Friday, March 12, 2010

Perhimpunan Pemuda Pahang dan Kanival Orang Muda Geng Kita di Taman Tas.



Himpunan Pemuda Pahang terbesar tahun ini akan tercipta dengan berlakunya perhimpunan yang akan diadakan di Taman Tas pada 20-21/3/2010 hari Sabtu dan Ahad depan. Ini merupakan satu penghargaan kepada Pemuda Taman Tas dimana telah dipilih sebagai lokasi perhimpunan dan seterusnya akan diadakan Kanival Orang Muda Geng Kita dimana akan berlangsung pada hari yang sama dan tempat yang sama. Berbagai aktiviti akan dilakukan dan berbagai jualan dan juga pameran akan disediakan pada hari tersebut. Mengulas lanjut mengenai Perhimpunan dan Kanival di Taman Tas oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Paya Besar selaku Pengarah Program menganggap program ini satu cabaran yang besar kepada pemuda Taman Tas khasnya dan Pemuda Paya Besar untuk menjayakan program ini.

Penyedian tempat akan dilakukan oleh Ketua Pemuda Pas Taman Tas selaku Ketua AJK Tempat dan setakat ini dua padang besar akan digunakan untuk Pameran , jualan dan juga acara sukan rakyat dan dimana padang satu lagi akan di gunakan untuk menghimpunkan Pemuda Pahang dan juga gelangang Paintball, jelasnya lagi ketika ditemui dikawasan dimana akan berlangsungnya Himpunan dan Kanival tersebut. Walaupun hanya tinggal satu minggu lagi untuk menghampiri tarikh tersebut namun bahangnya sudah dapat dirasai dimana malam ini 12/03/2010 akan diadakan satu ceramah isu semasa yang akan disampaikan oleh YDP Kawasan Paya Besar dan juga selaku Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang Ustaz Yusof Embong ,manakala penceramah jemputan iaitu YB Ng Swee Lim (Adun Sekinchan daripada DAP).

Permaianan yang akan berlangsung nanti adalah sukan Paintball dimana setiap pasukan adalah terdiri daripada lima orang. Selain dari itu ada juga sukan rakyat yang akan dipertandingkan. Tarian singa dari anak muda kaum cina dan Kavadi dari kaum india akan menyerikan suasana Kanival tersebut. Pemeriksaan Doktor percuma dan juga Tanya Ustaz akan ditempatkan dipadang utama tapak kanival, terang Ustaz Tarmizi mengulas jadual yang telah dicadangkan oleh Pemuda negeri.

Pemuda yang hendak menyertai perhimpunan itu nanti hendaklah memakai baju berwarna putih dan dijemput semua pemuda di kawasan yang berdekatan dengan Taman Tas dan diTaman Tas sendiri untuk hadir dan merasai kehangatan perjuangan anak muda kini dan Pemuda Pas Negeri berharap dapat memecahkan rekod yang dicipta di Balok pada tahun lepas dengan mengumpulkan seramai 2000 orang pemuda pada tahun ini di Taman Tas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...