
oleh Abu Syifa..
Pas Kawasan Paya Besar telah bersama dalam merayai tahun baru cina yang sedang disambut dengan meriah sekali dikalangan warga Cina di negara ini tanpa digangu gugat. Pas Kawasan telah mengambil peluang ini untuk bersama dengan warga cina di Taman Tas Kuantan dengan menjalankan program mengagihkan buah limau yang merupakan buah wajib untuk warga Tionghua ini dihari tahun baru.
Program anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Paya Besar ini telah mendapat sokongan dari YDP Paya Besar Ustaz Yusof Embong yang dapat meluangkan masa bersama Pemuda untuk mengagihkan buah limau untuk warga Tionghua. Turut bersama adalah dalam program ini adalah dari MTD Panching ,Muslimat Paya Besar dan juga didokong oleh Pas Cawangan Taman Tas sendiri yang lebih dekat dengan warga cina di Taman Tas.
Sambutan yang menggalakkan dari warga Tionghua ini telah diberikan dan telah disambut dengan senyuman dan ucapan terima kasih kerana telah bersama mereka untuk merasai kemeriahan sambutan tahun baru kali ini. Kebanyakkan mereka yang menerima pemberian limau ini merasakan bahawa Pas bukanlah Parti anti perkauman dan bersedia membantu semua bangsa sekiranya diberikan mandat untuk mengetui pemerintahan di Pahang ini.
Berikut gambar sekitar program bersama warga Tionghua di Taman Tas.






Tokong cina diantara yang menerima kunjungan rombongan



Lawatan kerumah-rumah warga Tionghua yang menerima Buah Limau


Salam, mintak maaflah klau saya tertulis kat blog ni, cuma nak bagi tau, Masyarakat Cina Taman Tas dah bising kerana beri sumbangan pilih - pilih orang. Kalau nak beri , berilah semua sekali, jangan pilih bulu.
ReplyDeleteSeperkara lagi, Apa yang diberi tu tak iklhas, Cina tak makan limau tu sebenar, buat sakit tekak je kerana limau tu disalut dengan racun. Cina tak makan limau sebab tu dia beri pada orang melayu.
Orang Melayu pulak bagang.... nak bagi pada orang cina konon...
Sudahlah, jangan buat kerja bodoh yang menyusahkan orang, niat ikhlas tapi ada orang bising dibelakang tak ada gunanya.