Sunday, February 21, 2010

Sukan menguji minda, tenaga dan strategi.....Paintball



Oleh Abu Syifa..

Dewan Pemuda Pas Paya Besar hari telah menempa sejarah apabila telah menyahut cabaran dari Lajnah DACS Paya Besar untuk bersukan secara extreme dalam sukan 'paintball' ataupun bola cat. Anjuran Lajnah DACS kali ini agak berjaya menarik minat pemuda kawasan dan juga cawangan. Seramai 17 orang yang hadir untuk menyahut cabaran ini.

Lajnah DACS cuba untuk menukar cara bersukan dalam untuk menyihatkan tubuh badan dan juga minda agar dapat menguji kehebatan strategi dalam pertempuran. Dengan hanya berbekalkan kecekalan hati dan juga kekuatan fizikal dapat memenangi pertandingan yang dibahagikan kepada tiga kumpulan, dimana setiap kumpulan mempunyai 6 orang dan seorang diimport dari mana-mana kumpulan yang berehat. Peluru Cat yang dibekal hanyalah 100 biji seorang setiap pertandingan dan pada pusingan pertama banyak peluru yang tertinggal memandangkan masih lagi takut-takut untuk menembak. Sebelum itu pihak penganjur telah memberikan peluang kepada peserta untuk menembak target untuk memastikan peserta tidak merasa gentar apabila mendengar bunyi tembakan dan juga untuk memastikan peserta tahu untuk membuat tembakan yang tepat.

Pengadil pertandingan telah menunjukkan cara dan juga taklimat keselamatan sebelum pertandingan bermula. Pertandingan telah dimulakan dengan pelawanan antara pasukan dari Taman Tas dan pasukan Ketua Pemuda Kawasan. Taman Tas memungut mata pertama dengan memenangi perlawanan pertama ini. Dan seterusnya pasukan dari Jihad yang diketuai oleh Sdr Akmal telah mengalahkan pasukan Taman Tas dengan menggunakan teknik mengumpan seorang daripada mereka dan apabila pihak lawan menumpukan kepada umpanan tadi, yang lain terus menyerang dan menyebabkan Taman Tas kalah dengan begitu mudah.

Keseronokan permainan ini ternyata apabila peserta akan bercakap dan bercerita pengalaman semasa menyerang dan diserang. Teknik yang digunakan adalah secara sepontang dan ada diantaranya adalah idea dari ketua pasukan untuk mengatur pergerakkan dan juga cara untuk menyerang pihak lawan. Keupayaan untuk menyerang adalah bergantung kepada keberanian dan teknik menyerang serta peluru yang tinggal. Apabila peluru habis atau terkena bola cat, maka peserta tersebut akan dikeluarkan daripada perlawanan.

Sukan ini agak extreme dan memerlukan daya fikiran yang boleh bertindak secara sepontang dan stamina yang kuat untuk menerjah dan berlari dari tempat pelindungan hingga ke kawasan pihak lawan. Pihak lajnah DACS memerima sambutan positif dan ramai diantara mereka berharap pihak Dacs dapat menganjurkan lagi permainan ini dimasa akan datang.


Ketua Pemuda 'membunuh' Timbalannya kerana disyaki cuba merampas kuasa
Persiapan untuk berperang

Pakaian keselamatan
Ketua Pemuda mencuba E-Maker yang baru.
Pasukan yang agak menyerlah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...