Saturday, September 12, 2009

Apabila Mahathir kritik S Samy


Oleh: Abu Syifa

Tun Mahathir cuba untuk membuktikan dirinya masih lagi berpengaruh dengan mengkritik sahabat karibnya S Samy Vellu sebagai seorang Presiden yang telah menyebabkan kekalahan teruk parti itu pada PRU12 yang lalu dan kritikan itu telah menyebabkan S Samy Vellu membidas beliau dan menyatakan bahawa Mahathir tidak berhak mencampuri prihal dalamam parti itu.

Sebelum ini Tun Mahathir menyatakan "Saya tidak rujuk pada pemilihan. Saya kata, kelemahan MIC terletak pada Samy Vellu. Saya dengar ramai orang India kata tidak mahu sokong MIC, pasal Samy Vellu," katanya.

Dr Mahathir diminta mengulas pertembungan terbukanya dengan Samy Vellu - yang membidas semula kritikannya, sebagai merestui kumpulan pemimpin MIC yang menentang barisan pemimpin yang direstuinya (Samy Vellu) .

Ini telah menyebabkan ada sedikit sebanyaknya Pemilihan MIC hari ini akan dipengaruhi oleh kenyataan tersebut. S Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"kata S Samy.

Tun Mahathir menyatakan"Sampai tidak ada siapa boleh ambil alih daripada beliau. Siapa jadi timbalan beliau, lama sikit, nampak orang itu popular, beliau cantaslah."

Nampaknya kedua-dua pemimpin ini akan terus membidas sesama sendiri dimana Tun Mahathir mahukan S Samy bersara awal sepertinya...Kenyataan Tun juga merupakan satu tamparan hebat untuk S Samy yang pernah ditantang oleh Tun seketika dulu.

Tun menambah, sebelum pilihanraya umum tahun lepas, ramalannya bahawa MIC akan tewas sekiranya Samy Vellu terus memimpinnya telah menjadi kenyataan.
Ini membuktikan bahawa Tun cuba untuk membantu Subramaniam untuk memenangi Pemilihan pada hari ini.

Tun Mahathir membuat ramalan lagi, jika pergolakan dua parti komponen terbesar BN iaitu MIC dan MCA tidak ditangani dengan berhati-hati, BN akan tewas dalam pilihan raya umum yang akan datang. Diharapkan apa yang diramalkan tu akan menjadi kenyataan sepertimana yang diramalkannya dulu tentang MIC telah menjadi kenyataan dan sekiranya pemilihan MIC tahun ini masih dikekalkan S Samy Vellu sebagai Presiden maka BN akan menempah batu nisan
Pada PRU 13.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...