Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta Ijmak dan Qias yang terang dan nyata
Saturday, December 5, 2009
Sokongan terhadap Tok Guru Nik Aziz tetap teguh...lebih 30 ribu hadir
oleh Abu Syifa
Perhimpunan besar-besaran yang berlangsung di Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut. Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu.
Perjalanan perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh bukan sahaja orang melayu malah juga ramai diantaranya ialah dari golongan kaum cina dan india yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada Nik Aziz. Mereka dengan bangganya telah membawa sepanduk yang menyatakan sokongan mereka terhadap pemerintahan Tok Guru yang bersih dan berjaya menyatukan semua kaum.
Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’. Ini menunjukkan bahawa apa yang telah dilakukan oleh seorang ulamak adalah apa yang datang dari ilmunya dan bukan datang dari nafsu semata-mata. Walaupun sebelum ini telah dibantah sebilangan kecil dari rakyat yang menyokong Umno namun hari ini menunjukkan kehadiran rakyat yang cintakan keamanan dan kemuafakatan yang baik yang ditunjukkan oleh Nik Aziz dalam pemeritahannya.
Seseorang yang di zalimi boleh membuat doa kepada Allah SWT untuk memberikan petunjuk dan hidayah kepada penzalim agar tidak lagi melakukan perkara tersebut, dan ini amat ditakuti oleh PM kerana apa yang difikirkan adalah kehancuran yang akan dialaminya kerana mereka atau PM terasa beliau telah menzalimi rakyat Kelantan dengan menyekat hak mereka untuk mendapat royalti minyak kepada rakyat Kelantan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment