Monday, December 21, 2009

Kursus tenaga mahir jentera pilihanraya pemuda Pahang...siri pertama


Oleh Abu Syifa

Dewan Pemuda Pas Paya Besar telah menghantar lima pemuda untuk mengikuti kursus Pakar Pilihanraya pada 19 Dis 2009 (sabtu) anjuran Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Pahang. Bermula dengan perkenalan sistem dan perjalanan pilihanraya di Malaysia dan juga undang-undang yang berkaitan dengan pilihanraya. Perserta didedahkan dengan sistem pilihanraya serta undang-undang yang mempunyai beberapa akta untuk membolehkan SPR untuk menjalankan pilihanraya.

Kertas kedua pula telah dibentangkan dengan menitik beratkan tentang Struktur Jentera Pilihanraya Pas. Dimana penceramah telah menekankan pentingnya struktur jentera ini untuk membolehkan semua ahli dan juga jentera bergerak dan menjalankan kerja-kerja pilihanraya agar mengikut kehendak dan keperluan semasa yang telah diaturkan oleh JPN. Organisasi di setiap Kawasan haruslah diadakan untuk memudahkan percaturan kerja dan juga agar tidak ada yang tercicir dalam gerak kerja yang harus dilakukan dalam pilihanraya. Organisasi yang lengkap bermula dari carta organisasi JPN, JPr, MTD dan juga UPU.

Pemuda dipertanggung jawabkan dengan objektif dan juga strategi yang baik untuk mendekatkan dan memastikan pengundi muda mengundi Pas pada PRU 13 nanti. Tugasnya agak berat namun ianya tidak mustahil untuk dilakukan memandangkan dengan persiapan yang telah diatur dan dikemaskini dari masa kesemasa. Peserta juga telah diterangkan akan Bidang Tugas dan Tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Pengarah/ketua, Timbalan Pengarah/T. ketua, Setiausaha, Ketua unit Khidmat Masyarakat, Ketua Unit Sukan, Ketua Pendidikan, Ketua Unit Am dan Pasukan Pemuda. Penerangan yang amat jelas dan ini akan memudahkan setiap unit yang ditubuhkan tahu akan apa yang harus dilakukan setelah menerima jawatan tersebut.

Kertas ketiga telah ditunjukkan dengan begitu terang dan jelas mengenai Tahap-tahap Kerja Jentera Pilihanraya mengikut tahun-tahun selepas pilihanraya dan semasa pilihanraya. Gerak Kerja Umum Jentera pilihanraya merakumi gerak kerja dan tugas jentera pilihanraya terbahagi kepada sebelum hari penamaan calon, hari penamaan calon, sepanjang musim berkempen, hari mengundi, malam pengiraan undi dan selepas pilihanraya.

Kursus berakhir pada pukul 9.30 malam dimana penceramah terakhir iaitu SUK Pas Negeri Pahang, juga menerangkan dan menunjukkan sebahagian besar pendekatan dan keperluan sebelum bermulanya pilihanraya dan postmortem tentang pilhanraya yang lepas dan ini mengambarkan bahawa Pas boleh memenangi Pilihanraya yang akan datang sekiranya semua jentera yang ditubuhkan boleh memainkan peranan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...