
4/3/2012: Ahad,
Sukaneka Pasti Tahunan Pas Paya Besar Berlangsung meriah di Padang berhadapan dengan Pasti Al Aman di Taman Makota aman. Pasti dibawah naungan Dewan Pemuda Pas Kawasan Paya Besar sekali lagi telah menganjurkan sukaneka Pasti peringkat Kawasan yang dikelolai oleh Jabatan Pasti Kawasan dan pengarahnya Hj Zaidan. Pasti yang terlibat adalah Pasti Al Aman selaku tuan rumah, Pasti Al Hidayah, Pasti An Nur dan Pasti Al Mukmin. Acara yang dipertandingkan ada lima iaitu lari dalam guni, bawa bola pingpong dengan sudu, isi air dalam botol, lari bersama pundi kacang dan tarik bola dengan gelung rotan.
Sukaneka ini telah dikendalikan oleh pertubuhan NGO Nisa' Paya Besar seramai 12 orang terlibat. Pelajar yang terlibat seramai 220 orang termasuk lelaki dan perempuan, Guru-guru yang terlibat seramai 13 orang. Acara bermula pada pukul 9.00 pagi dimana telah dikumpulkan pelajar, guru dan ibubapa pelajar. Tidak kurang juga bantuan tenaga daripada AJK Dewan Pemuda Paya Besar. Pasti Al hidayah merupakan pemenang keseluruhan dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh TYDP Paya Besar Ustaz Tarmizi Yahya dimana sebelum itu belaiu telah merasmikan acara penutup bagi sukaneka Pasti untuk tahun ini.
Dalam ucapan beliau selaku Pengarah DUN Panching dan juga Exco Dewan Pemuda Pas Paya Besar telah mengigatkan ibubapa agar membantu anak-anak mereka yang belajar di Pasti supaya melakukan dan memberikan contoh yang baik sepertimana yang diajar oleh guru Pasti kepada anak mereka. Jika tiada tanggung jawap daripada ibu bapa untuk menyokong apa yang diasuh oleh guru maka ianya menjadi sia-sia kerana pengaruh yang lebih besar adalah dirumah dan ini dapat kita bandingkan dengan sekolah lain yang hanya mengajar duniawi dan tiada ajaran kerohanian dan aspek pelajaran islam yang diberikan. Ibubapa yang selama ini mengamalkan kehidupan yang kurang islamik perlulah berubah demi anak-anak mereka. Ketepatan dalam memilih Pasti untuk anak mereka adalah di hargai tetapi bukan semua dapat diajar oleh guru pasti selagi ibubapa tidak berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anak mereka memahami cara hidup islam.Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada pihak Jabatan Pasti Paya Besar dan mereka yang telibat secara langsung dalam penganjuran Sukaneka Pasti ini dan mengharapkan ianya boleh dilakukan lagi dimasa yang akan datang. Kejayaan penganjuran ini adalah hasil tarbiah dan kesefaham yang ditunjukkan oleh Jabatan Pasti, Dewan Pemuda Pas dan juga NGO Nisa' sehingga berjaya dalam penganjuran ini. Bukan senang untuk melayan karenah anak-anak kecil ini. Selain itu pihak penganjur juga telah membuka ruang kepada ibubapa untuk mengenali lebih dekat diantara mereka serta beramah mesra dengan AJK Dewan Pemuda.
Selain daripada acara yang dipertandingkan untuk pelajar Pasti, ibubapa juga diberikan peluang untuk bersukan dimana dua acara dipertandingkan iaitu lari dalam guni dan mengisi air dalam botol untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun kebawah pula diberikan peluang untuk acara berebut gula-gula. Pemeriksaan kesihat Percuma juga ada disediakan dan dikendalikan oleh doktor pakar yang didatangkan khas untuk program ini.














KEPALA BATAS, 4 Jan: Kemunculan bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC, Azuar Md Tasi atau lebih popular dengan panggilan Zua pada Konsert hiburan 'Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita' di Pulau Pinang baru-baru ini berjaya menarik ratusan anak muda ke program PAS itu.
KUANTAN, 2 Dis: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) menggesa kerajaan ‘membuka mata’ dengan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini kerana kedudukan kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Gebeng nanti dijangkakan akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi.
Ini termasuklah memastikan kempen memansuhkan AUKU berjalan dengan teliti, kemampuan mengurus isu, kemampuan rakan mereka menulis kenyataan media, mempelajari proses mahkamah serta membina jaringan lebih luas dengan media, peguam dan NGO, tambahnya.
Menurutnya, setiap sektor dalam masyarakat - masyarakat sivil, NGO, ahli keluarga, ahli politik telah memainkan satu peranan sama ada kecil atau besar dengan memberi bantuan dan sokongan sepanjang kes UKM4 ini berlangsung.
Manakala Woon pula menyifatkan kemaraan mahasiswa memperjuangkan kebebasan akademik termasuk AUKU "tidak boleh disekat-sekat lagi" kerana kesedaran masyarakat termasuk pelajar dan pensyarah telah berdiskusi dan mengambil pendirian tentang isu itu.
Malah, Woon menyifatkannya sebagai "satu stigma" masyarakat dan universiti yang dibentuk oleh AUKU bahawa peranan pensyarah hanya dalam satu lingkungan sahaja.