Monday, August 3, 2009

Catatan Perjalanan Himpunan Mansuhkan ISA - Siri Akhir

Lihatlah Pak Cik ini. Usianya sebaya dengan bapa polis-polis dan fru-fru muda tersebut. Sedih mendengar dia merintih kesakitan dan sesak nafas. Dadanya terasa sakit. kami ingin membantunya, tetapi kami semua terkepung. Di depan menghala ke Sogo atau masjid Jamek, water conan dan peluru pemedih mata masih memuntahkan kesombongannya. Di belakang dari arah masjid negara, water conan bergerak perlahan menutup laluan bersama a****g BN berkepala merah menghala ke arah kami. Kami terkepung! Kami sudah ingin berundur dan bersurai. Kami seolah-olah tidak dibenarkan bersurai. Rasailah asap dan air ini!!! Seolah-olah itulah strategik celaka mereka!

Tangan saya terketar-ketar sewaktu mengambil gambar Pak Cik tadi dan anak-anak sekeluarga ini. Terketar bukan kerana takut, tetapi kerana perasaan sedih dan sebak yang berombak di dada. Demi Allah, mata saya terasa berair. Bukan kerana pedih disebabkan asid atau gas, tetapi pilu dek melihat kemanusiaan yang hilang serta kebinatangan bermaharajalela! Tahniah adik, kerana memiliki ibu bapa pasangan pejuang. Kami doakan agar seluruh anak-anak Malaysia memiliki keberanian seperti kalian! Tahniah kedua ibu bapanya! kami berdoa semoga seluruh ibu bapa di Malaysia ini berhati juang dan tekad seperti kalian. Kepada Pak Cik tua yang kelelahan dan kesakitan itu, semoga Allah mengangganjarkan Pak Cik istana di dalam syurga. Semoga kami yang muda ini juga istiqamah seperti Pak Cik!

Kami telah pun menutup himpunan ini dengan bacaan doa. Kami memohon dan mengadu kepada Allah s.w.t. sebagai pemilik nyawa dan diri kami serta musuh-musuh Allah itu. Kami berdoa sebagai manusia yang terzalimi, semoga kesakitan dan kesusahan yang kami tanggung ini akan menghapuskan dosa-dosa silam kami. Semoga kesakitan dan kepayahan ini akan mengangkatkan darjat kami di sisiMU. Semoga generasi baru umat ini nantinya, mempelajari dari rakaman sejarah bahawa satu ketika, pernah ada insan-insan yang membela keadilan, menentang kezaliman demi melihat negara Malaysia yang lebih Merdeka dan Sejahtera. Biarlah anak cucu kita berbangga dengan usaha kita! Allahu Akbar!!! Selesai sahaja berdoa dan bersurai, kami diserang habis-habisan.... Sebahagian di tangkap, sebahagian tercedera dan sebahagian berjaya meloloskan diri... namun, perjuangan belum selesai. Najib, UMNO dan BN, bersiap siagalah! Tentera Muhammad akan terus berjuang! Hanya ada 2 perhentiannya,
MENANG atau SYAHID!

A****g-a****g kerajaan BN sedang berhenti rehat setelah lelah menghambat peserta himpunan. Sedikit di ruang hati kecil ada perasaan simpati kerana mereka yang berhadapan kesusahan tugas, berpenat lelah, sedangkan tuan-tuan mereka lena tidur di mahligai indah. Namun benci rasanya melihat kebodoh sombongnya mereka dalam menghadapi orang tua, kanak-kanak, kaum wanita, golongan OKU dan orang ramai seolah-olah tak ada langsung perikemanusiaan.

Beberapa komentar lain :

  1. Tersiar berita kononnya perhimpunan ini mengganggu lalu lintas. Sebenarnya yang menimbulkan kesulitan kepada pemandu dan lalu lintas ialah polis sendiri yang menutup jalan-jalan dan mengadakan roadblock-roadblock yang tidak berasas.

  2. Ada temu bual dari beberapa peniaga kedai yang pro-kerajaan kononnya mereka rugi berniaga kalau ada demonstrasi. Mengapa mereka tutup kedai pada hari tersebut, Bukankah kedatangan ramai orang luar dalam himpunan ini menyumbangkan kepada rancaknya penjualan? Kedai-kedai makan habis licin barang jualan, minuman dan masakan mereka. Yang menyebabkan kedai ditutup ialah apabila si celaka merah itu menyembur air asidnya dan melepaskan bom asapnya!!
Demikianlah catatan ringkas kami yang diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk menggabungkan diri bersama bagi merasai sedikit keperitan dan kesulitan sebuah perjuangan. Alhamdulillah, di sebaliknya ada kemanisan dan peningkatan kekuatan jiwa...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...