, tunang atau suami. Hidup penuh dengan celaan, sumpahan, caci maki dan doa mereka yang terzalimi. Kami semakin dekat dengan teman-teman di Sogo dan masjid Jamek. Tiba-tiba dari arah depan terdengar bunyi tembakan. Rupa-rupanya, peluru asap pemedih mata telah dimuntahkan beberapa das..
Kami masih tidak berganjak dengan tembakan awal tersebut. Sebahagiannya sudah biasa dan sebahagiannya menunggu arahan dari komanden himpunan samada terus atau berundur. Kaum wanita dan anak-anak diminta bersiap siaga serta berundur lebih awal sedikit. Teman-teman Unit Amal di barisan hadapan menghadapi tembakan pemedih mata tersebut..
Keadaan semakin ganas. Keganasan itu hanyalah di pihak keselamatan sahaja tanpa apa-apa tindak balas dari kami peserta rombongan kerana kami tidak memiliki apa-apa senjata. Kami hanya mampu meluahkan rasa kecewa. Mengapa kami ditembak dengan senjata tersebut sedangkan kami bukan penjenayah dan tiada rekod jenayah langsung. Mengapa pihak polis sangat bersungguh-sungguh mengerah tenaga dan upaya menghalang kami sedangkan masih banyak kes-kes siasatan polis yang belum selesai? Apa punca kematian Teo Beng Hock? Siapakah dalang di sebalik kematian Altantuya? Di mana adik Sharlinie?
Sedang kami bertolong bantu antara satu sama lain menghadapi kepedihan asap pemedih mata dengan garam yang diedarkan dan dikongsi bersama, kelihatan 3 hingga 4 trak water conan menuju ke arah kami dari sebelah kanan melalui jalan depan dataran merdeka. Pihak Unit Amal bergegas melaungkan arahan berundur kepada kami. Bayangkan, ribuan manusia bersesak-sesak berundur. Ada yang terjatuh, ada yang berguling, namun dengan rakus, megah dan bangganya, trak water conan tersebut memuntahkan air asidnya kepada kami tanpa mengira kaum wanita, orang tua maupun kanak-kanak.
Lihatlah realiti ini. Pedihnya kulit menghadapi asid dan asap tersebut. Bersabarlah teman... jika mereka tidak bertaubat, di akhirat nanti biarlah Allah menyembur mereka dengan air logam mendidih bakaran api neraka. Biar Allah menyembur mereka sehingga tersiat kulit dan luruh seluruh daging-daging mereka! Sombongnya mereka dengan sedikit kuasa yang ada....
No comments:
Post a Comment