Friday, February 26, 2010

Risalah bulanan Dewan Pemuda Pas Paya Besar......Felda.


AKTA PENEMPATAN BERAMAI-RAMAI (GSA) (1960): IMPLIKASI KEPADA PENEROKA

FELDA dibangunkan di bawah Group Settlement Act, GSA (1960), selaras dengan peruntukan di bawah artikel 76 Perlembagaan Persekutuan. Akta GSA ini digubal untuk pastikan tanah-tanah rancangan tidak boleh dibahagi-bahagikan, dijual, digadai ataupun diberikan kepada waris sebagai harta pusaka. Hak milik tanah ini juga dikatogerikan sebagai pajakan 99 tahun. Dibawah maksud hak milik pajakan 99 tahun ini dengan merujuk kepada Kanun Tanah Negara Seksyen 47 (2) “tiada pampasan akan dibayar oleh Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan mana-mana bangunan yang terletak hak kepadanya menurut seksyen ini”.

Tanah ini akan secara automatik akan menjadi milik kerajaan semula merujuk seksyen 46 (1) (a) “tanah berimilik (pajakan) hendaklah kembali kepada dan terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam keadaan setelah tamatnya tempoh (jika ada) yang ditetapkan dalam dokumen hakmilik mengenainya”.

Di bawah akta GSA 1960, Felda bertindak sebagai Agen Pengurusan selaras dengan Ordinan Pembangunan Tanah 1956 yang berkuasa beri pinjaman, kenakan faedah atas pinjaman, tubuhkan Perbadanan dan menangguhkan Bayaran Kembali kepada peneroka.

Selama ini kita peneroka beranggapan bahawa bila telah habis bayar hutang kepada Felda maka, akan dapat hak milik setelah keringat, jerit perit dan pengorbanan yang tidak terkira untuk dinilai, tetapi ada juga halangan yang menyekat. Surat hak milik kepada peneroka dipanggil milikan luar bandar dan bukan tanah milikan peneroka. Peneroka hanya didaftarkan sebagai bakal penerima hak milik. PAS/PR harus diberikan peluang oleh seluruh warga peneroka untuk mengubati dan memperbetulkan apa yang telah dirosakan oleh UBN. Maka PRU 13 PAS/PR perlu diberikan peluang untuk mentadbir negeri dan negara.

Sumber Kanun Tanah Negara 1965 dan Mazlan Aliman (2008)Felda Dulu Tolong, Sekarang Along, Angkatan Edaran Sdn Bhd

RUANG DAN PELUANG UNTUK PENEROKA.

Dalam ceraian 44 dalam akta GSA 1960 ini memberikan kuasa kepada Menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda dan Pihak Berkuasa Negeri (Kerajaan Negeri) mengisytiharkan pembatalan sesebuah tanah rancangan daripada ikatan akta GSA 1960 ini tanpa mengira sama ada peneroka sudah mendapat hak milik ataupun belum. Tapi untuk hal tersebut memerlukan pemimpin yang telus dan amanah bagi menjaga kebajikan warga Felda terbela.

Jika Felda masih dikuasai oleh UMNO /BN dengan matlamat mereka untuk mengekalkan kuasa maka, UBN akan bermati-matian menjaga Felda ini yang mempunyai kerusi Parlimen yang banyak, aset, pendapatan berbillion ringgit dan tanah yang banyak, hasil getah dan kelapa sawit dan buruh/tenaga kerja yang ramai.Wrarga peneroka perlu melihat generasi dan perwaris mereka berhak tehadap pusaka yang telah lama diusahakan,agar tidak terwaris.

IMPLIKASI AKTA GSA 1960

1-Peneroka tiada hak ke atas tanah, status umpama buruh/pekerja. Kutipan oleh Felda kepada peneroka iaitu bayaran kembali (BK), bayaran cukai tahunan (CAC) dan caruman tanam semula tidak boleh dituntut jika peneroka disingkirkan (buat salah).

2-Taraf peneroka adalah bakal penerima hak milik dengan terpaksa tinggal di Felda hanya dengan kebenaran Felda dan selama mana mematuhi segala peraturan dalam surat perjanjian yang telah ditandatangani semasa memasuki rancangan.

3-Syarat untuk dapat hak milik mestilah menlangsaikan hutang perbelanjaan pembangunan RM50 ribu.

4- Ceraian 15 dan 16 menghindarkan tanah peneroka daripada ditukar menjadi tanah persendirian seperti tanah-tanah di luar rancangan. Ceraian 15 tidak dibenarkan tanah digadai atau dipecah-pecahkan ataupun dibahagi-bahagikan. Ceraian 16 hanya membenarkan milikan tanah diserahkan kepada seorang penama / waris sahaja.

5-Ceraian 11(3) akta GSA boleh digunapakai secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang bertulis dan secara tersirat (tidak nyata) mengikut peruntukan2 dalam akta ini. Ini adalah kaedah untuk mengikat peneroka, untuk terus kekal dengan Felda

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...